Feb 12, 2009

PERSIAPAN SEBELUM KE ULU KOTA, PAKAN

Khamis, 12 Februari : Beberapa ahli BIC pada malam ini telah menyiapkan barang - barang untuk di bawa ke Ulu Kota, Pakan untuk diagihkan kepada saudara baru di sana. Barang - barang seperti baju 2nd hand, makanan asas, ubat - ubatan dan beberapa barang lain lagi. Mengikut rancangan, kami akan bertolak pada malam Sabtu (13/2/2009) selepas isyak. Ketua rombongan kali ini ialah Saudara Hafiz. Pihak BIC mengucapkan berbanyak - banyak terima kasih kepada Tuan Haji Karim yang bersedia membawa 4WD Ford Ranger yang digunakan untuk membawa barangan ke sana. Mengikut maklumat, kereta biasa tidak dapat masuk ke perkampungan tersebut.

Barang- barang yang akan dibawa kesana adalah hasil sumbangan para jemaah di Masjid Syakirin, Masjid Hidayah dan orang perseorangan yang amat prihatin tentang kesusahan saudara - saudara kita di sana. Mudah - mudahan barang - barang yang akan diberi ini akan sampai kepada mereka yang berhak. Kepada para penyumbang, mudah - mudahan akan bertambah lagi rezeki yang allah kurniakan kepada kita berkat sedekah kita kepada mereka yang memerlukan.

Insyaallah BIC akan menyusun beberapa program kemasyarakatan lagi pada masa yang terdekat ini.






Barang - barang yang akan dibawa pada malam esok. Kesemua barang
- barang ini adalah sumbangan dari individu yang amat prihatin kepada kesusahan orang lain. Terima kasih kepada penduduk BINTULU.

0 Komen:

Remaja BIC

Kelas Pengajian

SEMUA KELAS AKAN DIJALANKAN DI PREMIS BIC & TERHAD KEPADA 20 ORANG PELAJAR BAGI SETIAP KELAS

UNTUK PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI;

UST IBRAHIM [019-4535119]
MOHD HASAN [012-257 9721]

Jadual Kelas

KELAS FEQAH
Hari: Selasa
Masa: 7.30 - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART QUR'AN (kanak-kanak)
Hari: Rabu - Jumaat
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART TAJWID (pelajar 10-17 thn)
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART ARABIC (kanak-kanak)
Hari: Sabtu - Ahad
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

KELAS MENGAJI (dewasa)
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 - 9.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - PHYSIC
Hari: Ahad (Tg 4 & 5)
Masa: 8.30 pg - 10.30 pg
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - CHEMISTRY
Hari: Selasa (Tg 4)
Masa: 7.30 mlm - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - ADD MATH
Hari: Ahad (Tg 5)
Masa: 7.30 mlm - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

Aktiviti BIC 2009

9 Ogos hingga 12 September 2009 - Karnival AMAL Merdeka Edisi Ramadhan