Sep 17, 2007

Sedekah Jariah di Bulan Ramadhan

Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Sarawak melalui BIC akan mengadakan pengumpulan barangan makanan asas untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Bintulu. Yayasan Amal Malaysia telah mengenal pasti senarai keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan. Pengumpulan tersebut akan berlangsung di sepanjang bulan Ramadhan dan agihan akan dibuat sebaik sahaja ada sumbangan yang diterima.

Antara barangan makanan asas yang akan diedarkan adalah beras, gula, minyak masak, kurma dan lain-lain yang sesuai. BIC boleh membantu untuk menguruskan penyediaan barangan tersebut.

Kepada para pengunjung laman BIC yang ingin memberi sedekah jariah dan ingin mengetahui lebih lanjut bolehlah berhubung dengan BIC melalui pengurusan BIC:

Mohd Aizan 019-2237010
Mohd Syarizal 019-8391299

atau boleh juga e-mel ke btu.iqra@gmail.com.

" 2:261. The parable of those who spend their property in the way of Allah is as the parable of a grain growing seven ears (with) a hundred grains in every ear; and Allah multiplies for whom He pleases; and Allah is Ample-giving, Knowing "

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons