May 8, 2008

"KAMI BERSAMAMU WAHAI SAUDARA" - part 2

Alhamdulillah, BIC dan Yayasan Amal Malaysia (Bintulu) dengan kerjasama Masjid Darul Hidayah berjaya menganjurkan Malam Saudara Baru pada 2 Mei yang lepas. Malam Saudara Baru atau Malam Akhukum Fiddin yang julung-julung kali diadakan mendapat sambutan hangat dari masyarakat Bintulu. Saudara-saudara baru yang diraikan kebanyakkannya terdiri dari suku kaum Iban dan juga Cina, disambut di kampung mereka di Kg Sungai Plan dan Similajau dan dibawa menaiki bas ke Masjid Darul Hidayah.Program bermula dengan Solat Maghrib berjemaah dan ceramah oleh Sdr Yaakop dan Ustaz Mukarrom. Banyak diskusi yang dibincangkan, antaranya pengalaman Sdr Yaakop sendiri yang 'revert' ke agama Islam, juga tentang konsep Islam dan cabaran-cabaran sebagai seorang saudara baru.Seusai ceramah khas tersebut, majlis diteruskan dengan solat Isya' berjemaah dan ucapan dari Pengerusi Persatuan Warga Darul Hidayah. Program diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Penyampaian Sumbangan kepada Saudara-saudara Baru yang disampaikan oleh pimpinan BIC dan Masjid Darul Hidayah. Sumbangan berbentuk bahan-bahan mentah untuk keperluan dapur.
Majlis diakhiri dengan jamuan di perkarangan masjid. Sesungguhnya, hidayah dan taufiq milik Allah; boleh dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan ciri-ciri selayaknya.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah nikmat dari sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Kurnia
(Surah Ali Imran: ayat 8)

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons