Nov 15, 2008

WIDA' : USTAZ MOHD SIROJ ABDUL LATHIFF



Berita perpindahan Ust Mohd Siroj ke Pulau Pinang mengemparkan BIC dan seluruh warga Hidayah. Perkara yang tidak di sangka-sangka berlaku di saat BIC amat - amat memerlukan beliau. Namun demikian kami terpaksa merelakan beliau pergi meskipun berat untuk melepaskan. Mudah - mudahan ada penganti seumpamanya nanti.

Ust Mohd Siroj antara guru paling lama di Bintulu. Beliau mula berhijrah ke Bintulu pada tahun 2000 setelah menamatkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1999. Di tempatkan mengajar di SMK Kidurong sebagai guru Pendidikan Islam sehingga tahun 2004 kemudian terus menjadi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Memang layak beliau ditempatkan di kerusi PK HEM kerana ketegasan dan kelantangan menangani masalah disiplin.
Kenangan BIC bersama beliau amat banyak, antaranya Kem Remaja Harapan, Kem Tunas Harapan, Program Ziarah Dakwah dan Ukhuwah, Ihya' Ramadhan, Bersama masyarakat Sebauh dan banyak lagi aktiviti dan program yang tidak dapat disebut disini. Kami mengharapkan Allah menganjari ganjaran yang setimpal bagi setiap usaha dan keringat yang dicurahkan oleh beliau kepada penduduk Bintulu.

Sebagai menghargai pengorbanan dan usaha beliau, ramai individu-individu yang mengadakan majlis perpisahan sebagai memperingati jasa beliau, antaranya ialah BIC telah mengadakannya pada 11 November 2008, Masjid Darul Hidayah pada 13 November 2008 dan keluarga Abang Ghani dan Kak Midah malam tadi.

Inilah keikhlasan perjuangan seorang mujahid, belum pun di akhirat, Allah menampakkan di dunia ini segala amalan dan usaha beliau dilakukan dengan ikhlas. Mudah- mudahan beliau menjadi ikutan dan contoh kepada para mujahid lain khususnya sahabat - sahabat BIC.

Kami mengharapkan ' blog ' ini menjadi jambatan perhubungan di antara kita, meskipun jarak kita dipisahkan oleh Laut China Selatan namun segala aktiviti yang lakukan di sini di dalam pengetahuan ustaz. Kami berdoa semoga Ustaz Mohd Siroj ketika berada di tempat yang baru nanti akan mendapat kemudahan di dalam setiap urusan dan istiqamah melaksanakan kerja amal maaruf. Insyaallah.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons