Oct 3, 2007

Program Amal Ramadhan Siri II


Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Sarawak, dalam Program Amal Ramadhan Siri II telah berkunjung ke Kampung Kuala Segan, Bintulu pada 30/9/07. Sasarannya dalam Siri II ini adalah 4 buah keluarga/individu yang kurang berkemampuan.



Dengan dipandu arah oleh seorang kakitangan LHDN Bintulu, aktivis Amal mampu tiba ke destinasi tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah, semua sumbangan dapat disampaikan kepada penerimanya. Kegembiraan di wajah penerima sumbangan merupakan sesuatu yang sangat berharga dan memberikan satu kepuasan.


Program Siri II ini telah menemukan Amal dengan seorang anak soleh yang menjaga ibunya yang sangat uzur dan lumpuh. Pengorbanannya merupakan sesuatu yang sangat mulia, dan sangat dituntut di dalam Islam. Moga Allah memberikan keikhlasan kepada saudara tersebut dalam berbakti kepada ibunya dan moga mereka sekeluarga diredhai-Nya.

1 Komen:

Nira said...

Interesting to know.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons