Nov 24, 2008

AMAL Teruskan Program Qurban & Aqiqah Lagi Pada Tahun Ini

Dari web Yayasan Amal Malaysia:

Ummat Islam di Sabah, Kemboja dan Vietnam akan di berikan perhatian oleh pihak Yayasan Amal Malaysia (AMAL) pada tahun ini. Di samping itu, beberapa negara lain seperti Filipina, Sri Lanka, Bangladesh, Sierra Leone dan Myanmar juga dalam usaha AMAL untuk menyampaikan daging korban di sana.

Seperti mana yang kita ketahui bahawa ummat Islam di sana sangat memerlukan bantuan serta perhatian dari kita khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei. Menurut En. Jamaludin Hj Ellias selaku Ketua Biro Kebajikan AMAL Pusat, ada permintaan ummat Islam dari beberapa negara tersebut untuk AMAL hadir serta membuat ibadah korban di sana. Dengan itu, sekarang telah di buka tawaran tersebut untuk ummat Islam di Malaysia khususnya untuk menabur bakti dengan membuat ibadah korban pada tahun ini. Urusan korban boleh menghubungi terus Pak Jamal 019-6644796 atau En Azri 019-3843962 (AMAL Pusat).

Deligasi AMAL di jadualkan bertolak pada 7 Disember dan pulang 10 Disember 2008. Orang ramai juga adalah di pelawa untuk turut sama ke negara yang akan di jadualkan kelak. Dan mereka boleh membeli tiket penerbangan mulai sekarang dan hubungi terus Pak Jamal.

Harga Qurban = RM260/ 1 Bahagian (Kecuali di Filipina = RM290/ 1 Bahagian)
Harga Aqiqah = RM350
(Harga termasuk, Harga Belian Lembu, Kos Pengurusan dan lain-lain). Faktor ekonomi dunia juga menyebabkan harga meningkat pada tahun ini.

Nov 23, 2008

Kem Smart Solat 2008

Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar sehingga selesai. Tahniah kepada semua peserta kerana berjaya untuk memenuhi masa selama sehari di BIC untuk bersama membaiki mutu solat masing-masing. Diharapkan agar segala pengisian program dapat memberi manfaat kepada peserta dan juga keluarga.

Adalah menjadi harapan BIC agar para peserta program-program serta kelas-kelas pengajian BIC akan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Maklumat lanjut beserta gambar-gambar serta montaj Kem Smart Solat 2008 akan dimuatkan dalam sedikit masa lagi. Diharapkan agar pengunjung laman blog BIC dapat kembali lagi untuk berita yang terkini.

Terima kasih atas sokongan.

Nov 19, 2008

Montaj Sempena Wida' Ustaz Siroj

Nov 16, 2008

CUTI PERSEKOLAHAN

Minggu ini bermula cuti persekolahan. Sebilangan besar tenaga pengerak BIC terutama para guru akan terbang meninggalkan Bintulu pulang ke kampung halaman masing - masing untuk menziarahi ibubapa dan sanak saudara.

Kalau kita 'check' tiket minggu ini semuanya penuh samada Airasia mahupun MAS. Tinggal sahabat jurutera MLNG / ABF yang meneruskan kerja - kerja dakwah. Insyaallah kami pulang untuk 'charge batery', tengok keluarga di kampung. Terima kasih kepada akhi Firdaus, Azizi dan adik - adik UPM yang menjaga BIC sepanjang cuti sekolah ini.

Ana senaraikan sahabat - sahabat BIC yang bercuti di kampung :
  1. Ibrahim dan family - pulang ke Selangor, Johor dan Pahang ( 16 Nov - 30 Dis 2008 )
  2. Ust Salehuddin dan family - Pulang ke Pahang dan Perak ( 18 Nov - 25 Dis 2008 )
  3. Ust Abd Hadi dan family - Pulang ke Perak dan Pulau Pinang ( 23 Nov - ? )
  4. Ust Rosman Mat Taip - Pulang ke Kedah ( 14 Nov - ? )
  5. Ust Ust Mohd Lutfi dan family - Pulang ke Selangor dan pahang pada 17 Nov - ? ) - beliau akan konvo pada 19 Nov 2008 di Putrajaya . Beliau akan menerima Diploma Pendidikan
  6. Ust Kamaruzahan ( Abun ) - Pulang ke Johor pada 6 Disember 2008
  7. Ust Abd Halim ( sedang berehat selepas menjalani pembedahan tulang belakang)
  8. Ust Mohd Siroj - Pulang ke Pulau Pinang pada 24 Nov 2008 dan tak kembali lagi.
  9. Ust Zainol Fakri - Pulang ke Kelantan pada 8 Nov - ?
  10. Ust Mohd Sardi - Pulang ke Kelantan pada 15 Nov - ? ( akan melangsungkan perkahwinan pada 12 Disember 2008 )
  11. Ust Syawal - Pulang ke Kelantan pada 15 Nov - ?
  12. Cikgu Faizoer - Pulang ke Kelantan pada 15 Nov - ?
  13. Cikgu Azraie - Pulang ke Kedah pada 12 Nov 2008 - ? ( akan melangsungkan akad nikah hari 16 Nov 2008 )
  14. Cikgu Nik Mohd Lizam - Pulang ke Kelantan pada 12 Nov 2008 - ?
  15. Kak Hamidah ( keluarga Abg Ghani ) - Pulang ke Kedah pada 16 Nov - ?
  16. Abg Mat dan Kak Jan sekeluarga - Pulang ke Perak pada 1 Dis 2008 - ?
Kepada sahabat - sahabat yang akan naik pelamin dan menimang cahaya mata, di doakan sentiasa di bawah lindungan dan peliharaan dari Ilahi. Kepada sahabat - sahabat yang berpindah didoakan mendapat kesejahteraan dan kemudahan di dalam segala urusan. Insyaallah kita bertemu lagi tahun hadapan.

Murid - murid yang mengikuti kelas tajaan BIC mestilah jangan lupa solat dan jangan tinggal mengaji. Kelas Bahasa Arab akan bercuti dan akan disambung pada tahun hadapan. Terima kasih di atas sokongan ibubapa terhadap perjuangan BIC.

' BERAMAL KERANA ALLAH '

IBRAHIM MAT ISA
PENGERUSI
BINTULU IQRA CENTER
TG KIDURONG.

Nov 15, 2008

WIDA' : USTAZ MOHD SIROJ ABDUL LATHIFF



Berita perpindahan Ust Mohd Siroj ke Pulau Pinang mengemparkan BIC dan seluruh warga Hidayah. Perkara yang tidak di sangka-sangka berlaku di saat BIC amat - amat memerlukan beliau. Namun demikian kami terpaksa merelakan beliau pergi meskipun berat untuk melepaskan. Mudah - mudahan ada penganti seumpamanya nanti.

Ust Mohd Siroj antara guru paling lama di Bintulu. Beliau mula berhijrah ke Bintulu pada tahun 2000 setelah menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1999. Di tempatkan mengajar di SMK Kidurong sebagai guru Pendidikan Islam sehingga tahun 2004 kemudian terus menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Memang layak beliau ditempatkan di kerusi PK HEM kerana ketegasan dan kelantangan menangani masalah disiplin.
Kenangan BIC bersama beliau amat banyak, antaranya Kem Remaja Harapan, Kem Tunas Harapan, Program Ziarah Dakwah dan Ukhuwah, Ihya' Ramadhan, Bersama masyarakat Sebauh dan banyak lagi aktiviti dan program yang tidak dapat disebut disini. Kami mengharapkan Allah menganjari ganjaran yang setimpal bagi setiap usaha dan keringat yang dicurahkan oleh beliau kepada penduduk Bintulu.

Sebagai menghargai pengorbanan dan usaha beliau, ramai individu-individu yang mengadakan majlis perpisahan sebagai memperingati jasa beliau, antaranya ialah BIC telah mengadakannya pada 11 November 2008, Masjid Darul Hidayah pada 13 November 2008 dan keluarga Abang Ghani dan Kak Midah malam tadi.

Inilah keikhlasan perjuangan seorang mujahid, belum pun di akhirat, Allah menampakkan di dunia ini segala amalan dan usaha beliau dilakukan dengan ikhlas. Mudah- mudahan beliau menjadi ikutan dan contoh kepada para mujahid lain khususnya sahabat - sahabat BIC.

Kami mengharapkan ' blog ' ini menjadi jambatan perhubungan di antara kita, meskipun jarak kita dipisahkan oleh Laut China Selatan namun segala aktiviti yang lakukan di sini di dalam pengetahuan ustaz. Kami berdoa semoga Ustaz Mohd Siroj ketika berada di tempat yang baru nanti akan mendapat kemudahan di dalam setiap urusan dan istiqamah melaksanakan kerja amal maaruf. Insyaallah.

JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN USTAZ SARDI

KEM SMART SOLAT


BINTULU IQRA CENTER (BIC) akan mengadakan KEM SMART SOLAT bersempena dengan cuti sekolah.

Terbuka kepada kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 14 tahun

Sumbangan minimum RM 5 bagi menampung kos makanan

Dapatkan borang pendaftaran di premis BIC atau daftarkan secara sms dengan menghantarkan ke 013-7713873 :: Kem Smart Solat, , ::

PROGRAM UNIT PENDIDIKAN ISLAM 2008

Suasana ketika Kem Literasi Al-Quran pada 7-9 Nov 2008

Cuti persekolahan 2008 akan bermula, maka berakhir segala aktiviti - aktiviti yang telah dirancang oleh Unit Pendidikan Islam ( UPI ) untuk tahun 2008.

Alhamdulillah, segala - segalanya berjalan dengan baik dengan izin Allah. Bagi sahabat - sahabat yang terlibat bagi menjayakan program ini, satu pengalaman baru yang amat berharga yang tak dapat dijual beli. Terima kasih kepada sahabat yang sudi membantu menjayakan program yang telah disusun oleh pihak UPI. Mudah - mudahan segala usaha dan gerakkerja yang dilakukan, kita niatkan sebagai satu gerak kerja dakwah dan secara tidak langsung akan mengangkat martabat Islam di mata orang bukan Islam.

Insyaallah pada tahun hadapan kita akan mempertingkatkan dan memperbaikai segala kekurangan dan kelemahan program dan aktiviti yang dilaksanakan pada tahun ini. Di harap kepada semua warga pendidik khususnya guru Pendidikan Islam sentiasa bersedia untuk melakukan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program yang akan dirancang pada tahun hadapan.

Segala pengorbanan masa, tenaga, idea dan segala - galanya, kita harapkan hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Di bawah ini dicatatkan program - program yang dijalankan oleh Unit pendidikan Islam PPG.

25 Mac : Majlis Tadarus Al-Quran ( MTQ ) Bahagian Bintulu
20 Mac : Maulidurasul
23-25 April : Majlis Tadarus Al-Quran ( MTQ ) Peringkat Negeri
20- 22 Jun : Kem Remaja Harapan
31 Julai : Ceramah Khas Guru Islam sempena memperingati peristiwa Isra' Mikraj
1- 3 Ogos : Kem Tunas Harapan
1 - 30 Sept : Ihya' Ramadhan
3 Nov : GPI bersama Dr. Sidek Baba
7- 9 Nov : Kem Literasi Al- Quran
11 Nov : Majlis Khatam Al-Quran

Gambar - gambar program


Guru Pendidikan Islam bersama Dr. Sidek Baba


Nov 14, 2008

PANDUAN MEMBERI NAMA ANAK




Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.


Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut:

1) Nama memberi kesan kepada kehidupan seseorang. Pepatah (Arab) menyebut: ‘Bagi setiap yang empunya nama, pasti ada bahagian daripada namanya’. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

2) Waktu memilih nama. Dalam sunnah Nabi SAW, terdapat kelonggaran pada waktu memberi nama. Samada pada hari pertama, atau dalam masa tiga hari pertama, atau pada hari ketujuh. Pilihlah mana-mana yang digemari.

3) Siapakah yang berhak memberi nama? Jika kedua-dua ibu bapa bersetuju dengan satu nama, maka ia suatu yang baik. Tapi, kadangkala mereka berselisih. Dalam situasi ini, yang berhak ialah bapanya. Tapi, jika kuasa veto bapa boleh menjejaskan keharmonian keluarga, eloklah dicari nama yang dipersetujui oleh kedua-duanya. Ataupun meminta orang lain yang memberikan nama yang elok, sebagaimana sesetengah sahabat meminta Nabi SAW meletakkan nama anak-anak mereka.

4) Nama anak mesti dibinkan kepada bapanya, bukan ibunya. Demikianlah arahan Allah Taala dalam surah al-Ahzab, ayat 5 yang bermaksud, “Serulah mereka dengan nama bapa-bapa mereka”.

5) Pilihan nama yang baik. Nama yang baik ialah nama yang sebutannya elok, dan maknanya juga baik. Pepatah (Arab) menyebut, ‘Kewajipan ayah terhadap anaknya ialah: memilih baginya ibu yang baik, memberinya nama yang baik, dan mengajarnya adab yang baik’.

6) Contoh nama-nama yang digemari syarak ialah;- Abdullah dan Abdul Rahman- Nama yang dimulakan dengan ‘Abd’, seperti: Abdul Malik, dan Abdul Aziz.- Nama para Nabi seperti: Muhammad, Ibrahim, dan Musa.- Nama orang-orang soleh, seperti nama-nama sahabat.

7) Mengelak daripada memberi nama-nama yang haram. Seperti:- Nama ‘Abd’ yang dihubungkan dengan selain Allah, kerana Abd bermaksud ‘hamba’. Maka haram memberi nama: Abdul Syams, Abdul Qamar, Abdul Nabi, Abdul Husain, dan seumpamanya.- Nama yang khas untuk Allah sahaja, seperti: Al-Rahman, Al-Khaliq.- Nama-nama berhala, seperti: Al-Laat, Al-Uzza, Isaaf dan Naelah.- Nama yang menunjukkan sifat yang tidak layak bagi diri seseorang, seperti: Malikul Amlak (Raja segala raja), dan Sayyid al-Naas (Penghulu segala manusia).- Nama-nama Syaitan, seperti: Al-Walhan, Al-A’war, dan Al-Ajda’.

8)Seboleh-bolehnya hendaklah menjauhi nama-nama yang makruh. Antaranya:-

Nama yang memberi maksud suatu yang kurang disenangi, seperti: Al-Harb (Peperangan), Fadhih (Yang membuka aib), Suham (sejenis penyakit unta).-Nama-nama yang memberi makna yang merangsang nafsu, contohnya: Fatin فاتن (Penggoda).- Nama-nama yang membawa maksud dosa dan maksiat, contohnya: Sariq (Pencuri).
Nama-nama seperti: Firaun, Qarun dan Haman.Nama-nama haiwan yang terkenal dengan sifat dan perumpamaan yang tidak elok, contohnya: Himar (Keldai), dan Al-Kalb (Anjing).-

Nama-nama yang digabungkan dengan perkataan ‘Al-Din’ (Agama) dan ‘Al-Islam’, seperti: Dhiyauddin, Saiful Islam, Nurul Islam, dan seumpamanya. Tujuannya untuk memelihara kedua-dua nama ini (Al-Din dan Islam) daripada menjadi nama individu yang tidak layak.
Nama-nama yang digabungkan daripada dua nama. Kerana para salaf dahulu tidak memberi nama melainkan satu perkataan sahaja. Pada zaman-zaman terkemudian, timbul nama-nama gabungan, seperti: Muhammad Ali, Ahmad Yunus dan lain-lain.

Perihal memberi nama perlu juga diambil kira 'uruf (adat) setempat. Jika kebiasaan diberikan nama yang bergabung seperti di Malaysia, ia bukan satu kesalahan. Lagipun tiada nas yang melarangnya. Berbeza dengan 'uruf sesetengah masyarakat Arab, yang tidak mengamalkan gabungan dua nama. Di Arab Saudi, undang-undang melarang memberi nama gabungan dua nama.


9) Menukar kepada nama yang baik. Jika ditakdirkan seseorang diberikan nama yang tidak menepati kehendak syarak, contohnya nama yang diharamkan, maka penyelesaiannya ialah dengan menukar nama. Dalam hadis disebut bahawa Rasulullah SAW menukar nama yang buruk kepada nama yang baik. Direkod oleh Tirmizi.


Kesimpulan, pilihlah nama yang cantik dan bertepatan dengan syarak. Jangan hanya melihat kepada sebutan yang menarik dan glamour.

Sekian.

Rujukan:- Tasmiyah al-Maulud karangan Asy-Syeikh Bakar Abu Zaid Rahimahullah

Artikel ini adalah sumbangan daripada Al-Fadhil Al-Ustaz Lokmanulhakim Hafizohullah yang sedang menyiapkan tesis masternya di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi. Jazahullahu ahsanal jaza'.

Posted by Abu 'Ammar Al-Madani


Nov 12, 2008

" BERPAUT DI DAHAN CINTA "

Sahabat - sahabat yang berkesempatan berada di Kuala Lumpur pada waktu itu, mari kita sama - sama mengikuti program di atas, Insyaallah, BIC akan cuba juga untuk menganjurkan program seperti ini di masa akan datang di Bintulu.

Nov 9, 2008

Rayuan Bangsa Moro

Petikan dari Blog Roslan:

Rayuan buat Bangsa Moro Bumi Moro masih bergelora. Saudara-saudara seaqidah kita menjadi mangsa terjahan tentera Filipina yang memburu tanpa belas ihsan para pejuang Islam di sana.

Saya menerima SMS dari salah seorang pimpinan Yayasan AMAL yang baru pulang dari sana. Kata beliau keadaan di Mindanao semakin getir. Hampir 2/3 dari ketumbukan Tentera Filipina telah dikerahkan ke sana. Akibat serangan ganas mereka kira-kira 600,000 Bangsa Moro kini menjadi pelarian perang apabila rumah mereka dibakar dan dimusnahkan serta kampung halaman mereka dirampas.

Menurut wakil Yayasan AMAL itu sangat sedikit bantuan kemanusiaan yang sampai ke sana.Yayasan AMAL Malaysia akan melakukan program korban disamping bantuan perubatan dan kemanusiaan sempena Aidil Adha nanti.

Oleh itu bagi sesiapa yang berhajat untuk menghulurkan bantuan pada saudara-saudara kita yang sangat dalam keperluan ini bolehlah mengambil bahagian. Sebahagian lembu bernilai RM290 manakala seekor kambing berharga RM320 seekor. Bagi mereka yang berhajat bolehlah menghubungi Sdr Hj Husin Ismail di 0199511860 atau terus mneyalurkan bantuan kewangan ke akaun Yayasan AMAL Malaysia di Maybank no. akaun 553010122090.

Semoga bantuan kita itu diberkati Allah swt.

WASIAT IMAM SYAFIE

10 WASIAT IMAM SYAFIE SEBAGAI PANDUAN

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

“Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara.”

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan

Nov 8, 2008

JEMPUTAN PERKHWINAN


Nov 7, 2008

PERINGATAN: SYARIKAT PENIPU

Salam alaik.Di sini ana nak memberi ingatan kepada semua ahli Bintulu Iqra Center supaya berhati-hati dengan syarikat SK Classic Hepta Layer Solution Sdn Bhd yang berada di tingkat bawah Park City Mall Bintulu. Syarikat ini merupakan syarikat yang dikategorikan oleh KPDN sebagai syarikat gores dan menang. Ramai yang telah tertipu dengan syarikat ini. Di sini ana terangkan serba sedikit tentang modus operandi syarikat ini yang ana petik dari forum consumer.

Make lucky draw ==> collect small gift ==> extra draw ==> big prize + RM100 Voucher ==> 4 term & Condition must follow for entile to bring back big prize. Simple but the sales person will bring your mind round and round.

1st : They will pretend shock when you draw big prize like Home Theater RM3988

2nd : Ask did you click wrong button or not at computer system?

3rd :Ask you wait while they call their manager.

4th : Manager talk to you through the hand phone ask you the same question as 2nd step. Then ask you follow 4 term and condition.

A. The prize you have win must use by yourself. ===> Easy
B. You must help promote the product if you feel good after use it. ===> Easy
C. Take your photo. ===> Getting difficult
D. You must use the Voucher to buy any product list at the computer screen
===> More dificult

The other product prize start RM2788. How much does the Home Theater actually?

You can buy branded Pioneer or Sony Home Theater at RM1388 only and come with black & white warranty card.

Ramai yang sudah tertipu. Ada kes melibatkan wang sehingga RM10k. Jurujual syarikat akan mengatakan bayaran boleh dibuat dengan easy payment dan meminta kad kredit anda. Tetapi semasa proses pembayaran,anda akan di kehendaki untuk melihat demonstrasi pemasangan dan pada masa itulah, kad kredit anda akan di swipe habis.

Bagi yang dah terkena,anda boleh ikuti langkah berikut:
1) Jika baru terkena,boleh call bank untuk batalkan pembayaran. Kita berhak.
2) Bagi yang dah terkena,boleh buat tuntutan di Tribunal Pengguna Malaysia di KPDN dan pastikan barangan syarikat terbabit tidak diusik.Boleh call azraie 013-4010490 untuk sbrg pertanyaan.

Ana harap, antum dapat menyebarkan kepada semua kawan-kawan supaya mereka terselamat dari tipu daya syarikat ini. Baru-baru ini, ana dapat maklumat seorang pekerja dari MLNG juga dah terkena.

RAMAH TAMAH AIDIL FITRI MASJID DARUL HIDAYAH

FOTO ALBUM

Nov 4, 2008

Program Khidmat Masyarakat Sebauh




Ramah Tamah Aidilfitri di Masjid Darul Hidayah

Walaupun Syawal baru sahaja berakhir,namun kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri di Masjid Hidayah masih lagi dirasai. Bintulu Iqra' Center (BIC) tidak melepaskan peluang untuk turut serta menghidangkan makanan kepada para tetamu sempena majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Masjid darul Hidayah pada 31 Oktober '08 yang lepas.

Selain BIC, gerai-gerai lain juga turut mengambil bahagian; antaranya gerai JIM, gerai Biro Wanita Darul Hidayah, gerai Jannah Catering dan juga gerai Puteri Corner. Banyak makanan istimewa yang dihidangkan contohnya seperti kek lapis Sarawak, laksa Penang, satay, lemang dan rendang daging, kuih raya dan macam-macam lagi. Gerai BIC menghidangkan nasi beriani sebagai menu utama.
Aktivis BIC bersama-sama siswa UPM
Orang ramai menyerbu gerai BIC

Siswa UPM sibuk melayan tetamu

Sumbangan duit hari raya kepada kanak-kanak

Persembahan nasyid sebagai hiburan

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons