Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Mar 27, 2012

BERITA: Indeks Jenayah di Bintulu Menurun

BINTULU: The crime index in Bintulu from January to March 25 this year shows a significant drop of up to 11.5 per cent with only 35 cases recorded compared to the same period last year.

Speaking to reporters during the 205th Police Day celebration at its headquarters here yesterday, Bintulu chief Superintendent Madang Usat said the decline was a result of the cracking of several cases that involved car and motorcycle thefts.

“The decline of the crime index is a result of the busting of the related syndicates, the culprits are now being charged in court.We also managed to make the largest seizure of stolen motorcycles in Bintulu,” said Supt Madang who was accompanied by Bintulu’s Criminal Investigation Department chief ASP Batholomew Umpit at the sideline of the celebration.

He said the success was also a result of the strong support and cooperation from the local community who gave relevant information to the police. Sup Madang thanked all parties involved for their cooperation.

Earlier during the event, he read a message by the Inspector General of Police Tan Sri Ismail Omar in conjunction with the celebration.

He also presented certificates of appreciation to senior officers and police personnel, public hospital servants, personnel from Bintulu Development Authority, community leaders, media personnel and a school police cadet. Among other activities were a demonstration by the K9 unit and singing performances by talented police personnel.

Among those present at the function were Bintulu Port Authority Security and Fire and Rescue manager ACP Zamani Tan Sri Hamdan, deputy Resident (Social) Richard Michael Abunawas, Bintulu Development Authority general manager Datu Mohidin Ishak, Bintulu Chinese Chambers of Commerce and Industry president Datuk Sia Hiong Ngie, Temenggong Abg Suhaili Abg Mohamad, senior police officers and members of Bintulu Police Family Association.

Sumber dari www.theborneopost.com

May 24, 2011

Ziarah Dakwah ke Rumah Panjang Siba dan Uting



Bintulu – 17 Mei 2011, BIC dan Yayasan Amal Malaysia ( YAM ) BIntulu telah berjaya mengadakan siri Ziarah Dakwah ke rumah Panjang Siba dan Rumah Panjang Uting di persimpangan Bakun. Seperti biasa semua sukarelawan BIC dan YAM Bintulu telah berkumpul di Masjid Darul Hidayah seawal jam 7 pagi. Konvoi kali ini diketuai oleh Ustaz Faez dan dibantu oleh Ustaz Zunaidi Yusof sebagai penunjuk arah. Sebelum konvoi bermula, sesi taklimat mengenai pergerakan dan perjalanan telah disampaikan oleh Ustaz Ibrahim. Alhamdulillah, konvoi kali mencatat sejarah kerana disertai hampir 60 orang sukarelawan yang kebanyakannya terdiri dari guru-guru baru yang berkeinginan untuk melihat suasana di rumah panjang.


Jarak perjalanan lebih kurang 50km dari Bandar Bintulu. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 40 minit. Alhamdulillah, konvoi kami telah selamat tiba ke rumah panjang pertama iaitu Rumah Panjang Siba. Tuai Rumah, mengalu-alukan kehadiran kami dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan dan ziarah bagi membantu keluarga yang susah. Pihak kami dimaklumkan ada sebuah keluarga yang telah masuk Islam dan memerlukan pembelaan. Mengikut makluman tuai rumah tersebut, mereka sama sekali tidak meminggirkan keluarga Islam tersebut.



Seterusnya kami bergerak ke Rumah Panjang Unting yang terletak di persimpangan menghala ke Bakun. Kedatangan kami ini tidak diduga samasekali oleh masyarakat Iban di sana kerana kehadiran yang begitu ramai. Tuai rumah sangat teruja dengan kehadiran kami. Beliau mencadangkan ada siri ziarah pada waktu yang lain ke tempat mereka memandangkan pada waktu ziarah kami, ramai di kalangan mereka yang bekerja di luar. Hanya sebahagian kaum ibu sahaja yang tinggal. Menurutnya keluarga Islam yang tinggal di rumah panjang ini ada lebih kurang 15 keluarga. Mereka hanya pulang apabila apabila cuti panjang kerana sebilangan besar daripada mereka bekerja di luar.


Apapun pengalaman sepagi ini dapat memberi kesedaran khususnya kepada peserta ziarah dakwah yang baru pertama kali berkunjung ke rumah panjang. Seterusnya, sebelum berakhir ziarah dakwah pada pagi tersebut, peserta ziarah dakwah telah singgah ke tempat rehat Sim Swee Joo yang terletak di Batu 6 ½ Jalan Bintulu Miri. Sungguh kami tidak menduga bahawa terdapat kawasan yang bersih dan cantik di Bintulu ini sebagai tempat untuk rehlah dan bersantai. Kami sempat bertaaruf dan beramah mesra dengan peserta ziarah dakwah, memandangkan ada sebilangan kecil yang baru pertama kali mengikuti siri ziarah ini.


Pihak penganjur ziarah dakwah kali ini mengucapkan berbanyak-banyak jutaan terima kasih di atas komitmen bagi menjayakan siri ziarah kali ini. Harapan kami agar ziarah ini selain mempertautkan ikatan ukhuwah di kalangan peserta ziarah, ianya juga meninggalkan kesan sentuhan perasaan dan emosi apabila mereka melihat kehidupan masyarakat rumah panjang yang perlu perhatian dan pembelaan dari masyarakat yang Bintulu. Insyaallah pada siri-siri ziarah yang akan datang, pihak penganjur dicadangkan supaya membuat aktiviti secara bersama seperti permainan, ceramah atau pemeriksaan kesihatan dan lain-lain sebagai aktiviti yang mendekatkan masyarakat rumah panjang dengan masyarakat luar.

Untuk lebih gambar, sila layari Galeri BIC di sini.



Jzkk ;)

May 23, 2011

BIC kendali Taklimat Koperasi bersama SKM dan Jawatankuasa Masjid



Bintulu Iqra’ Center (BIC) telah berjaya mengadakan taklimat penubuhan koperasi dengan kerjasama JK Masjid Darul Hidayah dan JK Masjid Al-Mustaqim. Taklimat tersebut telah diadakan di Bilik Seminar Institut Tahfiz Bintulu (ITB). Alhamdulillah, kehadiran peserta ke program tersebut amat mengalakkan.

Penubuhan koperasi ini adalah untuk memberI peluang kepada Jawatankuasa, persatuan dan orang perseorangan untuk terlibat secara langsung di dalam mengerakkan ekonomi secara bersama dengan penglibatan mereka yang aktif di dalam koperasi.


Taklimat koperasi ini dikendalikan oleh En Zazire Hj Bohari, pegawai di Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Penerangan ini telah memberi maklumat yang terperinci kepada peserta berkenaan kepentingan penubuhan koperasi. Selain itu juga pihak SKM dapat mengatur dengan pihak-pihak tertentu untuk mendalami bidang-bidang perniagaan yang berdaya saing. Turut bersama di dalam taklimat tersebut ialah Tuan Hj Omar Shuib yang juga penaung BIC.


Pihak BIC mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada JK Masjid Darul Hidayah dan Masjid Al – Mustaqim di atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan program ini. Tidak dilupakan juga pihak BIC mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tuan Haji Yaacob Juned, Pengerusi Institut Tahfiz Bintulu kerana memberi keizinan untuk mengadakan taklimat di dalam dewan ITB ini. Dengan izin Allah, moga-moga penubuhan koperasi BIC akan menjadi realiti.


Sila layari Galeri BIC di sini untuk lebih gambar.


Jzkk ;)

May 22, 2011

RAUDHATUL ILMI 2011



Bintulu – 22 Mei 2011, satu lagi lakaran sejarah tercatat di Masjid Al-Mustaqim RPR Kidurong di mana program Raudhatul Ilmi berjaya dilaksanakan. Program anjuran bersama Bintulu Iqra’ Center dan Biro Wanita Masjid Al-Mustaqim ini merupakan perintis kepada program Raudhatul Ilmi untuk tahun 2011.

Hampir jam 9 pagi tadi, ditakdirkan hujan turun dengan lebatnya tetapi sedikit pun tidak mematahkan semangat para jemaah muslimat yang terdiri daripada muslimat sekitar RPR Kidurong dan juga sekitar Bintulu untuk hadir beramai-ramai. Bahkan kehadiran para jemaah muslimat di luar jangkaan! Hampir 50 orang, Alhamdulillah!

Raudhatul Ilmi yang bermula pada jam 9 pagi tadi dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha dan diimamkan oleh penasihat BIC, Puan Wan Juliana Wan Mohd Zain.

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain”, sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.

Program diteruskan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, Pn Hayati Jemiron. Dalam ucapan tersebut, beliau menyeru para jemaah untuk bersama-sama meyedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa tanah runtuh di Hulu Langat yang terkorban. Seterusnya, pengerusi majlis menjemput Dr Najihah selaku penceramah yang dijemput khas dari UPM Kampus Bintulu untuk berkongsi ilmu berkenaan tajuk ‘Bila Hati Berbicara’. Kupasan ilmu berkisarkan tentang hadis pertama dari hadis 40 ini, adalah tentang Niat. Tajuk yang sangat signifikan untuk semua yang mendambakan redhaNya dalam setiap amalan yang dilakukan. Respon yang diberikan oleh para jemaah menggalakkan dengan pelbagai soalan yang diajukan kepada penceramah.

Seterusnya, Pn Wan Juliana Wan Mohd Zain dijemput untuk memaklumkan secara terperinci berkenaan program Raudhatul Ilmi. Menurutnya, program ini akan diadakan secara berkala (dua minggu sekali) dan setiap kali program ini dijalankan, BIC akan mengambil langkah proaktif dengan menghulurkan sumbangan kepada dua buah keluarga yang memerlukan (kategori muallaf, ibu tunggal atau golongan fakir)di sekitar RPR Kidurong dengan bantuan Biro Wanita Masjid Al-Mustaqim.

Sesi santapan rohani ini berakhir hampir jam 11 pagi dan seterusnya para jemaah muslimat yang hadir dijamukan dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh Biro Wanita Masjid Al-Mustaqim. Semoga program yang dianjurkan ini mendapat rahmat dan keberkatan Ilahi dan diharapkan ianya menjadi satu titik permulaan ke arah memperkasakan lagi dakwah dan tarbiyah selari dengan matlamat penubuhan Bintulu iqra Center, InsyaALLAH.

Mar 5, 2011

Perjuangan BIC Mesti Diteruskan! - Penaung BIC



Pada malam 3hb March 2011 yang lepas, Penaung Bintulu Iqra Center (BIC), Tuan Haji Omar Haji Suib telah sudi mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli jawatankuasa BIC. Perjumpaan yang telah diadakan di kediaman beliau bertujuan untuk memperkenalkan barisan jawatankuasa BIC yang baru dilantik untuk sesi 2011.


Dalam perjumpaan tersebut, beliau telah menyampaikan amanat kepada AJK-AJK yang baru dilantik agar terus berusaha mencari idea-idea dan pendekatan baru utk meneruskan misi dan visi BIC.


Semoga AJK-AJK BIC berpegang kepada amanat yang telah disampaikan dan terus istiqamah dalam perjuangan.

Nov 26, 2010

Majlis Wida' Ustaz Salehuddin Abu Samah




Ustaz Salehuddin sekeluarga akan meninggalkan Bintulu pada 28 November 2010 ( Ahad ), setelah 6 tahun mencurah bakti di bumi Bintulu. Begitulah adat orang merantau, sampi masa dan ketika akan pergi juga. Semoga ilmu yang telah disampaikan di seluruh tempat dan kawasan Bintulu akan diamalkan dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam di Bintulu.

Untuk makluman, Ustaz Salehuddin sekeluarga akan berpindah ke Bangi, untuk menyambung pengajian di dalam bidang Ijazah kedua di Universiti Kebangsaan Malaysia. Seluruh ahli jawatankuasa BIC mengucapkan jazakumullah khu khairan khathira di atas sumbangan tenaga, idea, wang ringgit dan masa untuk membangunkan sahsiah dan keperibadian mulia masyarakat Islam Bintulu. Semoga Allah menerima segala amal kebaikan. Bagi pihak kami, semoga Ustaz sekeluarga akan diberi kemudahan di dalam segala urusan yang diceburi, semoga beroleh kejayaan yang cemerlang di dalam pengajian nanti.

Nov 23, 2010

Ibadah Korban dan Perasmian Surau AMAL Al Azhar Ulu Kota








Pasukan sukarelawan BIC dan AMAL Sarawak telah berjaya melakukan ibadah korban dan sekaligus melakukan upacara perasmian Surau AMAL Al Azhar Ulu Kota, Pakan. Seramai 20 orang sukarelawan telah bersama-sama menjayakan misi kali ini dengan menaiki 4 buah pacuan 4 roda.

Semua peserta berkumpul di BIC bermula jam 11 malam ( 19 Nov 2010). Selepas taklimat dan doa, semua peserta bergerak menuju ke Sarikei. Tiba di Masjid Sarikei seawal jam 5.15 pagi dan terus menunaikan Solat Subuh. Selepas itu para peserta mengurus diri di Tadika ABIM.

Pukul 9 pagi, semua peserta bergerak menuju ke ladang skim B untuk memilih lembu untuk disembelih . Tepat jam 10.15 pagi, lembu telah berjaya disembelih oleh Ust Zainol Fakri. Selesai memproses lembu lebih kurang jam 11.30 pagi kami semua bergegas menuju ke Ulu Kota kerana dikhuatiri jika lambat bergerak, ditakuti hujan akan turun yang memungkinkan kami tidak dapat sampai ke puncak bukit dengan menaiki 4WD. Kalau berjalan kaki mengambil masa 2 jam pendakian.

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Ulu Kota pada pukul 2.00 petang. Perjalanan sangat mencabar. Menaiki dan menuruni bukit di dalam keadaan jalan yang licin. Sangat mencemaskan bagi sukarelawan yang baru pertama kali sampai ke Ulu Kota.

Penduduk kampung Ulu Kota telah bersedia menunggu kedatangan kami. Petang itu, gotong royong melapah dan memasak makanan diketuai oleh Tuan Haji Kadir dan isteri dan dibantu oleh sukarelawan lain.

Sebahagian sukarelawan telah pergi ke rumah panjang untuk menjemput masyarakat rumah panjang untuk bersama-sama ke majlis perasmian pada sebelah malamnya. Alhamdulillah, kehadiran pada malam itu amat memberangsangkan, meskipun hujan lebat.

Majlis pada malam itu dimulai dengan Solat Maghrib dan seterusnya Tazkirah bersama Ustaz Akhwan Afandi seterusnya taaruf ahli dari peserta rombongan. Majlis perasmian dilakukan selepas solat Isyak dengan dipengerusikan oleh Ust Fadzli dari HIKMAH. Saudara Azhar memulakan ucapan, kemudian diikuti ucapan dari Wakil AMAL Pusat En Johari. Seterusnya majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Omar Bin Shuib, Penasihat BIC. Pihak BIC dan AMAL juga telah menyampaikan sumbangan beras, al-Quran, barang persekolahan dan pakaian. Majlis ini dimeriahkan oleh Ust Mawi@ Akhwan Afandi yang membuat persembahan dengan membawa lagu Jamal Abdillah. Telatah Ust Akhwan Afandi sangat menghiburkan masyarakat Ulu Kota.

Selepas solat subuh, para sukarelawan telah bergotong royong membersihkan surau dan mengurus diri sebagai persiapan untuk pulang ke tempat masing-masing. Nasib kami agak baik kerana 4WD kami telah diletakkan di atas bukit yang memudahkan untuk kami bergerak pulang. Sekiranya masih diletakkan di bawah, nampak gayanya tak dapat keluar kami pada pagi itu, kerana hujan lebat pada sebelah malamnya.

Pihak AMAL Sarawak dan BIC mengucapkan jazakumullahu khairan khathira kepada semua sukarelawan di dalam Program Ziarah Dakwah, Korban dan Aqiqah serta perasmian Surau AMAL Al Azhar Ulu Kota bermula 19-21 Nov 2010. Semoga segala sumbangan kita akan diterima oleh Allah sebagai amal kebaikan dengan syarat ikhlas kerana Allah. Setinggi-tinggi penghargaan kepada penasihat BIC Tuan Haji Omar Shuib di atas kesudian untuk bersama-sama sukarelawan kali ini. Tidak ketinggalan juga wakil AMAL Pusat iaitu En Johari, En Hanif dan Ustaz Akhwan Afandi. Insyallah ada kesempatan kita akan bersama lagi untuk membuat misi di tempat dan waktu yang akan ditetapkan oleh pihak AMAL Sarawak. Siiru ala barakatillah...

Oct 17, 2010

Bengkel Penghayatan Solat Muslimah

sebahagian para peserta Bengkel Penghayatan Solat


Pengarah program Ustazah Hanim Hartini


17 Okt - Bintulu Iqra' Center dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia, Jabatan Agama Islam Sarawak, PERKIM, MACMA, NISA' Bintulu dan AJK Surau Darul Yakin Kuala Segan telah berjaya melaksanakan Bengkel Penghayatan Solat yang bermula jam 8 pagi sehingga 12.30 tengahari.

Program ini adalah program berkala yang akan dilaksanakan di kawasan dan tempat-tempat yang terpilih untuk memberi pendedahan tentang amalan ibadah khususnya solat dengan pelaksanaan yang betul. Program setengah hari ini diisi dengan ceramah dan praktikal individu dengan dibantu oleh ahli-ahli NISA' Bintulu, manakala penyampaian ceramah telah disampaikan oleh Ustazah Shadahtul dari JAIS Bintulu.

Pendekatan yang telah dilaksanakan sepanjang setengah hari ini benar-benar memberi manfaat kepada para peserta khususnya masyarakat Islam Kuala Segan. Banyak di kalangan kita yang masih ragu-ragu dan was-was di dalam pelaksanaan solat dengan cara yang betul. Seharusnya perkara ini perlu kita pelajari dan bertanya kepada mereka yang arif.

Pihak jawatankuasa penganjur program mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada JK Surau Darul Yakin, Kuala Segan yang telah memberi kerjasama yang baik di dalam penganjuran program ini. Tidak ketinggalan juga kepada MACMA dan PERKIM yang telah menyumbang kewangan untuk menjayakan program ini. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ustazah Saidatul dari JAIS Bintulu yang turut sama-sama menyumbang tenaga di dalam menjayakan program dan aktiviti ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada NISA' Bintulu, BIC dan Yayasan Amal Malaysia yang bertungkus lumus bagi menjayakan aktiviti dan program ini. Semoga segala usaha yang kita telah sumbang akan diganjari oleh Allah dengan pahala yang sewajarnya.

Ustazah Shadahtul sedang menyampaikan ceramah

Penghargaan kepada AJK Surau Darul Yakin, Kuala Segan

Oct 11, 2010

Majlis Mahabbah Aidilfitri BIC 2010

Banner program MABIC 2010 ( MAB 10101010 )

Antara saf kerja muslimin yang menjayakan MABIC 101010

10 Okt 2010 - BIC, Yayasan AMAL Malaysia dan MACMA berjaya mengadakan Majlis Mahabbah Aidilfitri 1431H/2010 di rumah rehat Lembaga Pelabuhan Bintulu di Kidurong. Majlis bermula jam 10 pagi itu dengan dihadiri oleh rakan-rakan, NGO, pertubuhan , jabatan dan agensi kerajaan dan swasta.

Objektif majlis ini diadakan ialah untuk memperlihatkan kebersamaan dan kesatuan dengan agensi-agensi yang turut serta dan berminat di dalam menjalankan kerja-kerja dakwah dan kebajikan. Selain itu juga bagi pihak BIC dan YAM juga ingin mengucapkan penghargaan yang tidak terhingga kepada pihak - pihak yang memberi sokongan dan sumbangan kepada BIC dan YAM di dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan ini.

Moga-moga dengan pengajuran program dan aktiviti ini, pihak BIC dan YAM akan mengandakan usaha untuk memberikan sumbangan dan bakti kepada masyarakat selaras dengan objektif penubuhan BIC. Kepada mana-mana pihak yang ingin memberi sumbangan kepada pihak BIC dan YAM untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan amat-amat di alu-alukan.

Ustaz Ahmad Asraf sedang membacakan doa

Ucapan dari wakil penasihat BIC & YAM

Kehadiran jemputan

Sumbangan kepada Masjid Assyakirin

Penyampaian duit raya kepada anak-anak

Jemputan makan untuk VIP

LE mengambil kesempatan juga membuka gerai jualan

Untuk lihat foto sila klik di sini : Klik !!

Sep 21, 2010

Kejadian kebakaran di Kampung Jepak



Pepatah melayu mengatakan, api sewaktu kecil menjadi kawan, sewaktu besar menjadi lawan. Seharusnya sebagai ingatan untuk kita berwaspada terhadap apa yang telah berlaku. Awasi anak - anak kita dari bermain api sebarangan, kemungkinan akan membawa padah. Apapun setiap kejadian, kita tak mampu menolak takdir dan kehendak ilahi. Berdoalah kepada ALLAH agar ALLAH memelihara kita, anak-anak dan harta benda daripada kejadian yang tidak diingini. Hanya kepada ALLAH tempat kita mengadu.

Sep 19, 2010

Kebakaran di Jepak

Sumbangan disampaikan oleh Cikgu Let kepada mangsa
sambil disaksikan oleh saudara beliau En. Norli

Penyerahan sumbangan dari BIC dan AMAL Cawangan Sarawak

Bintulu - 19 September, satu kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah penduduk kampung di Kampung Jepak telah berlaku sekitar jam 4 petang semalam. Punca kejadian masih di dalam siasatan. Mengikut cakap-cakap penduduk kampung, kebakaran berpunca dari lintar pintas, namun demikian makluman dari sumber yang sahih maish belum diperolehi. Anggaran kerugian juga masih di dalam siasatan.

Tengahari tadi rombongan BIC dan AMAL Cawangan Sarawak sempat menziarahi rumah mangsa dan bertanya khabar berkenaan kejadian kepada mangsa. BIC dan AMAL Cawangan Sarawak telah menghulurkan sedikit bantuan wang ringgit dan sumbangan pakaian untuk keluarga mangsa. Sumbangan telah disampaikan oleh Cikgu Let selaku wakil dari BIC dan AMAL Cawangan Sarawak.

Untuk makluman, mangsa yang baru kematian suami iaitu sekitar 9 bulan tinggal bersama anak - anak dan menantu. Pihak BIC dan AMAL Cawangan Sarawak mengucapkan takziah di atas kejadian yang menimpa ini, dan mudah-mudahan seluruh keluarga tabah menghadapi dugaan ini.

Kepada mana-mana insan dan individu yang prihatin di atas kejadian ini agar dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada kami untuk kami sampaikan kepada mereka yang berhak. Sekiranya tuan-tuan berhajat untuk menyumbang, boleh bank in di dalam akaun BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD, CAWANGAN BINTULU DI ATAS NAMA BINTULU IQRA CENTER, No Akuan 1103 10 100 20903.

Saksikan gambar-gambar kebakaran :

Pandangan hadapan

Rumah hangus

Pandangan sisi

Jul 27, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah (Perempuan)


26 Jun 2010, Bintulu - Mengambil tempat di Masjid Al-Muttaqin Sg Plan, Bintulu Iqra Center (BIC) dengan kerjasama Yayasan AMAL Malaysia Cawangan Sarawak (AMAL), Nisa' Bintulu dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Bintulu telah berjaya menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah khusus untuk wanita.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini menyaksikan penyertaan daripada 40 orang wanita yang kebanyakannya adalah penduduk Sg Plan sendiri. Antara initipati program ialah kursus teori pengurusan jenazah dan juga praktikal pengurusan jenazah. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustazah Rahani dari JAIS.

Semoga semua peserta program mendapat manfaat dari kursus ini dan sama-sama berusaha untuk meningkatkan ilmu.




"Beramal kerana Allah"

___________________
Unit ICT
BIC, AMAL, NISA'

Jul 6, 2010

YAM Latih Anak-anak Saudara Baru Sabah & Sarawak


Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia) dengan kerjasama Urusetia Saudara Kita Sarawak (USK) menganjurkan program latihan perkaderan dakwah kepada anak-anak saudara baru dari kalangan pribumi Sarawak. Seramai 17 orang peserta menyertai latihan ini.

Kesemua peserta terlebih dahulu mengikuti program induksi selama tiga hari di Pusat Penerangan Islam Sarawak di Kuching. Selepas itu, kesemua peserta akan dibawa ke Semenanjung bagi mengikuti Latihan Perkaderan Sukarelawan Dakwah di Kampus Sementara Pusat Dakwah Serantau (PDS) di Darul Thaqafah, Sepang Selangor.

Mereka akan mengikuti latihan tersebut selama setahun. Mereka akan dilatih sebagai pendakwah oleh pakar-pakar dalam berbagai bidang dakwah dan agama dari beberapa institut pengajian tinggi awam dan swasta.

Para pelatih dakwah ini telah menunjukkan minat yang mendalam di atas kesedaran dakwah kepada kaum mereka yang sebahagiannya tidak mempunyai sebarang pegangan agama. Selain itu, kebanyakan saudara-saudara baru ini termasuk ibubapa mengharapkan anak-anak mereka dilatih sebagai pendakwah dan pembimbing kepada masyarakat di kampung halaman mereka sendiri.

Alhamdulillah YAM dengan kerjasama USK mengambil inisiatif menganjurkan program latihan ini bagi melahirkan sukarelawan dakwah dari kalangan anak-anak saudara baru pribumi Sarawak dan juga Sabah. Untuk pengambilan pertama ini seramai 17 orang peserta dari Sarawak dan 13 orang dari Sabah. Hari Sabtu 19hb lepas, 17 orang peserta dari Sarawak telahpun mendaftar diri di Darul Thaqafah, manakala 13 orang dari Sabah dijangka akan melapor diri hari ini. Sekarang mereka sedang menjalani sesi orientasi.

Apr 26, 2010

Ustaz Sardi kini bergelar Abi..Tahniah

cahaya mata Ustaz Sardi

Ustaz Sardi melahirkan rasa syukur di atas kurniaan ilahi dengan kelahiran putera sulung beliau pada 24 April 2010 ( Sabtu ) sekitar jam 9.50 pagi di Hospital Bintulu. Alhamdulillah, isteri dan anak beliau di dalam keadaan sihat walafiat. Tahniah dari warga BIC kepada Ustaz Sardi dan Isteri di atas kelahiran anak mereka. Moga rumah tangga yang dibina bertambah harmoni dengan kelahiran cahaya mata penyeri rumah tangga.

Sewaktu ziarah kami ke hospital, beliau masih belum keluar wad. Difahamkan kalau tidak ada apa-apa masalah, mereka akan pulang ke rumah pada sebelah malam Ahad. Kami mendoakan semoga beliau dan isteri serta anak akan diberi kesihatan dan kemudahan.

Ustaz Sardi mengambil kesempatan mengucapkan syukur kepada Allah dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas semua doa sahabat dan beliau berharap agar mampu memikul amanah Allah ini dan mohon didoakan agar beliau tetap Istiqamah di atas jalan Allah.

Wad Vip

ceria pasangan abi dan ummi

Ziarah sebahagian ahli-ahli BIC

berkongsi pengalaman dengan abu Ierfan dan Abu Shaqif

Apr 2, 2010

Majlis penyerahan cek untuk pembinaan Surau Ulu Kota, Pakan

Penyerahan replika cek Tabung Pembinaan Surau Ulu Kota daripada
Tuan Haji Yaacop kepada Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak,
Ustaz Abd Halim Abd Kadir


sebahagian jamaah Masjid Darul Hidayah sedang melihat
perkembangan Surau Ulu Kota, Pakan

sangat teruja dengan kesusahan masyarakat Islam Ulu Kota

khusuk menonton montaj tentang kehidupan masyarakat Islam Ulu Kota

1 April, Bintulu – Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita dengan kerjasama Persatuan Warga Hidayah dan Bintulu Iqra’ Center telah mengadakan majlis penyerahan cek sumbangan untuk Tabung Pembinaan Surau Ulu Kota, Pakan di Masjid Darul Hidayah. Program tersebut dimulai dengan sesi penerangan dan makluman berkenaan perkembangan pembinaan Surau Ulu Kota yang disampaikan oleh pengerusi JK Pembelaan Saudara Kita iaitu Ustaz Ibrahim. Seterusnya program tersebut diteruskan lagi dengan tayangan montaj mengenai kronologi pembinaan Surau Ulu Kota serta kehidupan masyarakat di sana. Acara kemuncak program tersebut ialah penyerahan sumbangan oleh jawatankuasa yang diserahkan oleh Tuan Haji Yaacop Bin Juned Timbalan Pengerusi Masjid Darul Hidayah kepada Ustaz Abd Halim Abd Kadir selaku Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Sarawak.

Pihak jawatankuasa mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua penderma dan penyumbang yang telah sudi menyumbang untuk membantu projek pembinaan Surau Ulu Kota. Pihak jawatankuasa juga ingin memaklumkan kepada orang ramai jumlah kutipan yang berjaya disumbangkan oleh orang ramai ialah sebanyak RM 53, 036.71. Dengan itu jawatankuasa ini memutuskan untuk menutup akuan ini kerana telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Sekali lagi saya mewakili Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita Ulu Kota mengucapkan ‘ jazakumullah khu khairan khathira ’ atas sumbangan dan keprihatinan masyarakat Islam kepada saudara kita di Ulu Kota, Pakan Sarikei.

anak-anak Ulu Kota yang sedang belajar di ITB, dibiayai perbelanjaan oleh BIC

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons