Mar 16, 2014

Program Ziarah Dakwah Kg Nyalau

Pada 15 hb Mac 2014, satu rombongan daripada bintulu telah mengadakan ziarah ke Kampung Nyalau.Kami semua berkumpul di masjid hidayah pada pukul 3.30 petang dan bersolat asar di sana beramai-ramai.Sebelum bertolak, satu taklimat telah diadakan diketuai sendiri oleh pengarah program, Nik Lizam.

Kami sampai di sana dalam pukul 5.00 petang dan berjumpa dengan penduduk kampung di sana.Kami berkumpul di surau dan mengerjakan solat berjemaah di sana.Kemudian, lawatan disambung dengan majlis sumbangan keperluan dapur kepada penduduk terpilih.

Kemudian, jamuan diadakan oleh penduduk-penduduk Kampung Nyalau sendiri.

Kami sempat beramah mesra dengan penduduk kampung Nyalau dan pengalaman ini sangat bernilai bagi kami untuk meneruskan perjuangan dakwah di bumi kenyalang.

Terima kasih penduduk Kg. Nyalau. Semoga kita berjumpa lagi!!

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons