Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Nov 8, 2011

Ziarah Amal dan Ibadah Korban di Pulau Bruit, Daro


Bintulu Iqra’ Center bersama Yayasan Amal Malaysia telah melaksanakan Ziarah Amal dan Ibadah Korban di Kampung Bruit, Daro kira-kira 7 jam perjalanan dari Bintulu. Untuk sampai ke Kg Bruit yang terletak di kepulauan Bruit tersebut, terpaksa melalui jalan darat dan air. Satu pengalaman baru kepada para peserta untuk menempuh cabaran bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang berhak.

Seramai 25 peserta telah bersama-sama menjayakan program ini yang melibatkan 6 buah kenderaan. Perjalanan bermula jam 8 pagi 5 November 2011 ( Sabtu ) dan telah selamat tiba di Kampung Kot pada kira2 jam 2 petang. Untuk makluman Kampung Kot ini ialah tempat chek point atau jeti untuk permulaan perjalanan kami melalui jalan air untuk sampai ke Kampung Bruit. Kami hanya menyewa sebuah bot nelayan yang agak besar tapi tidak berbumbung, risau juga kalau2 hujan2 akan turun, namun demikian, Alhamdulillah perjalanan kami selamat sampai ke destinasi kira-kira 1 ½ jam perjalanan, tanpa ada halangan.

Aktiviti pada pada malam tersebut bermula dengan pengisian rohani / ceramah di Masjid lama Kg Bruit yang telah disampaikan oleh Ustaz Ibrahim, Pengerusi YAM Sarawak. Alhamdulillah sambutan masyarakat sangat mengalakkan, barangkali jarang2 penceramah atau ustaz2 turun untuk memberi ceramah. Sempat juga para peserta beramah mesra dengan penduduk setempat. Masyarakat di sini sangat menghargai orang luar yang dating bertandang ke kampong mereka, Alhamdulillah.

Pagi hari Ahad 5 November 2011, kami bersegera untuk menunaikan solat sunat Aidil adha di Masjid Baru Kg Bruit. Di Kampung ini tidak ada kenderaan lain selain basikal dan motosikal. Jadi kami terpaksa berjalan lebih kurang 5-8 minit perjalan dengan berjalan kaki dari rumah penginapan kami. Aktiviti pada hari ini, ialah melaksanakan ibadah korban, menyampaikan sumbangan kepada 35 penerima yang layak yang terdiri dari fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan mereka yang sakit yang tidak berkeupayaan untuk mendapatkan rawatan luar disebabkan ketidak mampuan dari segi kewangan. Selesai program di Masjid kami bersama-sama dengan masyarakat kampung dengan berziarah dari rumah ke rumah sehingga lewat petang.

Pada sebelah malam, satu sesi ceramah diadakan di Masjid Baru, Kampung Bruit yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Sardi, Timbalan Pengerusi BIC. Alhamdulilah telah sempurna program dan aktiviti kami selama 2 hari di sini.

Seawal jam 5 pagi 6 November 2011, kami telah bersiap2 untuk pulang ke tempat masing2. Terasa sayu dan hiba kebanyakkan peserta Ziarah Amal kerana terpaksa meninggalkan perkampungan Bruit. Insyallah, jika ada kelapangan dan masa, pada masa akan dtg, pihak kami akan menganjurkan program sedemikian, disebabkan harapan dan permintaan dari masyarakat setempat yang sangat tinggi.

Pihak penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih terutama kepada YAM Cawangan Pahang di atas sumbangan lembu korban, dan kepada penderma-penderma yang budiman samaada orang perseorangan, JKI MLNG Bintulu, moga-moga segala sumbangan yang kita telah diberikan akan dihisab oleh Allah dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Tidak dilupakan kepada Saudara Salman dan keluarga yang banyak menghulurkan bantuan, juga kepada semua sukarelawan Amal, yang sangup mengorbankan masa dan wang ringgit untuk bersama-sama membantu menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Islam yang memerlukan, moga-moga allah akan menerima sehala pengorbanan yang kita lakukan. Insyallaah kita akan bertemu lagi pada masa akan datang. Sirru ala barakatillah, ma ‘a’salamah.

Aug 27, 2011

Ziarah Hospital Bintulu

Menurunkan barang dari UNSER untuk agihan kepada pesakit

60 hamper disediakan untuk agihan pesakit

Ziarah menziarahi amalan muslim

BIC menunjukkan keprihatihan

Hadiah sebagai pengubat kesedihan

Bertanya khabar

Mengembirakan pesakit dan waris

Penghargaan kepada pihak Hospital Bintulu

Ucapan terima kasih dari BIC kepada Puan Rahmah

Sebahagian dari rakan ziarah BIC

Bintulu – Bintulu Iqra’ Center ( BIC ) dan Yayasan Amal telah membuat kunjungan ziarah ke Hospital Bintulu baru-baru ini. Pihak Jawatankuasa penganjur telah menyediakan sebanyak 60 bungkusan hadiah untuk disumbangkan kepada wad kanak-kanak dan pesakit wanita yang berada di wad tersebut. Seramai 20 orang ahli rombongan telah menyertai ziarah ke hospital kali ini.

Kedatangan kami telah disambut oleh wakil pihak Pengarah Hospital, Dr. Ahmad Afifi dan Puan Rahmah. Pihak kami telah dibawa melawat ke tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk kami sampaikan sumbangan kepada mereka yang terlibat. Pihak kami berharap agar hadiah ini mampu menjadi pengubat dan memberi kegembiraan kepada mereka dan kami berharap agar mereka bersabar bagi menghadapi musibah dan ujian dari Allah ini.

BIC dan MACMA Anjur majlis penyampaian dan sumbangan untuk keluarga kurang berkemampuan

Para jemaah sedang mengambil makanan untuk berbuka

Pelbagai juadah disediakan untuk meraikan keluarga yang kurang
bernasib baik untuk turut merasai nikmat kurniaan Allah


Pengerusi MACMA, Puan Hajjah Norhayati menyampaikan
sumbangan pada keluarga yang kurang bernasib baik

Timb. Pengerusi BIC, Ust Sardi menyampaikan
sumbangan duit raya pada anak-anak


Sebahagian para jemaah Surau Nur Islam sewaktu menanti Solat Tarawikh


Bintulu – Bintulu Iqra’ Center ( BIC ) dan MACMA dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia dan Jawatankuasa Kebajikan Islam MLNG telah menganjurkan iftor jamaie bersama penduduk-penduduk yang kurang kemampuan di sekitar Similajau dan Sungai Plan. Seramai 18 keluarga telah dipilih berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak jawatankuasa penganjur.

Acara dimulakan dengan iftor jamaie. Selepas selesai solat Mahgrib, program bermula dengan penyampaian sumbangan kepada keluarga yang kurang bernasib baik dengan penyampaian sumbangan barang-barang keperluan dan wang ringgit kepada 18 keluarga dan diikuti dengan pemberiaan wang tunai kepada 3 orang pelajar yang telah dipilih oleh pihak jawatankuasa. Sebelum solat isyak, jawatankuasa program bermurah hati untuk menyampaikan duit raya kepada semua kanak-kanak. Dianggarkan sebanyak 50 orang kanak-kanak menerima duit raya dari pihak jawatankuasa penganjur.

Program diteruskan lagi dengan menunaikan solat Isyak secara berjamaah. Sebelum menunaikan solat sunat tarawikh, pengisian tazkirah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Lotfi Mat Sharif. Program diteruskan dengan menunaikan solat sunat tarawikh secara berjamaah. Program selesai sepenuhnya lebih kurang pukul 9.30 malam.

Pihak jawatankuasa penganjur mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak–pihak yang teribat terutama pihak pengurusan MACMA yang telah membenarkan Surau Nur Islam digunakan sebagai tempat program untuk agihan sumbangan kepada keluarga miskin.

Program derma darah di Masjid Darul Hidayah

Sebahagian penderma sedang menderma darah

Berlumba-lumba untuk menderma darah

Bintulu- Bintulu Iqra’ Center dan Masjid Darul Hidayah dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kakitangan Hospital ( PERKIP ) telah menganjurkan ‘ Kempen Menderma Darah ’ di Masjid Darul Hidayah. Sambutan dan kerjasama yang diberikan oleh para jamaah Masjid Darul Hidayah amat menggalakkan.

Alhamdulillah, Seramai 38 orang peserta telah menderma darah kali ini. Menurut Dr. Afifi, penambahan sebanyak -+50% daripada bilangan tahun lepas. Tambahan pula pihak hospital amat memerlukan kumpulan darah A, dan pada malam ini ianya dapat dikumpul sebanyak 8 bag. Ini menunjukkan kesedaran dan kesediaan masyarakat untuk membantu pihak hospital bagi mengisi tabung darah hospital.

Menurut Dr. Afifi lagi, 3 orang penderma yang hampir pitam setelah mendermakan darah. Apapun keadaan pulih sediakala setelah beberapa minit. Bagi pihak penganjur, Masjid Darul Hidayah dan Bintulu Iqra’ Center mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua jamaah yang telah sudi mendermakan darah mereka dan terima kasih juga kepada pihak PERKIP Hospital Bintulu kerana bersedia untuk membuka kaunter dermaan darah. Kaunter dermaan darah tamat pada jam 11 malam setelah beroperasi lebih kurang 3 jam.

Aug 23, 2011

Majlis Penyampaian Sumbangan Anak Yatim, Fakir Miskin, Saudara Baru dan Ibu Tunggal

Sebahagian penerima sumbangan

Penerima menerima sumbangan

Kerjasama dengan MDH, BIC,YAM, JKI MLNG, JAKSA PPD


Bintulu - Bintulu Iqra' Center dan Masjid Darul Hidayah dengan kerjasama JAKSA PPD, JKI MLNG, Yayasan Amal Malaysia telah berjaya menganjurkan Majlis Penyerahan Sumbangan anak-anak yatim, Miskin dan Mualaf beserta dengan Majlis Iftor Jamaie. Penerima sumbangan melibatkan seramai 255 orang anak-anak yang terdiri daripada sekolah rendah, menengah dan IPT. Manakala 8 keluarga yang menerima sumbangan adalah terdiri daripada keluarga mualaf dan fakir miskin serta ibu tunggal. Program tersebut telah diadakan di Masjid Hidayah, Kidurong dengan dihadiri oleh guru-guru, Masyarakat Islam Kidurong.

Pihak Jawatankuasa penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sumbangan dan keprihatinan para dermawan sehingga kutipan yang berjaya dikumpul berjumlah RM 29,345.00. Satu jumlah yang cukup besar yang telah disumbangkan oleh orang ramai, Pihak BIC, JAKSA dan JKI MLNG. Pihak penganjur mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih, mudah-mudahan Allah akan menerima segala usaha kebaikan yang telah kita lakukan dengan sebab meringankan beban dan mengembirakan mereka ketika menjelang Aidilfiri yang bakal menjelang tiba. Moga-moga Allah akan membalas kebaikan dengan pahala yang setimpal dengannya, Insyallah.

May 9, 2011

Ziarah Ukhuwah ke Rumah Dr Hj Hamli Biha


Sahabat BIC bersama dengan Dr Hj Hamli Biha
diperkarangan rumah beliau di Kidurong

Selepas Asar semalam BIC telah berkesempatan untuk menziarahi Dr Hj Hamli Biha, yang baru sahaja kematian anak lelakinya. Meskipun peristiwa tersebut telah berlaku hampir 2 bulan yang lalu, namun bagi mereka amat sukar untuk dilupakan. Sepanjang kunjungan kami, Dr Hamli asyik bercerita mengenai saat-saat dan tanda kematian anakanda beliau, sehingga kami hampir-hampir menitiskan airmata mendengar luahan dan isihati beliau. Ayah mana yang tidak sayang dengan anak. Namun demikian, suratan telah tertulis tanggal 29 Mac 2011, anakanda beliau telah mengalami kemalangan di Miri yang telah mengakibatkan kematian.


Dr Hj Hamli Biha telah dikurniakan 5 orang anak lelaki, dan seorang perempuan. Anak yang meninggal tersebut merupakan anak yang ke 5 yang juga merupakan anak lelaki bongsu yang baru mencecah usia 21 tahun. Apa pun sebagai hamba Allah, kita tiada hak untuk menghalang, Allah lebih sayangkan hamba-hambanya. Semoga Allahyarham Qudzami Abadi Hamli diletakkan dikalangan orang-orang yang soleh.

Pihak kami mengucapkan Takziah kepada keluarga Dr Hj Hamli Biha di atas musibah ini, moga-moga beliau bersabar di atas ujian dan dugaan yang Allah telah anugerahkan kepada mereka yang terpilih ini.

Dec 13, 2010

Majlis Wida' Syawal, Ust Zulfadli & Ust Abun

Alhamdulillah, Majlis Wida' Akh Syawal, Ust Zulfadli dan Ust Abun selamat diadakan di Pantai Tg Batu, Bintulu. Majlis yg diadakan secara sederhana dihadiri oleh lebih kurang 30 orang ahli BIC.


Untuk Ust Zulfadli, Ust Abun & Akh Syawal.. Selamat pulang ke Semenanjung... Dan semoga tsabat dalam perjuangan...

Sep 4, 2010

Jom Derma Darah!


Semua warga Bintulu dijemput untuk sama-sama menderma darah. Mungkin setitis darah yang kita dermakan mampu menyelamatkan nyawa orang lain.
Program ini adalah anjuran bersama BIC, Hospital Bintulu, Masjid Darul Hidayah dan Masjid As-Syakirin.

Aug 18, 2010

Kuliah Dhuha Muslimat


Semua kaum muslimat sekitar Bintulu dijemput hadir ke Siri Kuliah Dhuha Muslimat sepanjang Ramadhan ini.

Program bersama Imam Makkah

Semua warga Bintulu dijemput hadir ke Program bersama Imam Makkah.

May 9, 2010

Seminar Ekonomi Islam 2010

Penyertaan dari masyarakat yang sangat memuaskan

Bintulu – 8 Mei, Seminar Ekonomi Islam anjuran Biro Ekonomi Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak, Bintulu Iqra’ Center dan Pusat Islam, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu telah berjaya diadakan di Bilik Seminar Pusat Islam. Tahniah kepada AJK pelaksana yang diketuai oleh saudara Mohd Hafeiz selaku kerana telah berjaya mengadakan program ilmiah yang sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat Islam.

Seramai 70 orang bilangan peserta yang terdiri daripada kakitangan awam, swasta, suri rumah dan remaja telah mengikuti seminar ini yang banyak membicarakan berkenaan muamalat dan kewangan Islam. Barisan tenaga penceramahnya pula merupakan orang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman di dalam menyampaikan perkara tersebut.

Apa pun kita harapkan agar program sebegini akan diperbanyakkan dan perlu dibuka untuk agensi-agensi lain pula sebagai penganjur. Terima kasih juga kepada peserta yang memberi kepercayaan kepada Yayasan Amal Malaysia dan Bintulu Iqra’ center untuk menganjurkan program ini dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JAIS dan Pusat Islam yang telah banyak membantu untuk menjayakan program ini.

Kongsi gambar-gambar menarik :

Sewaktu pendaftaran peserta

Taklimat kepada para peserta oleh Saudara Mohd Hafeiz

Pengerusi Majlis Ustaz Mohd Zulfadli yang bergaya

Ucapan YAM oleh Timb. Pengerusi

Tetamu VIP semasa Majlis Penutupan ' Seminar Ekonomi Islam '

Cenderamata kenangan dari pihak penganjur kepada Warisan Mukmin

Antara menu yang disediakan oleh Katering Abang Mat & Kak Jan

Kaunter pertanyaan dan pendaftaran untuk wasiat

Wartawan yang cemerlang " Ke-el " Tahniah !

Apr 22, 2010

Qiyadah Training Course ( QTC 2010 )

QTC 2010 tahniah kepada semua urusetia

Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik telah berjaya menganjurkan Qiyadah Training Course ( QTC 2010 ) pada 16 – 18 April 2010 bertempat di Mardiah Resort, Jalan Bintulu – Sibu. Program yang disertai seramai 80 orang yang terdiri daripada 40 orang pelajar lelaki dan 40 orang pelajar perempuan yang melibatkan 8 buah sekolah menengah di sekitar Bintulu.

Selama 2 hari 3 malam para peserta berkampung di sana dengan pelbagai aktiviti yang telah disusun untuk memastikan tujuan dan program tercapai dari sudut matlamat dan objektif. Seramai 10 orang fasilitator yang dijemput khas dari Bintulu Iqra’ Center telah mengendalikan program dengan baik dan berkesan. Pihak penganjur mengucapkan jazakumullah khu khairan khathira kepada barisan fasilitator BIC yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran program QTC 2010 mencapai objektif kepada sasaran.

Majlis penutupan QTC 2010 telah disempurnakan oleh barisan penasihat JAKSA yang diketuai oleh En Abdul Muin Bin Abdul Kassim dan turut serta bersama beliau ialah Tuan Haji Kadir Jaya dan Ustaz Khalifah Bin Juli. Pada masa yang sama Program Remaja Islam Bintulu Anak Terbilang ( RIBAT ) telah dilancarkan secara rasmi oleh Penolong Pegawai Pelajaran Bintulu, En Abd Muin Bin Abdul Kassim yang juga merangkap penasihat JAKSA. Dengan pelancaran RIBAT ini, maka program-program susulan akan diadakan di semua sekolah menengah mengikut budi bicara wakil JAKSA di setiap sekolah yang juga bertindak sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam.

Rata-rata para peserta amat berpuas hati terhadap aktiviti dan program yang dijalankan dan mereka berjanji akan meningkatkan bakat kepimpinan yang ada pada mereka dan yang paling penting mereka mesti menjadi anak yang soleh yang mentaati ibubapa dan menghormati guru kerana dua syarat berikut merupakan syarat utama untuk menempa kejayaan di dalam hidup.

Pengarah program QTC 2010, En Nik Mohd Lizam mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua fasilitator , urusetia dan guru-guru pengiring yang banyak membantu di dalam kelancaran program ini. Kepada para peserta didoakan agar mereka tetap istiqamah di dalam membentuk diri agar mereka menjadi pimpinan yang berjaya dan perlu mengaplikasikan apa yang mereka dapat sepanjang program di dalam amalan kehidupan sehari-harian. Insya Allah jika ada kesempatan pada tahun hadapan, kita akan bertemu lagi di dalam QTC 2011.

“ REMAJA ISLAM BINTULU ANAK TERBILANG "

Lihat juga gambar-gambar terpilih :

Mesyuarat sebelum pelaksanaan QTC 2010 di bilik mesyuarat PPD

Para peserta khusuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh fasilitator

Slot LDK yang dikendalikan oleh fasilitator

Para peserta lelaki QTC 2010 bersama tetamu jemputan

Para peserta perempuan QTC 2010

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons