Dec 5, 2008

Web Search Islam Pertama di Dunia


Yahoo! dan Google merupakan dua nama yang sudah tidak asing lagi dalam dunia web. Yahoo! dan Google merupakan dua Web Search Engine yang terbesar di dunia. Tentu sahaja kita akan ke website ini terlebih dahulu untuk mencari tapak web yang kita kehendaki. Tahukah anda bahawa Yahoo! dan Google mendapat keuntungan 4 hingga 5 billion setahun hanya melalui web search engine mereka.


Namun, ia dimiliki oleh orang bukan Islam yang mana kadang kala terdapat iklan berunsurkan agama mereka dipaparkan di main page mereka. Yahoo! dan Google juga turut ‘diserikan’ gambar-gambar yang berunsur pornografi. Sekalipun search engine ini memiliki Parent Control tetapi gambar-gambar gambar-gambar tidak menutup aurat, dengan pakaian mencolok mata, gambar separuh bogel tidak termasuk dalam kategori ‘untuk dewasa sahaja’. Hal ini kerana, definisi lucah dan aib hanya terletak pada kemaluan sahaja. Hanya itu yang perlu ditutup. Berbeza dengan syariat Islam yang mengariskan batas-batas aurat dengan begitu cantik supaya dapat membendung gejala sosial khususnya unsur-unsur zina.


Kini, telah muncul web search engine Islam yang pertama di dunia iaitu alwahy.com. Alhamdulillah, fardhu kifayah ini telah pun tertunai dengan adanya usaha mengadakan web search Islam ini. Walaubagaimanapun, menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk sama-sama menyumbang dan menyokong web seach ini.


Walaupun ia masih belum memiliki design yang secantik google dan Yahoo!, tetapi kemudahan yang disediakan amat memuaskan. Web ini memiliki prasarana yang setaraf dengan Google dan Yahoo! kemudahan seperti emel, download dan upload video dan lain-lain. Ia turut mempunyai link ke website Islam yang lain dan bagi memudahkan pelayar untuk menikmati kemudahan seperti audio Al-Quran, bahan bacaan Islamik dan sebagainya. Tetapi, kalau kita nak sangat... Usaha juga nak cari web porno melalui web ini still dapat kerana setakat ini ia hanya mampu menghalang pencarian laman web lucah dengan perkataan-perkataan lucah. Tetapi, ini tidak akan dilakukan oleh orang yang ada iman dalam hatinya.


Akhir kata, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya di Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan laman alwahy.Com. Jadikanlah ia sebagai homepage anda. Jika kita tidak mampu memberikan sokongan kewangan, maka berilah sokongan moral dan jadilah penggunanya. Setiap kekurangan dan kelemahan dalam segenap perkara khususnya dalam hal ini pasti dapat di atasi sekiranya umat Islam turut bekerjasama dalam hal ini... Biiznillah. Ayuh, daftarlah segera di www.alwahy.com!



Wira Islam

Bintulu, Sarawak.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons