Sep 7, 2007

Kelas Bestari Quran & Kelas Bahasa Arab

Alhamdulillah, minggu ini merupakan mingu kedua BIC beroperasi. Kelas Bestari Quran dan Kelas Bahasa Arab berjalan seperti yang dirancangkan.

Secara amnya, sambutan yang diterima masih boleh dikatakan agak kurang. BIC mengharapkan agar lebih ramai lagi ibu bapa yang menggunakan peluang ini sebaiknya untuk memperbaiki mutu bacaan quran anak-anak dan juga bahasa arab mereka. Insyaallah, BIC akan berusaha sebaik mungkin untuk membina kemahiran asas pembacaan quran serta bahasa arab anak-anak anda.

Pihak pengurusan berharap agar usaha ini tidak dipandang dingin dan sepi oleh masyarakat setempat.

Marilah kita bersama-sama membentuk peribadi dan akhlak seorang muslim yang sebenar di dalam diri anak-anak, generasi muda masa kini.

=========================================================


BIC akan memulakan kelas-kelas berikut:

Kelas Bestari Quran (mengaji Al-Quran)
Tarikh: 29-31/8/07
Sasaran peserta: Kanak-kanak & remaja
Ketua Tenaga Pengajar: Ustaz Abdul Hadi
Semua peserta diminta untuk membawa buku pengajian IQRA' masing-masing.


Kelas Bahasa Arab
Tarikh:
1-2/9/07
Sasaran peserta: Kanak-kanak sekolah rendah
Pengajar: Ustaz Ibrahim bin Mad Isa


Kepada ibu-bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke kelas-kelas tersebut, sila berhubung terus dengan Pengurus BIC, Encik Mohd Aizan di talian 019-2237010 atau boleh e-mel ke alamat berikut; btu.iqra@gmail.com, nyatakan nama peserta serta nombor telefon.

Selamat Memulakan Pengajian!

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons