Sep 4, 2008

MOHON SUMBANGAN UNTUK IHYA' RAMADHAN 1429H

Firman Allah SWT :

“ Dan belanjakanlah ( dermakanlah ) sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu,( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” ( Al-Munafiquun : 10 )

عَنْ زَيدِ بنِ خَالِدٍ الجُهْنيِّ قَالَ : قَالَ رَسُولُ الله (ص): مَن فَطَّرَ صَائماً كَانَ له مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ
لا يَنقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئاً


Daripada Zaid bin Khalid Al-Juhni RA berkata: Rasulullah SAW telah berkata: “ Sesiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun".

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

Ayuh pembaca sekalian, marilah kita mengambil pengikhtibaran terhadap apa yang disebutkan di atas. Mudah – mudahan harta yang Allah kurniakan kepada kita akan bertambah dan diberkati.

Dengan ini pihak pelaksana Program Penghayatan Ihya Ramadhan 1429H ingin memohon derma dan sumbangan dari tuan – tuan / puan – puan untuk bersama – sama menambah amal jariah.


Sumbangan diterima berupa :
1) Pakaian layak pakai untuk diagihkan kepada fakir miskin
2) RM1, RM5, RM10,RM50,RM100
3) Apa – apa saja kemampuan tuan / puan untuk infaq.

Sumbangan berupa wang tunai / cek boleh dimasukkan ke akuan
Bank Islam Malaysia Berhad di atas nama :

JAWATANKUASA KECEMERLANGAN SAHSIAH DAN AKADEMIK (JAKSA )
No akaun : 1103 10100 181 45


Segala perhubungan dan pertanyaan, boleh berurusan dengan :
1) Ustaz Salehuddin Abu Samah 019 – 482 3755
2) Ustaz Mohd Siroj Abd Lathiff 019 – 885 9297
3) Ustaz Ibrahim Mat Isa 019 – 453 5119
4) Cikgu Mohd Lizam Nik Yahya 017 – 316 8157
5) Ustaz Mohd Sardi Ismail 013 – 923 5267
6) En Firdaus Mohammad 013 - 771 3873


- Abu Ierfan -

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons