Showing posts with label baitul muslim. Show all posts
Showing posts with label baitul muslim. Show all posts

Jun 6, 2011

Latih Anak-Anak Berfikir Positif



Kadang-kadang dunia persaingan akademik dan hambatan pembelajaran formal menjadikan anak-anak tumpul pemikirannya.

Ibu bapa masakini terlalu berlumba-lumba untuk melihat anak mendapat keputusan peperiksaan yang boleh membanggakan mereka, atau sekurang-kurangnya tidak menjatuhkan air muka bila ditanya oleh kawan-kawan, saudara mara atau jiran tetangga.

Terkadang anak-anak menjadi mangsa. Mereka mangsa ibu bapa yang mahu mempertahankan keegoannya.

Mendapat keputusan yang tinggi dalam peperiksaan belum tentu membuktikan anak-anak akan menjadi cemerlang.

Keputusan peperiksaan yang baik boleh menjadi petanda bahawa anak itu bersungguh-sungguh, rajin, punya daya ingatan baik, cepat memahami sesuatu dan bijak menyelesaikan sesuatu masalah.

Namun ia bukan satu bukti yang mutlak. Anak-anak yang cemerlang adalah yang punya keunggulan dalam rohaninya, pemikirannya, emosinya, akhlaknya dan fizikalnya.

Berfikir Untuk Cemerlang

Bahkan dalam aspek pemikiran, keputusan peperiksaan hanya dapat mengambarkan sebahagian kecil daripada kecemerlangan pemikirannya.

Oleh yang demikian ibu bapa perlu memiliki gambaran yang tepat berkaitan usaha memperkembangkan pemikiran anak-anak agar menjadi anak yang berfikiran cemerlang dan hebat.

Seperti yang pernah dibincangkan dahulu, Islam meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan pemikiran yang seimbang. Al-Quran itu sendiri menyedikan wahana unggul dalam membentuk pemikiran anak-anak.

Selain itu, Islam amat menggalakkan umatnya mengembangkan kebolehan berfikir.

Ungkapan "mudah-mudahan kamu berfikir", "semoga kamu menggunakan akal" atau seumpamanya kerap didapati dalam Al-Quran.

Allah menyuruh para mukminin agar sentiasa merenung, bertafakur dan memikirkan dengan mendalam setiap fenomena alam yang dicipta oleh Allah.

Semuanya menjadi bahan untuk mendekatkan diri kepadaNya dan menjadikan umat muslimin cemerlang dunia akhirat.

Bahkan kecemerlangan Islam pada generasi awalan juga berlaku kerana keberanian umat Islam meneroka alam ilmu dan pemikiran bagi memenuhi kehendak agama dan manusiawi.

Asas kecemerlangan dalam pemikiran ialah mempunyai ilmu yang mantap dan kemahiran berfikir yang hebat. Soal kemahiran dalam berfikir kurang menjadi perhatian ibu bapa pada hari ini.


Anak-anak banyak didedahkan dengan fakta dan data.

Namun, sedikit dibiasakan dengan seni bagaimana menganalisa dan mengolah fakta, pengalaman, maklumat dan data.

Mereka banyak diarah untuk melakukan itu dan ini, tetapi sedikit didorong untuk mencari inisiatif dan berfikir secara proaktif.

Proaktif ya, Reaktif tidak.

Anak-anak perlu diajar menjadi proaktif bukannya sekadar reaktif.

Anak yang reaktif ialah anak yang tidak mampu mengawal dirinya dalam menghadapi cabaran.

Dia cepat menyalahkan cabaran yang mendatang, dan lambat berfikir untuk mengatasainya.

Dia suka merungut-rungut dengan kesulitan dan sulit untuk meragut peluang penyelesaian.

Dia amat terpengaruh dan terkesan dengan apa yang menimpa ke atas dirinya dan amat kecil kebolehan untuk mempengaruhi dan mengawal sikap atau perlakuan diri sendiri.

Dia hanya berusaha apabila ditekan dan dipaksa.

Sebaliknya anak-anak yang proaktif adalah anak-anak yang tahu halatuju hidupnya dan berusaha melaksanakan tanggungjawabnya.

Dia berupaya untuk membuat keputusan dan pilihan dalam kehidupan seharian, dan bertanggungjawab atas pilihannya. Kesulitan yang menimpa tidak dianggap 'masalah' tetapi sebagai satu 'cabaran'.

Lantas dia menghadapainya dengan tabah.

Anak-anak yang proaktif juga punya kesedaran, dan keinsafan sehingga terdorong untuk melakukan kerja-kerja baik walau pun tanpa ditekan atau dipaksa.

Pemikiran dan sikap proaktif bukan wujud secara semulajadi dalam diri anak-anak.

Ia adalah hasil tarbiyah tidak formal sama ada sengaja atau tidak sengaja oleh pendidik mereka-terutamanya ibu bapa.

Pertamanya, anak-anak perlu mengerti matlamat hidupnya-menjadi hamba Allah yang cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Hal ini perlu diulang-ulang oleh ibu bapa.

Keduanya, setiap apa yang suruh kepada anak-anak perlu dinyatakan sebabnya. Juga perlu dikaitkan dengan matlamat unggul tadi. Jika anak-anak disuruh mengemaskan bilik, nyatakan sebabnya.



Jika anak diminta habiskan nasi sehingga licin, sebutkan tujuannya. Demikian lah seterusnya.


Jzkk

May 22, 2011

15 Tips Menjadi Isteri Idaman Suami



Wanita yang hebat adalah wanita yang mempunyai semua ciri-ciri yang diidamkan oleh setiap lelaki untuk dijadikan isteri. Mereka bukan hanya diharapkan utk menjadi seorg isteri tapi juga sebagai kawan dan kekasih serta ibu yang solehah untuk anak-anak.

Sesungguhnya bagi kejayaan seorang lelaki, berdiri di belakangnya adalah seorang isteri yang hebat dan berjayanya seorang anak, berdiri di belakangnya adalah seorg ibu yang hebat. Ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki ialah:


  1. Mentaati Allah S.W.T dan mengerjakan segala perintah suami selagi tidak melanggar perintah Allah.
  2. Bersikap malu terhadap suami. Dengan adanya sikap begini, seorang isteri itu akan sentiasa berusaha untuk kelihatan sempurna bukan hanya di hadapan, bahkan juga ketika dibelakang suami.
  3. Berdiam diri ketika suami sedang bercakap, baru bersuara setelah suami selesai berbicara. Bukannya sepatah suami bercakap, 10 patah dijawabnya. kalau pun tak mampu menyelesaikan kekusutan yang dihadapi suami, cukuplah sekadar menjadi pendengar yang setia.
  4. Sentiasa bersikap hormat pada suami. Menghantar suami ke muka pintu ketika suami hendak ke tempat kerja dan menyambutnya di muka pintu ketika suami pulang kerja.
  5. Sentiasa bersedia apabila suami memerlukan. Jangan sesekali menunjukkan rasa terpaksa, penat dan sebagainya kerana itu, bagi wanita yg memilih untuk bekerja, mereka perlu ikhlas dan bijak membahagikan masa. Ingatlah, apabila ada rasa ikhlas, segalanya akan menjadi ringan dan apabila bijak membahagikan masa segalanya menjadi mudah.
  6. Memahami perubahan sikap suami. Contohnya, ketika suami sedang marah, berduka, kecewa, gembira, cemas dan ketika dia ingin bersendirian. Sikap semulajadi lelaki, sukar untuk meluahkan apa yang dirasakan jadi sebagai isteri, jangan mudah terasa akan perubahan tersebut.
  7. 1 lagi sikap semulajadi lelaki ialah hanya mampu memberikan tumpuan pada 1 perkara dalam 1 masa. Jadi, jangan sesekali mengajak suami berbual atau bercerita tentang masalah di tempat kerja ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak dan sebagainya. Sesungguhnya perbuatan itu bukan saja akan membuatkan anda kecewa kerana tak mendapat perhatiannya, tapi boleh menimbulkan kemarahan suami.
  8. Memakai wangi-wangian dan pakaian sentiasa kemas ketika bersama suami. Ingat, ketika diluar rumah, suami sentiasa berhadapan dgn wanita-wanita cantik, harum dan menggoda. Jadi pastikan apabila pulang ke rumah, dia tidak pula berhadapan dengan isteri yg hanya berkain batik dan t-shirt lusuh, muka berminyak dan bau yang kurang menyenangkan.
  9. Jaga mulut daripada bau-bau yang kurang menyenangkan. Contohnya, ketika makan petai, jering dan durian. Jika makan bersama suami, buatlah sesuatu selepas itu agar dapat mengatasi bau mulut. Apa lagi bagi mereka yg menghadapi masalah mulut berbau kerana kerosakan gigi. Segera bertindak walaupun baru sekali suami menegur.
  10. Sentiasa menjaga kehormatan diri terutama ketika ketiadaan suami. Wanita bekerja contohnya, jagalah tingkah laku.
  11. Bersyukur di atas apa yang disediakan dan diberikan suami. Jangan suka meminta-minta, apa lagi jika ia diluar kemampuan suami. dan jangan sesekali membanding-bandingkan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain dengan apa yang anda miliki.
  12. Dalam apa jua situasi, sentiasa berdiri di belakang suami. Menjadi tongkat ketika suami jatuh dan menjadi pemangkin ketika suami berjaya.
  13. Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami. Begitu juga bagi wanita yang bekerja. Bekerja bukan alasan untuk mereka bebas ke sana dan ke mari.
  14. Sentiasa tersenyum. Sesungguhnya, senyuman adalah sebesar-besar penawar walau dalam apa juga situasi. Contohnya, ketika hati suami sedang bercelaru, segera menjadi tenang apabila melihat senyuman isteri dan ketika dia sedang marah, segera api kemarahan itu padam hanya dengan senyuman isteri.
  15. Sentiasa menghormati keluarga suami. Menyayangi dan melayan keluarga suami sama seperti keluarganya sendiri. Jangan sesekali membeza-bezakan antara keluarga suami dengan keluarga sndiri. Bahkan sikap mengutamakan keluarga mentua akan membuatkan kasih sayang suami semakin bertambah.


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud; “Sebaik-baik kalian adalah orang yang baik terhadap keluarganya, dan saya adalah orang yang paling baik pada keluargaku, tidaklah menghormati pada wanita kecuali orang yang mulia dan tidaklah menghinakannya kecuali orang yang tercela




Jzkk ;)

May 20, 2011

30 Tips Menjadi Suami Mithali Idaman Isteri




SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

SEBAGAI lelaki, pernahkah terfikir untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi? Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekali gus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat?

Kalaulah anda belum berpunya, pasti ramai yang bakal menjadi pemujanya. Namun berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya.

Marilah kita selidiki kalau ciri-ciri atau petua yang dititipkan ini ada pada diri anda atau sememangnya ia sifat semula jadi anda. Tentu anda bakal diburu oleh wanita mendambakan lelaki seperti dimaksudkan.



1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.



12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.



Jzkk ;)

Apr 1, 2011

SYEIKH SAID HAWA

Kenali Syeikh Said Hawa dan rumahtangga beliau. Klik pada pautan Baitul Muslim

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons