Apr 30, 2008

"KAMI BERSAMAMU WAHAI SAUDARA"

Photobucket
Bertemakan "Kami Bersamamu Wahai Saudara", Program Malam Bersama Saudara Baru dianjurkan Bersama antara Masjid Darul Hidayah dan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak (Bintulu Iqra' Center).

Program yang akan berlangsung pada 2 Mei 2008 ini diharap dapat meraikan Saudara Kita sekitar Bintulu terutamanya yang tinggal di Sungai Plan dan Similajau serta dapat meningkatkan lagi keperihatinan kita terhadap kebajikan mereka.
Semoga usaha murni ini diberkati oleh Allah s.w.t

Apr 19, 2008

Dana "Projektor" B.I.C

Dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan BIC kepada masyarakat, maka pihak pengurusan BIC telah bersetuju supaya BIC mempunyai sebuah projektor sendiri.

Untuk tujuan itu, BIC melancarkan "Tabung Dana Projektor BIC". Sumbangan daripada semua pihak adalah dialu-alukan. Klik poster di bawah untuk paparan yang lebih jelas.Sila berhubung dengan Bendahari BIC, Sdr Firdaus atau mana-mana pihak pengurusan BIC untuk membantu mengisi Tabung Dana Projektor BIC. Terima kasih atas segala sumbangan yang diberikan.

Firdaus B Mohamed
1103-1020-1488-19 – Bank Islam
0118-0061-2545-28 – CIMB Bank
No. Tel: 013-7713873

Apr 14, 2008

Gotong-royong B.I.C

Alhamdulillah, pada hari Ahad yang lepas, pihak BIC telah mengadakan gotong-royong di BIC. BIC kini nampak lebih ceria, kemas dan bersih. Gotong-royong di BIC telah bermula dari pukul 7 pagi lagi dan berakhir pada tengahari. Walaupun ketika itu kelas Fizik sedang dijalankan, namun kerja gotong-royong tetap dijalankan tanpa mengganggu kelas Fizik yang sedang dijalankan di tingkat atas.
Bersungguh-sungguh adik-adik kita memotong membaiki kerusi

Aktiviti mengemas di tingkat bawah

Ustaz siroj juga tak menang tangan…

Pejabat pengurusan BIC

Masa untuk makan… Setelah penat ‘bekerja’

Kelas Fizik Tingkatan 5 di tingkat atas BIC

Bersatu kita teguh… Bercerai kita roboh…
Yang Berat Sama Dipikul… Yang ringan dijinjing sama…
Sepakat membawa berkat… Asas hidup bermasyarakat…
Amalkan hidup yang sihat… Selamat dunia akhirat…

InsyaALLAH… Gotong-royong BIC akan kembali untuk menceriakan lagi BIC. Yang penting, amalan ‘5S’ hendaklah dipraktikkan selalu… 5S: Sort, Set in Order, Shine, Standardise and Sustain… Sama-samalah kita menjaga BIC…

Apr 13, 2008

Family Day BIC

Buat julung-julung kalinya, BIC telah mengadakan Hari Keluarga BIC bertempat di Villa Mardhiah pada 22 dan 23 Mac yang lepas. Program Hari Keluarga ini telah menghimpunkan ahli jawatankuasa BIC, tenaga-tenaga pengajar, guru-guru JQAF, jurutera, pelajar-pelajar dan juga ahli keluarga masing-masing. Program ini bermula dengan aktiviti Sukaneka. Walaupun ketika itu hujan renyai-renyai, namun aktiviti Sukaneka diteruskan juga; muslimin di dalam surau, muslimat di dalam dewan.

Selepas Isya’ – program kemuncak yang paling dinanti-nantikan iaitu Barbequee. Ada bermacam-macam makanan yang dipanggang/dibakar, di antaranya ialah ikan talapia, ayam dan ubi kayu. Nasi beriyani juga tidak lupa dihidangkan. Sambil memanggang, sambil makan, taaruf juga telah diadakan.

Sessi taaruf diadakan adalah untuk lebih saling kenal-mengenali di antara satu sama lain, bukan sahaja sesama ahli jawatankuasa, tetapi juga dengan ahli keluarga mereka. Di antara ucapan yang paling diingati, mungkin juga berkesan di hati sesetengah daripada kita ialah ucapan dari Ustaz Halim yang menyeru ahli-ahli BIC yang masih belum berkeluarga untuk cepat berkeluarga, barulah tercapai objektif ‘Hari Keluarga BIC’. Sila klik di sini untuk artikel Baitul Muslim.

Seawal Subuh, program dimulakan dengan Qiyamullail, Solat Subuh dan Kuliah Subuh. Kuliah Subuh disampaikan oleh Penaung BIC, Ustaz Salehuddin. Selepas Subuh, ahli-ahli BIC melakukan riadhah ringan, aktiviti muslimin di hadapan Pentas Poco-Poco, dan aktiviti muslimat di dalam dewan. Muslimin melakukan senam robik dll. Muslimat melakukan warm-up dan juga bermain Ibu Ayam dan Musang, penat tapi ‘enjoy’.

Aktiviti diteruskan dengan acara menguli keropok lekor dan kuih pau. Masing-masing menunjukkan bakat masing-masing dengan menguli tepung dan ikan parang. Keropok lekor yang masih mentah telah dibahagi-bahagikan sama rata sesama ahli BIC. Sungguh sedap keropok lekor yang diuli, seolah-oleh berada di negeri Terengganu.

Program Hari Keluarga BIC ini berakhir pada tengahari Ahad, 23 Mac. InsyaALLAH kita akan berhimpun lagi dalam Hari Keluarga BIC pada tahun hadapan. Moga tahun hadapan ahli BIC semakin berkembang, yang belum berkeluarga bakal berkeluarga tahun hadapan, dan yang belum dikurniakan anak, semoga dimurahkan rezeki, bagi yang sudah berkeluarga, semoga bertambah lagi zuriathan. Jumpa lagi tahun hadapan!!!

Apr 12, 2008

Gotong-royong BIC

Insya'ALLAH esok pada 13 April akan diadakan GOTONG-ROYONG B.I.C. pada pukul 8.30 pagi. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:

Kawasan Luar BIC
  • Memotong rumput
  • Mencuci longkang
  • Menyapu sampah
Tingkat Bawah
  • Membersihkan cermin/tingkap, kipas, peti ais
  • Menyapu lantai
  • Mencuci tandas
  • Menyusun buku-buku dan makanan jualan
Tingkat Atas
  • Membersihkan karpet, kipas
  • Mop lantai
  • Menyapu lantai
  • Mencuci tandas
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Jumpa di sana!!!

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons