Mar 17, 2009

' AMAL' & BIC ZIARAH KE SG PLAN


Takziah kepada keluarga Puan Sabtuyah Abdullah di atas pemergian ibunya ke rahmatullah pada pukul 12.30 tengahari tadi. Jenazah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kamunting selepas solat asar tadi. Allahyarhamah adalah keluarga mualaf yang dijaga dan sering dikunjungi oleh pihak BIC untuk memastikan kebajikan mereka terpelihara.

Rombongan kami yang diketuai oleh Pengerusi Biro Kebajikan & Kemasyarakatan AMAL Ustaz Ibrahim bersama dengan Ustaz Abd Halim, Abd Hadi dan Zainul Fakri sempat menziarahi keluarga allayarhamah di flat Sg Plan. ketibaan kami disambut oleh keluarga allahyarhamah dan mereka mengucapkan terima kasih di atas kunjungan kami.

Pihak kami telah menyampaikan sumbangan ikhlas untuk meringankan bebanan keluarga allahyarhamah. Sumbangan telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak merangkap penasihat BIC iaitu Ustaz Abd Halim Abd Kadir.

Pihak kami sekali lagi mengucapkan takziah dan bersabarlah di atas musibah yang menimpa keluarga Puan Sabtuyah Abdullah.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons