Aug 3, 2008

Kem Tunas Harapan

Alhamdulillah, tanggal 1 Ogos 2008 hingga 3 Ogos 2008 telah mencatat satu lagi kejayaan JAKSA dalam penganjuran membangunkan masyarakat. Program ini merupakan Program Kem Tunas Harapan 2008. Program ini mensasarkan pelajar sekolah rendah terutamanya adalah pelajar darjah 5.
Klik butang "Play" - Lagu Anak Soleh, lagu tema Kem Tunas Harapan

Seperti Program KEJAR (program motivasi terhadap pelajar sekolah menengah) yang lalu, program ini juga telah dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Bintulu (PPG), Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik (JAKSA), Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPM) dan Bintulu Iqra Center (BIC).

Pelbagai pengalaman baru ditempuhi oleh para peserta melalui modul, latihan dalam kumpulan dan ceramah yang banyak menitikberatkan soal kecintaan terhadap ibubapa, kecemerlangan akademik dan perhubungan dengan Allah(solat). Pengalaman makan didalam talam juga menjadi suatu pengalaman yang berharga bagi para peserta.

1 Komen:

abuierfan.blogspot.com said...

Syukran kepada semua sahabat yang menyumbang masa, tenaga, dan wamg ringgit untuk membuat kerja - kerja dakwah. Ramai ibubapa teruja atas penganjuran program yang sedemikian. buktinya hasil kutipan derma berjumlah lebih kurang RM900. Tahniah, semoga dapat diteruskan lagi usaha yang sedemikian. SU JAKSA

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons