Segala nikmat dan kurniaan Allah seharusnya dikongsikan bersama. Bintulu Iqra Center (BIC) berserta dengan Pejabat Pelajaran Gabungan Bahagian Bintulu, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Jawatankusa Kecemerlangan Sahsiah Dan Akademik (JAKSA) telah menganjurkan Program Ziarah Dakwah dan Ukhuwwah ke Kuala Nyalau dan ke Kg Nyalau.
Objektif Program Ziarah Dakwah dan Ukhuwwah ini diadakan adalah untuk menyampaikan hasil sumbangan pelbagai pihak termasuk pihak syarikat swasta, jabatan-jabatan kerajaan , NGO, persatuan dan orang perseorangan. Semoga segala sumbangan sama ada dari segi wang ringgit, tenaga dan masa yang dinfaqkan akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah 'Azza Wa Jalla lebih-lebih lagi bersempena dengan Ramadhan yang mulia ini.
Sep 10, 2008
PROGRAM ZIARAH DAKWAH DAN UKHUWAH
10:24 AM
B.I.C
No comments
0 Komen:
Post a Comment