Feb 24, 2012

MUKMIN-SYUKUR DAN SABAR

Isi khutbah pada hari ini adalah berkaitan dengan konsep syukur dan sabar yang dimiliki oleh seseorang mukmin.

Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya.” (Imam Muslim)

Dalam menghayati konsep syukur dan sabar ini, Islam tetap tidak mengabaikan konsep usaha kerana Islam menganjurkan umatnya untuk berusaha dan hasilnya bertawakkallah kepada Allah.

-catatan dari wartawan BIC dari Masjid Lutong.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Feb 21, 2012

RHAUDATUL ILMI SIRI 1


MASJID MUSTAQIM RPR KIDURONG

PENCERAMAH: PUAN WAN JULIANA BT WAN MOHD ZAIN

TAJUK: MEMBINA ANAK-ANAK CEMERLANG

Pada 19 Februari 2012 bersamaan 26 Rabiul Awal 1433 Hijrah, Raudhatul Ilmi telah berjaya dilangsungkan di Masjid Mustaqim RPR Kidurong, Bintulu anjuran muslimat BIC (Bintulu Iqra’ Center) dan Biro Wanita Masjid Mustaqim. Program yang bermula pada jam 9 pagi berjaya menarik kira-kira 35 orang wanita sekitar kawasan Kidurong. Program dimulakan dengan solat sunat dhuha berjemaah, perkongsian ilmu oleh penceramah jemputan iaitu Puan Wan Juliana bt Wan Mohd Zain yang merupakan PKHEM SMK Kidurong serta pemberian sumbangan BIC kepada dua orang penduduk iaitu Puan Nur Athirah Abdullah dan Puan Jauyah bt Balan masing-masing dari keluarga yang susah.

Antara yang disentuh oleh penceramah jemputan berkaitan tajuk Membina Anak-anak Cemerlang ialah persediaan awal pasangan ibu bapa bermula dengan aqidah, gaya hidup dan akhlak. Penceramah juga turut berkongsi latar belakang Rasulullah semasa kecil yang boleh dijadikan panduan oleh ibu bapa. Semoga pengisian yang disampaikan sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada ibu dan bakal ibu dalam membina anak-anak dalam era yang sangat mencabar ini berlandaskan syariat Islam.

Pengerusi majlis mengalukan kehadiran



Khusyuk mendengar penyampaian dari penceramah





Puan Athirah Abdullah &Jauyah bt Balan menerima sumbangan



Sekalung penghargaan juga kepada semua yang telah menjayakan program ini berjalan lancar. Tunggu Raudhatul Ilmi siri kedua InsyaAllah.


Feb 19, 2012

PROGRAM TAHSIN AL-QURAN

Masjid Darul Hidayah dengan kerjasama Institut Tahfiz Bintulu(ITB) dan Bintulu Iqra’ Centre (BIC) akan mengadakan program Tahsin Al-Qur’an . Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:-

Tarikh : 19 Februari 2012 (Ahad)

Masa : 7.30 (mula pendaftaran)

8.00 –12.30 ( program)

Tempat : Masjid Darul Hidayah, Kidurong

Penceramah jemputan adalah Ustaz Awangku Omar Asfuaddin bin Awang Hamdan ,iaitu johan Musabaqah Al Qur’an peringkat kebangsaan tahun 2009.

Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Tempat adalah terhad kepada 50 orang peserta sahaja. Muslimin dan Muslimat yang ingin turut serta adalah diminta untuk membawa sendiri buku catatan dan alatulis masing-masing.
Sila hubungi Mohamad Yacop b Mohamad Junid atau Ustaz Ahmad Lotfi bin Mat Sarif untuk pendaftaran (rujuk poster).
Published with Blogger-droid v1.7.4

-RAUDATUL ILMI Musim Baru

Raudatul Ilmi kembali lagi. Sebuah program hasil kerjasama Bintulu Iqra' Center, BIC dan Masjid Mustaqim, RPR Kidurong.
Bertempat di Masjid Mustaqim. Datanglah beramai-ramai ke majlis ilmu. Ayp
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jan 14, 2012

SESI RAMAH MESRA BERSAMA PENAUNG BIC

BINTULU, 8 Jan - Ahli Jawatankuasa Tertinggi BIC telah mengadakan majlis Ramah Mesra dan Pembentangan kepada Penaung BIC iaitu Hj Omar Suib.

Majlis yang telah dianjurkan ini menjadi medan pembentangan Laporan Tahunan 2011, Laporan Kewangan 2011, Perancangan Tahunan 2012 dan Perancangan Penambahbaikian Premis BIC. Tidak terhenti sekadar pembentangan, majlis ini juga menjadi ruang bagi penasihat BIC memberikan cadangan dan komen sebelum ia di sebarkan kepada tatapan masyarakat.

Melalui majlis ini juga, pihak Jawatankuasa Tertinggi juga bertekad bagi menambahbaik dengan mempelajari kekurangan lalu dan meningkatkan pencapaian sedia ada.

Semoga Bintulu Iqra' Center akan terus mengorak langkah berbakti kepada masyarakat.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Jan 4, 2012

BIC Mesyuarat Kick-Off 2012

BINTULU, 1 Jan - Berlabuhnya tirai 2011 bermakna kita telah melangkah ke tahun 2012. Bintulu Iqra' Center tidak terkecuali meneruskan gerakkerja-gerakkerja pendidikan dan kebajikannya.

Seawal hari pertama tahun baru, Jawatankuasa 2012 telah mula berkampung di premis BIC, menyusun atur program 2012. Penambahbaikan dan program-program baru insyaallah menghiasi takwim BIC 2012.

Organisasi BIC 2012 turut menyaksikan sedikit kelainan dalam memastikan BIC diperkasakan. Antara perubahan itu adalah 3 Timbalan Pengerusi berbanding 2 Timbalan Pengerusi pada 2011.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nov 22, 2011

MENAIK TARAF PREMIS BIC

Atas tuntutan mendesak keperluan ruang yang lebih luas premis Bintulu Iqra' Center (BIC), satu inisiatif digerakkan bagi menjayakan pengubahsuaian bangunan premis BIC.

BIC yang sinonim dengan kerja kebajikan dan pendidikan terus diasak permintaan merancakkan lagi pendidikan seperti bahasa arab, tution dan sebagainya disamping kelas Iqra yang telah pun berjalan. Permintaan ini amat sukar untuk dipenuhi lantaran ruang premis yang sangat terhad.

Justeru itu, langkah memperbesarkan premis yang sudah kedengaran semenjak 2 tahun lalu menjadi semakin perlu. "Secara konsepnya, pengubahsuaian adalah dalam proses. Pemilik premis telah bersetuju, ada pihak yang mulia telah menghulurkan tangan untuk membuat plan, dan ada juga yang telah setuju membantu untuk membina, namun dana belum mencukupi" ujar saudara Firdaus, AJK BIC.

Lantaran itu, BIC amat mengalukan sumbangan pihak pihak yang ingin memasuki saham amal jariah yang akan dituai di akhirat nanti. Sumbangan boleh di beri melalui AJK BIC atau di masukkan melalui bank ke akaun Bank Islam BIC dan di sms ke bendahari BIC.

Semoga amal ini menjauhkan kita dari azab api neraka kelak.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Nov 8, 2011

Ziarah Amal dan Ibadah Korban di Pulau Bruit, Daro


Bintulu Iqra’ Center bersama Yayasan Amal Malaysia telah melaksanakan Ziarah Amal dan Ibadah Korban di Kampung Bruit, Daro kira-kira 7 jam perjalanan dari Bintulu. Untuk sampai ke Kg Bruit yang terletak di kepulauan Bruit tersebut, terpaksa melalui jalan darat dan air. Satu pengalaman baru kepada para peserta untuk menempuh cabaran bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang berhak.

Seramai 25 peserta telah bersama-sama menjayakan program ini yang melibatkan 6 buah kenderaan. Perjalanan bermula jam 8 pagi 5 November 2011 ( Sabtu ) dan telah selamat tiba di Kampung Kot pada kira2 jam 2 petang. Untuk makluman Kampung Kot ini ialah tempat chek point atau jeti untuk permulaan perjalanan kami melalui jalan air untuk sampai ke Kampung Bruit. Kami hanya menyewa sebuah bot nelayan yang agak besar tapi tidak berbumbung, risau juga kalau2 hujan2 akan turun, namun demikian, Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke destinasi kira-kira 1 ½ jam perjalanan, tanpa ada halangan.

Aktiviti pada pada malam tersebut bermula dengan pengisian rohani / ceramah di Masjid lama Kg Bruit yang telah disampaikan oleh Ustaz Ibrahim, Pengerusi YAM Sarawak. Alhamdulillah sambutan masyarakat sangat mengalakkan, barangkali jarang2 penceramah atau ustaz2 turun untuk memberi ceramah. Sempat juga para peserta beramah mesra dengan penduduk setempat. Masyarakat di sini sangat menghargai orang luar yang dating bertandang ke kampong mereka, Alhamdulillah.

Pagi hari Ahad 5 November 2011, kami bersegera untuk menunaikan solat sunat Aidil adha di Masjid Baru Kg Bruit. Di Kampung ini tidak ada kenderaan lain selain basikal dan motosikal. Jadi kami terpaksa berjalan lebih kurang 5-8 minit perjalan dengan berjalan kaki dari rumah penginapan kami. Aktiviti pada hari ini, ialah melaksanakan ibadah korban, menyampaikan sumbangan kepada 35 penerima yang layak yang terdiri dari fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang sakit yang tidak berkeupayaan untuk mendapatkan rawatan luar disebabkan ketidak mampuan dari segi kewangan. Selesai program di Masjid kami bersama-sama dengan masyarakat kampung dengan berziarah dari rumah ke rumah sehingga lewat petang.

Pada sebelah malam, satu sesi ceramah diadakan di Masjid Baru, Kampung Bruit yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sardi, Timbalan Pengerusi BIC. Alhamdulilah telah sempurna program dan aktiviti kami selama 2 hari di sini.

Seawal jam 5 pagi 6 November 2011, kami telah bersiap2 untuk pulang ke tempat masing2. Terasa sayu dan hiba kebanyakkan peserta Ziarah Amal kerana terpaksa meninggalkan perkampungan Bruit. Insyallah, jika ada kelapangan dan masa, pada masa akan dtg, pihak kami akan menganjurkan program sedemikian, disebabkan harapan dan permintaan dari masyarakat setempat yang sangat tinggi.

Pihak penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terutama kepada YAM Cawangan Pahang di atas sumbangan lembu korban, dan kepada penderma-penderma yang budiman samaada orang perseorangan, JKI MLNG Bintulu, moga-moga segala sumbangan yang kita telah diberikan akan dihisab oleh Allah dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Tidak dilupakan kepada Saudara Salman dan keluarga yang banyak menghulurkan bantuan, juga kepada semua sukarelawan Amal, yang sangup mengorbankan masa dan wang ringgit untuk bersama-sama membantu menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Islam yang memerlukan, moga-moga allah akan menerima sehala pengorbanan yang kita lakukan. Insyallaah kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Sirru ala barakatillah, ma ‘a’salamah.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons