Feb 2, 2009

MEMOHON SUMBANGAN BAGI PEMBANGUNAN MADRASAH AL-QURAN BINTULU

Assalamualaikum.
Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Pembangunan Ummah Bintulu yang telah mula beroperasi pada 17 Januari 2008 melalui Institut Iqra', Madrasah Al-Quran Kampung Baru sedang berusaha mempersiapkan kelengkapan kemudahan dan infrastruktur bangunan tambahan Madrasah Al-Quran tersebut. Oleh yang demikian, sumbangan dari orang perseorangan dan badan korporat adalah amat diperlukan bagi melancarkan lagi proses pembinaan madrasah tersebut memandangkan keperluan kepada bangunan tambahan tersebut. Anggaran kos keseluruhan ialah RM 150,000.00. Bagi yang berminat untuk menyumbang bolehlah menyalurkannya ke akaun Bank Islam atas nama BADAN PEMBANGUNAN UMMAH BINTULU ( No. Akaun: 11-031-01-001794-9). Untuk keterangan lanjut bolehlah menghubungi Pengerusi Badan Pembangunan Ummah Bintulu, Haji Moahamad Seliman Bin Haji Hambali di talian: 019-8064019 atau 086-338172. Semoga Allah swt memberi kita kebaikan atas usaha kita yang kecil ini.

"MARILAH BERSAMA BERAMAL KERANA ALLAH"

BINTULU IQRA CENTER

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons