Jan 17, 2009

TAHNIAH DARI BIC UNTUK PETUGAS YAYASAN AMAL MALAYSIA

Yayasan Amal Malaysia Pasukan Pertama Bantu Mangsa Perang

KAHERAH, 17 Jan (Hrkh) - Misi Kemanusiaan ke Gaza oleh Yayasan Amal Malaysia hari ini mula mengorak langkah apabila menjadi pasukan bantuan pertama dari Malaysia yang meninjau dan memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa Israel.

ImageNasser Institut Hospital, yang menempatkan seramai 37 penduduk Palestin telah menerima kunjungan kemanusiaan daripada Yayasan Amal Malaysia. Presiden Yayasan Amal, Husin Ismail ketika memberikan taklimat kepada anggota misi menerangkan,hospital yang dikunjungi itu menempatkan sejumlah mangsa-mangsa keganasan Israel yang sukar untuk dirawat di Gaza. "Kita mendapat maklumat,seramai 37 orang dirawat di hospital ini dan tiga daripadanya dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU,"jelasnya.

Dalam kunjungan tersebut, Yayasan Amal Malaysia telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan hospital apabila memberikan kebenaran khas terutamanya kepada Harakah untuk merakamkan Imagesituasi sebenar keadaan mangsa.

Pihak Yayasan Amal Malaysia dalam kunjungan ini telah menyampaikan bantuan kepada mangsa Israel antaranya termasuklah makanan dan barang keperluan semasa. Antara yang dirawat di hospital ini adalah Yahya, anak saudara kepada Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh . "Tanpa sebarang amaran, tiba-tiba rumah kami bergegar dan sesedar saya,saya mendapati diri tercedera. "Saya pasti ini adalah tindakan untuk menghapuskan Perdana Menteri kerana beliau dijangka berkunjung ke situ,"jelasnya kepada Harakah. Tambahnya, selain kakinya patah terdapat juga kecederaan di bahagian badan yang lain.

ImageKekejaman tentera Israel yang sudah dijangkakan turut terbukti apabila Harakah sempat merakamkan keadaan mangsa-mangsa di hospital tersebut. Misalnya, terdapat penduduk Gaza yang menjadi mangsa senjata kimia yang dilancarkan secara serangan udara seperti yang terjadi terhadap Mohamed al-Jabbar,38. Menurut adiknya,Abdul Rafar yang sedang menemaninya ketika ini, Mohamed menjadi mangsa serangan kimia. "Kini doktor tidak dapat memberi jaminan,penglihatannya akan pulih. "Besar kemungkinan Mohamed akan hilang penglihatannya buat selamanya,"katanya dengan suara yang sayu. Dalam pada itu, bagi diri Fatemah dan adiknya, Zaharah mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.

"Israel kejam,kedua-dua suami kami terkorban kini adik saya pula menjadi mangsa," katanya kepada Harakah sambil mengesat matanya beberapa kali. Menurutnya, kedua-dua suami mereka gugur (terkorban) apabila Israel menyerang Gaza ketika hari pertama (3 minggu yang lalu. "Kami sudah tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Mana janji negara-negara lain. Mana bantu antarabangsa...Israel laknatullah,"jeritnya. -

Sumber rujukan http://www.amalmalaysia.net/Image

1 Komen:

Justcie For Sarawakian said...

nice blog...i'm fr btu too..
do visit justice blog at :
http://justice4sarawakian.blogspot.com/

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons