Sep 1, 2008

REHLAH UKHUWAH, PENGIKAT KASIH SAYANG

Ustaz Salehuddin selaku penasihat BIC sedang menyampaikan tazkirah

Ahli BIC sedang mendengar pengisian rohani dari Ustaz Salehuddin

Sebahagian ahli keluarga BIC yang hadir semasa rehlah


Pada 31 Ogos 2008 bersamaan 29 Syaaban 1429H AJK muslimat BIC telah berjaya menganjurkan Rehlah bersama ahli keluarga BIC. Program rehlah tersebut diadakan di Pantai Tanjung Batu. Seramai hampir 20 keluarga telah bersama – sama bagi memeriahkan rehlah kali ini. Kebanyakan keluarga membawa juadah masing – masing dan makan bersama – sama dengan keluarga yang lain. Semoga makanan yang dibawa akan mendapat keberkatan dari Allah.


Acara program tersebut dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Tuan Haji Mohd Hassan. Seterusnya pengisian rohani oleh Ustaz Salehuddin selaku penasihat BIC. Antara kata – kata nasihat dari beliau ialah supaya menjaga amanah Allah khususnya ketua keluarga supaya memastikan kehidupan kita berkeluarga seharusnya menurut syarak. Banyak contoh dan panduan yang telah ditunjukkan oleh ulama’ di dalam kehidupan berkeluarga seharusnya kita jadikan panduan dan ikutan. Selain itu beliau juga menekankan supaya menjaga adab – adab di dalam berjamaah dan menekankan betapa perlu bagi individu untuk bersama – sama jamaah. Banyak aktiviti dan program dibuat dengan efisyen bila bekerja secara berjamaah berbanding dengan bekerja secara individu. Oleh yang demikian itu, kepada semua ahli – ahli BIC perlu mengambil ikhtibar dan peringatan terhadap apa yang telah disampaikan oleh Ustaz Salehuddin itu.


Aktiviti seterusnya, semua ahli memperkenalkan ahli keluarga masing – masing supaya tidak ada dinding pemisah disebabkan tidak kenal di antara ahli keluarga BIC. Moga – moga dengan perkenalan sesama ahli keluarga BIC akan lebih memantapkan jamaah dan seterusnya melancarkan gerakkerja dakwah.


Seterusnya acara yang paling ditunggu – tunggu iaitu makan. Orang kuat penyediaan makanan tidak lain iaitu Abang Mat dan Kak Ijan sekeluarga. Menu kali ini ikan panggang yang dibakar oleh rakan – rakan BIC. Banyak juadah hari itu sehingga tidak habis untuk dimakan, namun demikian dengan kebijaksanaan masing – masing, semua dapat membungkus untuk di bawa pulang. Jadi tidak adalah pembaziran.

Penutup program ini tergendala kerana hujan lebat sehingga aktiviti terpaksa dihentikan dan semua ahli keluarga bersiap untuk pulang. Apapun tahniah kepada penganjur program tersebut khususnya AJK muslimat, nanti kita buat iftar jamaie pula. Insyaalah.


Catatan

- ABU IERFAN -

1 Komen:

Al-Muhandisah said...

bestnye.. rugi ana xde, sibuk shutdown..

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons