Sep 29, 2011

AZ-ZIYARAH MUFTI NEGERI SARAWAK

29 September, BINTULU - Program Az-Ziarah Mufti Negeri Sarawak 1432H berlangsung di Masjid Al-Mustaqim, RPR Kidurong, Bintulu dalam keadaan sangat meriah.
Jika pada kebiasaannya Mufti lebih sinonim dengan imej seorang alim yang berada di pejabat dan memberikan pandangan-pandangan agama, namun Yang Berbahagia Sahibus Samahah Ustaz Haji Kipli Haji Yasin. Mufti Negeri Sarawak telah mengorak langkah mendekati masyarakat melalui program Ziarah.
Antara matlamat penting program ziarah ini adalah bagi mendekatkan masyarakat kepada insitusi mufti. Di samping itu program sebegini juga dapat menggkatkan kesedaran masyarakat bahawa Islam adalah suatu ajaran yang tidak hanya terbatas kepada pejabat mufti, terbatas kepada insitusu surau dan masjid sahaja.
Timbalan Pengerusi BIC, Ustaz sardi ketika diminta mengulas menyebut "Saya bagi pihak Bintulu Iqra' Center mengucapkan tahniah kepada mufti, insitusi mufti, para pelaksana, pihak Masjid Al-Mustaqim dan juga para hadirin atas program Ziarah ini. Program sebegini dapat membantu masyarakat dengan masyarakat dapat bertanya terus kepada mufti. Kita berharap program-program sebegini dapat digandakan
Published with Blogger-droid v1.7.4

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons