Sep 24, 2007

Program Amal Ramadhan Siri 1

Alhamdulillah, tanggal 11 Ramadhan hari Ahad yang lalu, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak telah menyampaikan sumbangan bahan makanan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Kampung Jepak, Bintulu.





Program yang bermula selepas solat fardhu Zohor itu telah disertai kira-kira 17 orang penggerak YAM di Bintulu. Sebanyak 8 keluarga telah menerima bekalan beras, gula, telur, minyak masak dan lain-lain.

YAM mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang bekalan keperluan yang prihatin. Semoga Allah memberi ganjaran yang lebih baik atas keikhlasan anda.

1 Komen:

Anonymous said...

Teruskan perjuangan wahai saudaraku sea'qidah..."Ber'amallah kerana Allah"..Semoga kemanisan Iman dan Islam ini akan dapat dikongsi bersama oleh hamba-hamba Allah yang lain.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons