Aug 31, 2008

Kata-kata Aluan dari CEO BIC

Salam perjuangan untuk semua amilin dan petugas- petugas kerja amal di muka bumi Allah ini khususnya Bintulu . Tempat yang dikatakan amat subur di dalam usaha-usaha dakwah. Kesyukuran kepada ilahi kerana dipertemukan dengan sahabat – sahabat yang sudi dan rela untuk menginfaqkan tenaga, masa dan wang ringgit untuk sama – sama mengerakan dakwah kerana ianya menjadi salah satu rukun sebagai ahli gerakan Islam.

Di kesempatan ini, saya mewakili pihak pengurusan BIC memohon jutaan kemaafan di atas kelembapan blog ini sebagai penyalur maklumat dan sumber ilmu kepada pembaca. BIC merupakan wadah pertemuan dan ukhuwah di kalangan masyarakat Bintulu yang mana ianya berfungsi sebagai tempat untuk mencari ilmu. dan pada yang sama bersama masyarakat untuk membantu golongan yang lemah dan daif. Dalam usaha untuk memasyarakatkan BIC pelbagai aktiviti telah diatur selain kelas – kelas pengajian. Antara program terkini yang sedang di atur ialah “ Program Penghayatan Ihya Ramadhan 1429H “.

Sesungguhnya usaha dakwah tidak mampu digalas secara individu. Ianya memerlukan tenaga yang ramai yang bertanggungjawab dan benar – benar ikhlas untuk melaksanakannya. Kepada sahabat – sahabat yang masih belum mengenali BIC dan ingin menyumbang tenaga, pihak kami amat mengalu – alukan. Mudah – mudahan BIC sebagai satu lorong atau landasan untuk memberi peluang kepada sahabat – sahabat untuik menambah amal kebajikan untuk bekalan di akhirat nanti.

Pihak pengurusan BIC sekali lagi memohon kemaafan di atas segala kekurangan dan kelemahan di dalam pengendalian blog ini. Segala maklum balas, pandangan amat – amat diharapkan. Akhir kalam. Sebagai pesan untuk diri ini dan ahli – ahli BIC “Istiqamahlah di atas jalan ( dakwah ) ini dan jadilan insan yang memberi manfaat kepada orang lain”.

“ BERAMAL KERANA ALLAH “

ABU IERFAN
PENGERUSI
BINTULU IQRA’ CENTRE

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons