Mar 31, 2009

PELANCARAN DERMA PEMBINAAN SURAU ULU KOTA


Mar 24, 2009

KURSUS UMRAH DAN HAJI SIRI 3

Masjid Assyakirin, masjid bahagian Bintulu

Ust Lofti bersama pengerusi Masjid Assyakirin, Tuan Haji Bakeri

Program mingguan BIC pada minggu ini ialah kursus umrah dan haji siri ke 3. Alhamdulillah peserta masih konsisten untuk mengikuti siri-siri kursus yang dianjurkan oleh BIC dan Masjid Assyakirin. Setakat yang dimaklumkan, bilangan jamaah Bintulu yang akan mengerjakan umrah pada bulan jun ini ialah seramai 35 orang. Walaupun ada permintaan dari rakan-rakan, namun pengendali umrah tidak mampu untuk memenuhi permintaan daripada rakan-rakan. Harap mereka bersabar, Insyaallah, jika diizinkan untuk masa akan datang kita buka seat dengan lebih banyak lagi.

BIC membuat program begini bukan niat untuk mencari keuntungan, jangan salah faham, kita hanya membuat kebajikan dengan kemahiran yang kita ada. Jika ada keuntungan dari program ini, kita akan salurkan ke dalam tabung BIC untuk membina Surau al-Azhar Ulu Kota di Pakan.

Pihak BIC mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Haji Abd Ghani bin Harun di atas pengendalian program ini. Tidak dilupakan juga kepada tajaan makanan minggu ini oleh Tuan Haji Nasrun dan Kak Min. Kepada pengerusi Masjid Assyakirin, Tuan Haji Bakri jutaan terima kasih di atas kebenaran menggunakan ruang masjid sebagai tempat kursus.

Di bawah ini gambar-gambar yang diambil semasa siri kursus umrah dan haji siri 3.


Mar 21, 2009

KERATAN AKHBAR

Berikut disiarkan laporan akhbar berikutan mesyuarat agung YAM yang lalu di Miri. Bagi rakan-rakan yang belum ada kesempatan menatap keratan akhbar, bacalah sebagaimana disiarkan seperti berikut.

[Laporan Muktamar AMAL Sarawak @ Eastern Times, 18 Mac 2009]

[Laporan Muktamar AMAL Sarawak @ Utusan Borneo, 19 Mac 2009]

Keratan akhbar, ihsan dari http://muhtarsuhaili.wordpress.com/2009/

Mar 17, 2009

' AMAL' & BIC ZIARAH KE SG PLAN


Takziah kepada keluarga Puan Sabtuyah Abdullah di atas pemergian ibunya ke rahmatullah pada pukul 12.30 tengahari tadi. Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting selepas solat asar tadi. Allahyarhamah adalah keluarga mualaf yang dijaga dan sering dikunjungi oleh pihak BIC untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Rombongan kami yang diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan & Kemasyarakatan AMAL Ustaz Ibrahim bersama dengan Ustaz Abd Halim, Abd Hadi dan Zainul Fakri sempat menziarahi keluarga allayarhamah di flat Sg Plan. ketibaan kami disambut oleh keluarga allahyarhamah dan mereka mengucapkan terima kasih di atas kunjungan kami.

Pihak kami telah menyampaikan sumbangan ikhlas untuk meringankan bebanan keluarga allahyarhamah. Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak merangkap penasihat BIC iaitu Ustaz Abd Halim Abd Kadir.

Pihak kami sekali lagi mengucapkan takziah dan bersabarlah di atas musibah yang menimpa keluarga Puan Sabtuyah Abdullah.

Mar 16, 2009

MUHTAR SUHAILI PIMPIN AMAL SARAWAK

Jurutera yang berjiwa daie

Muhtar Suhaili, Pengerusi AMAL Sarawak sesi 2009 - 2011

Perubahan pucuk pimpinan AMAL Sarawak sessi 2009 - 2011 menyaksikan gabungan mantap dengan penglibatan dari beberapa bahagian di Sarawak. Saudara Muhtar Suhaili yang tidak dicabar oleh mana-mana individu dalam sesi pemilihan pengerusi sempena Mesyuarat Agung Dwi Tahunan yang berlangsung semalam.

Beliau merupakan anak jati Sarawak yang dilahirkan di Niah, Miri. Di bawah ini dicatat biodata Saudara Muhtar Suhaili yang di dapati dari blog beliau http://muhtarsuhaili.wordpress.com/.

Pendidikan

1988-1992: SRK Kelapa Sawit No. 5, Subis
1993-1998: Kolej Tun Datu Tuanku Hj. Bujang, Miri
1999-2000: Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
2001-2005: Bachelor of Engineering (Mechatronics),Kulliyyah Kejuruteraan,UIA
2007-Kini : Master of Technology (Petroleum), Curtin Shell Open University &
Curtin University of Technology


Pengalaman kerja


Control and Automation Engineer,

E11 Hub Project Team,

Sarawak Shell Berhad, Miri.


Mechatronics Graduate Engineer,

Board of Engineers, Malaysia (BEM)


Mechatronics Graduate Member,

The Institution of Engineers, Malaysia (IEM)



Pengalaman Kemasyarakatan


Timbalan Pengerusi II,

Jawatankuasa Bertindak (Task Force)

Pengurusan Kecemerlangan Miri, Sarawak.


Wakil Negeri Sarawak (Lantikan)

Aman Palestin Berhad (Aman Palestin)


Public Relations Officer,

Persatuan Kebajikan Pekerja Islam Petroleum (PKPIP).


Negara yang pernah dilawati


Indonesia, Brunei Darussalam, Singapore, Thailand, South Korea, Hong Kong, United Kingdom, Netherlands, Germany, France, Italy, Belgium, Luxembourg, Spain, Turkey.


Diharapkan kepimpinan baru akan terus menerajui kebajikan selaras dengan motto AMAL ' Berkhidmat Untuk kemanusiaan, Beramal Kerana Allah '.


Selain itu, sejurus selepas selesai mesyuarat pada tengahari semalam, pengerusi telah memanggil kesemua perwakilan untuk menentukan porffolio masing-masing. Dibawah ini di catat keputusan AJK AMAL Sarawak bagi sessi 2009 - 2011.


Pengerusi : Muhtar Suhaili

Timbalan Pengerusi : Abd Halim Abd Kadir

Naib Pengerusi 1 : Abdul Azeeiz Mohammad

Naib Pengerusi 2 : Mohd Sardi Ismail

Naib Pengerusi 3 : Wan Lydia Salmi Wan Junaidi


Setiausaha : Mohd Azwani Abd Rani

Pen. Setiausaha : Mohd Zahari @ Ocit Deli


Bendahari : Shamsul Nizam Shaharudin

Biro Pembangunan Belia dan Sukan: Mohd Junaidi Samsuddin
Biro Motivasi dan Pembangunan Insan :Malsiron Rojikin
Biro Kebajikan dan kemasyarakatan : Ibrahim Md Esa

Ucapan tahniah atas perlantikan, dan diharapkan agar terus istiqamah di dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh para perwakilan. Semoga kepimpinan yang terpilih akan mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah. Sentiasalah berdoa.

" Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya ( maka beruntunglah dia ) kerana sesungguhnya golongan ( yang berpegang kepada agama Allah ) itulah yang tetap menang " - Surah al-Maidah : 56

Mesyuarat pembentukan portfolio

Barisan AJK AMAL Sarawak sessi 2009 - 2011

MESYUARAT AGUNG ' AMAL ' DWI TAHUNAN DI MIRI


BIC mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan menganjurkan Mesyuarat Agung Yayasan Amal Dwi Tahunan yang pertama di Sarawak. Ucapan ini sudah tentu kepada tuan rumah yang menganjurkan mesyuarat tersebut iaitu AMAL Unit Miri. Mesyuarat tersebut yang diadakan di Masjid Attaqwa telah berjaya menghimpun kehadiran perwakilan hampir 120 orang. Sasaran awal hanya dianggarkan 80 orang sahaja.

Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Presiden Amal Malaysia, Tuan Haji Hussin Ismail. Program bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 12.30 Tengahari. Pelbagai perkara telah disebut oleh presiden untuk renungan dan iktibar para perwakilan. Seterusnya beliau melancarkan website AMAL Sarawak yang boleh dilayari di http://amalsarawak.net/. Majlis berhenti rehat seketika dengan jamuan ringan disediakan oleh pihak penganjur.

Pada pukul 9.30 pagi, semua perwakilan masuk semula ke dewan mesyuarat untuk mengikuti mesyuarat agung yang telah dipengerusikan oleh ketua setiausaha AMAL pusat En Abd Hamid Bin Seman. Setelah laporan dibentangkan oleh pimpinan sessi lalu, satu pembubaran jawatankuasa telah diumumkan oleh pengerusi penaja Saudara Azeez, maka secara rasmi jawatankuasa pimpinan Saudara Azeez telah terbubar , maka satu jawatankuasa yang baru terpilih untuk menerajui AMAL Sarawak sessi 2009-2011. Setelah selesai sessi pemilihan jawatankuasa baru, maka sessi usul dan perbahasan diadakan dan seterusnya ucapan penangguhan oleh Pengerusi AMAL yang baru iaitu Saudara Mukhtar Suhaili. Program sepenuhnya telah selesai pada kira-kira pukul 12.30 tengahari.

Sementara itu di luar dewan, biro ekonomi BIC dan AMAL Unit Miri telah mengadakan pameran, dan jualan untuk para perwakilan. Ramai para perwakilan yang berpuashati dengan perjalanan program sepanjang hari tersebut.

Pihak BIC mengucapkan tahniah di atas perlantikan pimpinan yang baru dan anggaplah tugas ini sebagai amanah yang akan ditanya oleh Allah tentang amanah yang telah berikan kepada mereka yang terpilih. Sementara itu BIC juga diberitakan tentang sahabat kita di Miri Saudara Mohd Hafizan Lutfi telah ditimpa kemalangan semalam, kemungkinan semasa balik dari tempat program. Difahamkan juga, beliau bersama isteri beliau yang sedang sarat mengandung. Berita terkini belum kita pastikan lagi. Apapun kami berharap agar sahabat kita bersabar diatas musibah ini dan bagi pihak kami di BIC sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabat-sahabat kita di sana.

Mar 9, 2009

MAULIDURASUL DI BINTULU

Jadual ceramah Prof. Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin di Bintulu

Bintulu amat bertuah pada tahun ini kerana terpilih sebagai tuan rumah Sambutan Maulidurasul Peringkat Negeri Sarawak. pelbagai acara dan program telah berjaya diatur dengan baik. Bermula dengan siri ceramah, pertandingan pidato, pelancaran bulan dakwah dan acara kemuncak ialah perhimpunan dan perarakan Sambutan Maulidurasul di Dewan Suarah.

Ceramah

Bermula 6 Mac 2009 yang lalu, Siri ceramah membuka tirai dengan penceramah undangan dari AMAN Palestin, Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin di Masjid Hidayah. Tajuk ceramah beliau ialah " Penyembelihan di Gaza " telah menarik ramai ahli jemaah untuk mengikuti dan mendengar ceramah beliau. Penyampain ceramah beliau dengan menggunakan audio visual telah memberi sentuhan dalaman bila mereka melihat siri peperangan yang berlaku di Gaza serta penderitaan yang dialami oleh mereka. Ada juga kelihatan yang menangis. Mengikut jadual yang disusun oleh pihak penaja iaitu JKIM MLNG serta JKTAIB, yang berbahagia Prof. Madya akan berceramah di beberapa masjid lagi sehingga 10 Mac 2009. Sesungguhnya besar pergorbanan dan perjuangan yang telah dilakukan oleh Dr. Zainur Rashid, semata -mata untuk menyampaikan seruan dakwah. Teruskan usaha dakwah ini profesor.

Ceramah di Masjid Darul Hidayah pada 6 Mac 2009

Ahli jemaah masjid tekun mendengar penerangan ceramah yang
disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin.

Selain daripada Prof. Madya Dr. Zainur Rashid, Dr. Danial Zainal Abidin juga telah diberi kesempatan berceramah di Bintulu. Beliau telah mengisi siri ceramah yang diadakan di Masjid Assyakirin pada malam 12 Rabiulawal 1430H yang dihadiri oleh TYT Negeri Sarawak.

Pelancaran Bulan Dakwah

Pada 8 Mac 2009, pelancaran bulan dakwah telah diadakan di dewan suarah dengan pengisian ceramah yang telah disampaikan oleh Ust Kipli Bin Yassin. Selain daripada ceramah, kumpulan nasyid dan Ramli Sarip juga membuat persembahan untuk menghiburkan jemputan. Dengan bermulanya acara ini, maka Bulan Rabiul Awal telah dijadikan bulan penyebaran dakwah. Mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan dan perlu dilaksanakan oleh semua orang Islam.

Pelancaran Bulan Dakwah di Dewan Suarah

Ketibaan TYT Negeri Sarawak Tun Abang Salehuddin

Acara hiburan dengan persembahan kumpulan nasyid dan nyayian dari Ramli Sarip

Ceramah oleh Ust Kipli Bin Yassin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sarawak

Sambutan malam 12 Rabiul Awal

Ceramah oleh Dr Danial Zainal Abidin di Masjid Assyakirin

Para jemputan dan jemaah Bintulu yang mendengar ceramah

Unit Ekonomi BIC sedang membuat jualan dengan diketuai oleh pengerusi unit Saudara Hafiez

Program rasmi diadakan di Masjid Assyakirin bermula jam 5.30 petang dengan bacaan Yassin dan Tahlil. Selepas solat Maghrib, Dr. Danial Zainal Abidin telah menyampaikan siri ceramah beliau dengan dihadiri oleh jemaah hampir memenuhi ruang Masjid Assyakirin. Selepas solat Isyak, acara marhaban dan berzanji diadakan.

Orang ramai mengambil kesempatan melihat pameran yang telah diadakan oleh BIC.

BIC juga mengambil kesempatan mengadakan kutipan derma untuk mengisi Tabung Kemanusian Palestin

Antara pengunjung pameran BIC, Cikgu Lutfi bersama anak-anak beliau

Diadakan juga marhaban dan salawat selepas solat Isyak

Pengunjung disajikan dengan jamuan makan selepas selesai program

Acara kemuncak

Bermula jam 6.30 pagi, orang ramai telah berkumpul di perkarangan dewan suarah. Anggaran kehadiran pengunjung mengikut urusetia ialah seramai 12 ribu orang. Aktiviti pada hari ini ialah, ucapan TYT Negeri Sarawak untuk perasmian Sambutan Maulidurasul Peringkat Negeri. Selain itu pertandingan sepanduk dan perarakan. Dengan berakhirnya acara pada hari ini maka telah selesai aktiviti-aktiviti bersempena dengan Sambutan Maulidurasul. Walaupun secara rasminya program ini telah selesai, namun tugas kita untuk mengagungkaninsan mulia ini perlu istiqamah dengan mengamalkan sunnahnya.

Acara perarakan mengelilingi Bandar Bintulu yang melibatkan 250 kontinjen

Mereka bersemangat, berkorban masa dan tenaga

Puan Abidah Semail ( Guru Besar SK OKM ) mewakili SK OKM
memenangi ketegori sepanduk peringkat Sek Ren.

Ust Zainol Fakri mewakili SM Teknik, menang sepanduk peringkat Sek Men / Institusi

Acara kemuncak, para pemenang sepanduk peringkat Negeri Sarawak. Johan menerima RM1000,Naib johan RM7oo manakala tempat ketika RM 500. Tahniah kepada mereka

Besarlah harapan kami di pihak BIC agar sepanjang aktiviti dan acara yang diadakan ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua penduduk Islam Bintulu.

Mar 8, 2009

PEMBATALAN KELAS BAHASA ARAB


MAKLUMAN

Kepada semua murid BIC yang mengikuti

kelas Tuisyen Bahasa Arab

kelas yang dijadualkan pada malam ini
( 8 Mac 2009 ),

minggu hadapan 14 dan 15 Mac akan dibatalkan.

Kelas berjalan seperti biasa pada
21 dan 22 Mac 2009.


Saya pohon maaf di atas pembatalan kelas tersebut.


Sekian, harap maklum.

- Ust Ibrahim -

Mar 2, 2009

KURSUS UMRAH DAN HAJI

Ust Solehuddin sedang menyampaikan kursus Umrah dan Haji
bertempat di dewan Masjid Assyakirin

Alhamdulillah, BIC telah berjaya menganjurkan Kursus Umrah dan Haji bertempat di Masjid Assyakirin. Kursus ini diadakan sebanyak 2 siri yang disampaikan oleh Ust Solehuddin Abu Samah.

Insyaallah, BIC akan mengadakan Umrah dan Ziarah pada 27 Mei - 14 Jun 2009. Namun demikian pihak kami memohon maaf kepada sahabat2 yang tertanya2 mengenai kekosongan tempat untuk bersama kami pada tarikh tersebut. Tempat yang diperuntukkan kepada BIC hanya 40 tempat sahaja.

Pihak BIC mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Abd Ghani dan Abang Mat seisi keluarga kerana kesungguhan mereka bagi menjayakan program tersebut.

Insyaallah, kami di pihak BIC memulakan umrah dan ziarah pada kali ini sebagai percubaan pertama aktiviti jaulah ke luar negara, kalau ada sambutan, pihak kami akan menganjurkan pada masa akan datang.

Di bawah ini dipaparkan foto2 yang sempat diuplod untuk tatapan bersama.

Anak2 juga bersemangat mengikuti kursus ini sehingga terpaksa
duduk di lantai kerana kekurangan kerusi.


Wajah2 yang tidak sabar untuk bertemu dengan kaabah.

Para muslimat juga tidak ketinggalan mengikuti siri kursus ini

Ada sesuatu yang menarik perhatian Tuan Haji Karim ttg kursus
yang disampaikan oleh Ustaz Salehuddin Abu Samah.

Memang tidak disangka, ramai juga orang yang berminat untuk bersama2 BIC di dalam pengembaraan ke Bumi Anbiya'. Mudah2an niat dan hajat para jamaah akan termakbul dan akan dipermudahkan segala urusan, Insyaallah.


Mar 1, 2009

SEKITAR GOTONG ROYONG BIC

Alhamdulillah, Bintulu Iqra' Center berjaya menjalankan aktiviti gotong-royong dengan jayanya. Hasil gotong-royong sedikit sebanyak mengubah penampilan BIC. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang gotong-royong berjalan. Pihak BIC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat.

BIC yang gah....


Si cilik BIC turut terlibat...

Mari-mari makan nasi....free....

Muslimat tekun bekerja....


Tekun menyiapkan hiasan BIC....


Abang botak mengecat....BIC sekarang berwajah kuning...


Muslimat mengemas barang-barang sumbangan orang ramai..


Mai..cuci longkang...


Kerja-kerja mengecat pagar..

Kerja-kerja mengecat dinding...wow..BIC berwajah kuning..

Remaja BIC

Kelas Pengajian

SEMUA KELAS AKAN DIJALANKAN DI PREMIS BIC & TERHAD KEPADA 20 ORANG PELAJAR BAGI SETIAP KELAS

UNTUK PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI;

UST IBRAHIM [019-4535119]
MOHD HASAN [012-257 9721]

Jadual Kelas

KELAS FEQAH
Hari: Selasa
Masa: 7.30 - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART QUR'AN (kanak-kanak)
Hari: Rabu - Jumaat
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART TAJWID (pelajar 10-17 thn)
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART ARABIC (kanak-kanak)
Hari: Sabtu - Ahad
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

KELAS MENGAJI (dewasa)
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 - 9.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - PHYSIC
Hari: Ahad (Tg 4 & 5)
Masa: 8.30 pg - 10.30 pg
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - CHEMISTRY
Hari: Selasa (Tg 4)
Masa: 7.30 mlm - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - ADD MATH
Hari: Ahad (Tg 5)
Masa: 7.30 mlm - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

Aktiviti BIC 2009

9 Ogos hingga 12 September 2009 - Karnival AMAL Merdeka Edisi Ramadhan