Jika disebut Arab Saudi, tentu yang tergambar Mekah dan Madinah, seterusnya yang tergambar adalah bumi gersang, panas dan berpadang pasir. Begitu juga pada gambaran ku sebelum berkelana di bumi Saud ini.
Bumi yang dijolok sempena nama keluarga dirajanya iaitu Saud, rupa-rupanya negara dua musim dan beriklim kering. Musim panas dan musim sejuk. Setelah berkelana disini, baru ku tahu, betapa bumi berpadang pasir ini juga memiliki musim sejuk. Sehinggakan, di daerah-daerah utara, ada sebahagiannya akan dihujani salji pada hujung tahun.
Lantas terfikir dibenak fikiranku, bagaimana pula Negara-negara yang lebih utara dari Arab Saudi? Barulah dapat ku fahami, apa yang dikisahkan oleh penceramah-penceramah berkenaan “ada yang mati akibat kesejukan bagi yang tidak memiliki bahan bakar dan pakaian sejuk”.
Bagaimanakah nasib saudara-saudara yang dihimpit peperangan, seperti di Syria atau disekat bantuan seperti di Palestin. Bukan sekadar bahan bakar, makanan dan pakaian sejuk disekat, maklumat-maklumat mereka turut disekat, menatijahkan dunia tidak sedar keberadaan mereka.
Maka.. apa tanggungjawab dan usaha kita?
Catatan:
1. Kedudukan ku kini hampir searas dengan kordinasi Madinah, (ditengah- tengah bumi Saudi jika dikira longitud dan bukan di kawasan utara) dan malam mencatatkan suhu 7oC.
2. Memahami penderitaan sebahagian rakyat Malaysia yang sedang diuji dengan banjir, namun nasib umat di belahan dunia yang turut diuji kesejukan tanpa perhatian sewajarnya tidak dilupakan.
0 Komen:
Post a Comment