Apr 13, 2008

Family Day BIC

Buat julung-julung kalinya, BIC telah mengadakan Hari Keluarga BIC bertempat di Villa Mardhiah pada 22 dan 23 Mac yang lepas. Program Hari Keluarga ini telah menghimpunkan ahli jawatankuasa BIC, tenaga-tenaga pengajar, guru-guru JQAF, jurutera, pelajar-pelajar dan juga ahli keluarga masing-masing. Program ini bermula dengan aktiviti Sukaneka. Walaupun ketika itu hujan renyai-renyai, namun aktiviti Sukaneka diteruskan juga; muslimin di dalam surau, muslimat di dalam dewan.

Selepas Isya’ – program kemuncak yang paling dinanti-nantikan iaitu Barbequee. Ada bermacam-macam makanan yang dipanggang/dibakar, di antaranya ialah ikan talapia, ayam dan ubi kayu. Nasi beriyani juga tidak lupa dihidangkan. Sambil memanggang, sambil makan, taaruf juga telah diadakan.

Sessi taaruf diadakan adalah untuk lebih saling kenal-mengenali di antara satu sama lain, bukan sahaja sesama ahli jawatankuasa, tetapi juga dengan ahli keluarga mereka. Di antara ucapan yang paling diingati, mungkin juga berkesan di hati sesetengah daripada kita ialah ucapan dari Ustaz Halim yang menyeru ahli-ahli BIC yang masih belum berkeluarga untuk cepat berkeluarga, barulah tercapai objektif ‘Hari Keluarga BIC’. Sila klik di sini untuk artikel Baitul Muslim.

Seawal Subuh, program dimulakan dengan Qiyamullail, Solat Subuh dan Kuliah Subuh. Kuliah Subuh disampaikan oleh Penaung BIC, Ustaz Salehuddin. Selepas Subuh, ahli-ahli BIC melakukan riadhah ringan, aktiviti muslimin di hadapan Pentas Poco-Poco, dan aktiviti muslimat di dalam dewan. Muslimin melakukan senam robik dll. Muslimat melakukan warm-up dan juga bermain Ibu Ayam dan Musang, penat tapi ‘enjoy’.

Aktiviti diteruskan dengan acara menguli keropok lekor dan kuih pau. Masing-masing menunjukkan bakat masing-masing dengan menguli tepung dan ikan parang. Keropok lekor yang masih mentah telah dibahagi-bahagikan sama rata sesama ahli BIC. Sungguh sedap keropok lekor yang diuli, seolah-oleh berada di negeri Terengganu.

Program Hari Keluarga BIC ini berakhir pada tengahari Ahad, 23 Mac. InsyaALLAH kita akan berhimpun lagi dalam Hari Keluarga BIC pada tahun hadapan. Moga tahun hadapan ahli BIC semakin berkembang, yang belum berkeluarga bakal berkeluarga tahun hadapan, dan yang belum dikurniakan anak, semoga dimurahkan rezeki, bagi yang sudah berkeluarga, semoga bertambah lagi zuriathan. Jumpa lagi tahun hadapan!!!

2 Komen:

pakcik ustaz said...

salam ukhuwwah,
pakcik just nak kongsi seronok bila baca ttg family day ni,
mgkn kita bole buat selalu.kecik2 pun ok. satu je la pakcik nak komen sket those yg balik awal 2 expecially ahli2 kita.kesian kt adik2 upm yg susah payah sediakn rancang sukaneka n sediakn hadiah.last2 xde org nak ambik.
k la guys.love u all.salam

jQAFBINTULU said...

sy pohon klu ada cadangan atau kelemahan semasa program family day sila maklumkan kepada urusetia untuk menambah baik dari sudut pelaksanaan pada masa akan datang - ustaz Ibrahim email jqafbintulu@gmail.com

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons