Feb 19, 2009

Ziarah Amal ke Ulu Kota

Bersyukur ke hadrat Ilahi, dengan limpah inayahNya rombongan Yayasan Amal Malaysia cawangan Sarawak (Miri, BIC-Bintulu dan Kuching) dengan kerjasama HIKMAH telah berjaya mengadakan Ziarah amal ke komuniti saudara baru di Ulu Kota, Pakan, Sarikei. Program yang berjalan pada 15 Feb 2009 ini melibatkan 26 orang sukarelawan Yayasan Amal.
Pihak kami merakamkan jutaan terima kasih kepada idividu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, para penyumbang dan pihak-pihak yang telah memberi sokongan.



Perjalanan yang cukup mencabar. 5 buah pacuan 4 roda membawa kami ke Ulu Kota.



Kelihatan Ford Ranger Hj. Karim membawa barang sumbangan berupa barang-barang keperluan harian.Sukarelawan Amal tidak mengenal panas dan debu, setia berada dibelakang pacuan 4 roda Hj. Karim.


Alahamdulillah, setelah beberapa jam mendaki bukit dan melalui jalan berliku, kami berjaya sampai ke destinasi. Sambutan penuh mesra telah diberikan kepada rombongan Yayasan Amal.

Antara wajah-wajah saudara kita.


Mempertahankan keimanan meskipun terpaksa berpindah ke kawasan baru yang serba kekurangan.



Alhamdulillah seorang lagi saudara kita dibukakan pintu hidayah. Lawatan Yayasan Amal menjadi asbab pengIslaman seorang lagi penduduk Iban di Ulu Kota.

Saudara Azhar (ketua saudara baru) menerima sumbangan daripada saudara Mukhtar Suhaili (wakil Yayasan Amal).

Sumbangan berupa pakaian, makanan dan wang Ringgit . Semuanya disumbangkan oleh orang ramai. Terima kasih buat semua yang menyumbang.


Kenangan terindah.

Dihadapan tempat persinggahan kami, tadika HIKMAH, Sarikei.

1 Komen:

Anonymous said...

Salam. Mudah-mudahan segala penat lelah semasa menyampaikan sumbangan dan bantuan tempohari akan dibalas sewajarnya olah Allah dengan pahala yang berlipat kali ganda.Buat Tuan Haji Karim, syukran atas kemudahan 4WD. BIC blm mampu untuk mempunyai kemudahan seperti itu. Insyallah, jika diizinkan mgkn sedikit masa lagi berkat usaha kawan2 BIC.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons