Mar 9, 2009

MAULIDURASUL DI BINTULU

Jadual ceramah Prof. Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin di Bintulu

Bintulu amat bertuah pada tahun ini kerana terpilih sebagai tuan rumah Sambutan Maulidurasul Peringkat Negeri Sarawak. pelbagai acara dan program telah berjaya diatur dengan baik. Bermula dengan siri ceramah, pertandingan pidato, pelancaran bulan dakwah dan acara kemuncak ialah perhimpunan dan perarakan Sambutan Maulidurasul di Dewan Suarah.

Ceramah

Bermula 6 Mac 2009 yang lalu, Siri ceramah membuka tirai dengan penceramah undangan dari AMAN Palestin, Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin di Masjid Hidayah. Tajuk ceramah beliau ialah " Penyembelihan di Gaza " telah menarik ramai ahli jemaah untuk mengikuti dan mendengar ceramah beliau. Penyampain ceramah beliau dengan menggunakan audio visual telah memberi sentuhan dalaman bila mereka melihat siri peperangan yang berlaku di Gaza serta penderitaan yang dialami oleh mereka. Ada juga kelihatan yang menangis. Mengikut jadual yang disusun oleh pihak penaja iaitu JKIM MLNG serta JKTAIB, yang berbahagia Prof. Madya akan berceramah di beberapa masjid lagi sehingga 10 Mac 2009. Sesungguhnya besar pergorbanan dan perjuangan yang telah dilakukan oleh Dr. Zainur Rashid, semata -mata untuk menyampaikan seruan dakwah. Teruskan usaha dakwah ini profesor.

Ceramah di Masjid Darul Hidayah pada 6 Mac 2009

Ahli jemaah masjid tekun mendengar penerangan ceramah yang
disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zainur Rashid Zainuddin.

Selain daripada Prof. Madya Dr. Zainur Rashid, Dr. Danial Zainal Abidin juga telah diberi kesempatan berceramah di Bintulu. Beliau telah mengisi siri ceramah yang diadakan di Masjid Assyakirin pada malam 12 Rabiulawal 1430H yang dihadiri oleh TYT Negeri Sarawak.

Pelancaran Bulan Dakwah

Pada 8 Mac 2009, pelancaran bulan dakwah telah diadakan di dewan suarah dengan pengisian ceramah yang telah disampaikan oleh Ust Kipli Bin Yassin. Selain daripada ceramah, kumpulan nasyid dan Ramli Sarip juga membuat persembahan untuk menghiburkan jemputan. Dengan bermulanya acara ini, maka Bulan Rabiul Awal telah dijadikan bulan penyebaran dakwah. Mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan dan perlu dilaksanakan oleh semua orang Islam.

Pelancaran Bulan Dakwah di Dewan Suarah

Ketibaan TYT Negeri Sarawak Tun Abang Salehuddin

Acara hiburan dengan persembahan kumpulan nasyid dan nyayian dari Ramli Sarip

Ceramah oleh Ust Kipli Bin Yassin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sarawak

Sambutan malam 12 Rabiul Awal

Ceramah oleh Dr Danial Zainal Abidin di Masjid Assyakirin

Para jemputan dan jemaah Bintulu yang mendengar ceramah

Unit Ekonomi BIC sedang membuat jualan dengan diketuai oleh pengerusi unit Saudara Hafiez

Program rasmi diadakan di Masjid Assyakirin bermula jam 5.30 petang dengan bacaan Yassin dan Tahlil. Selepas solat Maghrib, Dr. Danial Zainal Abidin telah menyampaikan siri ceramah beliau dengan dihadiri oleh jemaah hampir memenuhi ruang Masjid Assyakirin. Selepas solat Isyak, acara marhaban dan berzanji diadakan.

Orang ramai mengambil kesempatan melihat pameran yang telah diadakan oleh BIC.

BIC juga mengambil kesempatan mengadakan kutipan derma untuk mengisi Tabung Kemanusian Palestin

Antara pengunjung pameran BIC, Cikgu Lutfi bersama anak-anak beliau

Diadakan juga marhaban dan salawat selepas solat Isyak

Pengunjung disajikan dengan jamuan makan selepas selesai program

Acara kemuncak

Bermula jam 6.30 pagi, orang ramai telah berkumpul di perkarangan dewan suarah. Anggaran kehadiran pengunjung mengikut urusetia ialah seramai 12 ribu orang. Aktiviti pada hari ini ialah, ucapan TYT Negeri Sarawak untuk perasmian Sambutan Maulidurasul Peringkat Negeri. Selain itu pertandingan sepanduk dan perarakan. Dengan berakhirnya acara pada hari ini maka telah selesai aktiviti-aktiviti bersempena dengan Sambutan Maulidurasul. Walaupun secara rasminya program ini telah selesai, namun tugas kita untuk mengagungkaninsan mulia ini perlu istiqamah dengan mengamalkan sunnahnya.

Acara perarakan mengelilingi Bandar Bintulu yang melibatkan 250 kontinjen

Mereka bersemangat, berkorban masa dan tenaga

Puan Abidah Semail ( Guru Besar SK OKM ) mewakili SK OKM
memenangi ketegori sepanduk peringkat Sek Ren.

Ust Zainol Fakri mewakili SM Teknik, menang sepanduk peringkat Sek Men / Institusi

Acara kemuncak, para pemenang sepanduk peringkat Negeri Sarawak. Johan menerima RM1000,Naib johan RM7oo manakala tempat ketika RM 500. Tahniah kepada mereka

Besarlah harapan kami di pihak BIC agar sepanjang aktiviti dan acara yang diadakan ini akan memberi manfaat yang besar kepada semua penduduk Islam Bintulu.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons