Oct 6, 2007

Program Nisa' di Hospital Bintulu

Nisa', sebuah kelab pemudi Muslim, telah menganjurkan Program Ziarah Ukhuwwah & Dakwah ke wad kanak-kanak di hospital Bintulu pada 30 September 2007.

Kanak-kanak yang berada di wad ketika lawatan telah dihadiahkan dengan beberapa cenderamata sebagai tanda kasih sayang daripada Nisa'. terdapat 13 kanak-kanak di wad ketika lawatan. Suasana ceria menyelubungi wad kanak-kanak ketika aktivis Nisa' 'menyerbu' wad tersebut. Kegembiraan sebegini insyaallah akan memberikan satu semangat kepada kanak-kanak malang tersebut untuk lebih berkeyakinan dalam menempuh hari mendatang.

Penganjuran sedemikian bukan sahaja mampu menggembirakan penghuni wad kanak-kanak tersebut, malah turut memberi keinsafan dan kesedaran kepada peserta program yang rata-ratanya terdiri daripada ibu bapa muda dalam mendidik dan menjaga anak masing-masing.

Program turut disertai oleh aktivis Yayasan Amal Malaysia.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons