Jan 1, 2008

Amal Small Kindness

Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak, Unit Bintulu dengan julung-julung kalinya telah melancarkan pakej program kebajikan terbaru – AMAL SMALL KINDNESS pada November 2007 yang lepas. Program AMAL SMALL KINDNESS ini adalah untuk menggalakkan masyarakat menyumbangkan bakti secara berterusan tanpa megira saiz sumbangan itu. Ini adalah selaras dengan saranan Nabi Muhammad yang mengatakan bahawa sebaik-baik amalan adalah yang sedikit tetapi berterusan (istiqamah).


AMAL SMALL KINDNESS I (November 2007)



Untuk AMAL SMALL KINDNESS Siri I ini, Yayasan Amal Malaysia telah menaja barangan cenderahati dan hadiah kepada para peserta Program BESTARI SOLAT di Sekolah Kebangsaan Ulu Nyalau, Bintulu. Seramai 30 orang pelajar Tahap 1 di sekolah luar bandar ini telah mendapat hadiah sebagai satu usaha memotivasikan mereka untuk terus mempelajari dan membudayakan solat dalam kehidupan mereka. Semoga usaha kecil ini dapat memberi manfaat yang besar buat generasi muda Islam di Ulu Nyalau.

Gambar penuh Amal Small Kindness I

AMAL SMALL KINDNESS II (Disember 2007)

AMAL SMALL KINDNESS Siri II telah berjaya digerakkan pada Disember 2007 yang lepas. Kali ini program AMAL SMALL KINDNESS meladeni 3 adik-beradik dari Kampung Jepak, Bintulu iaitu Adik Mohd Azhar Khamis (14 tahun), Adik Nurashikin Khamis (9 tahun) dan Adik Jai Khamis (8 tahun) membeli keperluan sekolah mereka untuk sesi persekolahan akan datang.

Ketiga-tiga adik-beradik ini adalah dari keluarga petani yang miskin dan kesudian Yayasan Amal Malaysia menaja keperluan sekolah mereka telah disambut dengan rasa syukur dan gembira oleh ibu mereka Pn Mary.

Adik Nurashikin dan Adik Jai adalah 2 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Jepak yang cemerlang dan sumbangan Yayasan Amal Malaysia kali ini adalah juga sebenarnya sebagai hadiah atas kesungguhan dan kecemerlangan mereka dalam pelajaran.

Ketiga-tiga adik-beradik ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yayasan Amal Malaysia atas sumbangan pakaian, alatulis dan beg sekolah baru yang telah disumbangkan dan mereka berazam untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan semua A untuk setiap subjek. Yayasan Amal Malaysia akan terus membantu adik-beradik ini dalam memajukan diri mereka dalam bidang pendidikan.

Gambar penuh Amal Small Kindness II

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons