Sep 8, 2008

BUMI BINTULU DIZIARAHI TETAMU AGUNG DARI MAKKAH


Sheikh Musthofa Al-Fadl, Imam di Masjidil Haram di Makkah al Mukkaramah

Kehadiran Ramadhan 1429H menjadi sejarah pada Bintulu kerana menerima tetamu istimewa dari Makkah. Beliau ialah Sheikh Musthofa Al-Fadl, salah seorang imam di Masjidil Haram. Beliau hadir ke Bintulu di atas jemputan Hotel Plaza Regency.

Kehadiran beliau ke Bintulu amat - amat mengembirakan penduduk di Bintulu. BIC mengambil kesempatan untuk menaja jamaah Masjid Assyakirin untuk berbuka puasa bersama dengan Sheikh Musthofa Al-Fadl dan seterusnya beliau menjadi Imam solat fardhu dan tarawikh. Terasa seolah-olah pada malam itu Masjid Assyakirin bertukar menjadi Masjidil Haram. Ratusan jamaah bersolat di sana sehingga selesai 23 rakaat solat Tarawikh. "Jarang - jarang berlaku solat tarawikh sampai 23 penuh seperti ini". Kata salah seorang jamaah.

Pada Subuh 8 Septemper, beliau mengimami solat subuh dan seterusnya menyampaikan tazkirah di Masjid Darul Hidayah. Sesungguhnya amat bertuah kepada mereka yang sempat bersolat bersama beliau kerana bacaan beliau amat berbeza dengan bacaan kebanyakkan orang. Terasa setiap ayat yang dibaca amat menusuk kalbu. Apapun BIC mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada insan- insan seperti Abang Abdul Ghani Harun ( Jabatan Kimia ), Abang Mat dan Family di atas kesungguhan untuk membawa Sheikh Musthofa Al-Fadl ke tempat - tempat seperti yang dinyatakan di atas. Terima kasih juga di atas penajaan makanan untuk berbuka puasa, moga - moga Allah akan menerima setiap amalan yang kita lakukan.

Di bawah ini disertakan gambar - gambar untuk tatapan mereka yang tidak dapat bersama program tersebut.

Haji Abd Ghani Harun bersama tetamu khas dan penterjemah
beliau Us Salehuddin dan Us Lutfi

Suasana di dalam bilik VIP yang menempatkan tetamu jemputan berbuka puasa bersama BIC

Sheikh Imam sedang berdoa dengan bacaan doa yang sungguh menusuk kalbu para jamaah

Para jamaah khusuk meng'amin'kan doa yang dibacakan oleh Sheikh Imam

Para Jamaah terasa mereka seperti berada di Masjidil Haram Makkah

Abu Ierfan bergambar kenangan dengan Sheikh Musthofa Al-Fadl. Mudah - mudahan Ierfan dan Ammar akan menjadi Imam seperti beliau, Insyaallah.

Haji Abd Ghani insan penting yang membawa Sheikh Imam ke Masjid Assyakirin

Haji Bakar melakar kenangan bergambar dengan
Sheikh Musthofa Al-Fadl, Imam di Masjidil Haram di Makkah al Mukkaramah



- Abu Ierfan -




1 Komen:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum para sahabat di Bintulu.
Tahniah atas usaha yang berterusan membawa hati manusia kembali kepada fitrah.
Saya tertarik dengan doa yang diaminkan bersama dengan Imam dari Makkah, bermunajat dengan mengharapkan redha Allah.
Apa yang saya ingin kongsi perasaan resah saya apabila ada satu GOLONGAN yang merasakan ibadah mereka adalah yang paling sunnah, sanggup mengatakan berdoa dengan suara yang jelas apabila selepas solat dengan makmum adalah bid'ah. Sungguh sempit pemikiran manusia jenis ini. Segalanya yang tidak kena dengan pendapat pakar golongan mereka, sudah pasti akan terus dibid'ahkan!
Dengan melihat seorang Imam dari Masjidil Haram boleh berdoa bersama dengan makmum sedemikian, sudah pasti dalam hati saya tertanya "Siapa yang sunnah, dan siapa yang PUNAH?"
Untuk semua yang cintakan islam, jangan sekali memandang sempit tentang Islam. Keindahannya bukan untuk meletakkan "Piawaian Ilmu" sebagai teras, tetapi meletakkan amanah agama sebagai terasnya.
Tahniah sekali lagi..

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons