Apr 12, 2009

HARI KELUARGA AMAL BINTULU 2009

Tahniah dan syabas kepada Pengarah dan AJK Program Hari Keluarga AMAL Bintulu 2009, Ust Mohd Sardi Ismail yang telah berjaya menjalankan amanah dan tugasan yang telah diberikan. Program ini adalah acara tahunan yang sudah dimulakan sejak 2 tahun yang lepas. Dari sudut sambutan semakin bertambah. Ini menunjukkan bahawa ramai orang semakin mengenali BIC dan AMAL di dalam menjalankan gerakerja kebajikan dan dakwah di Bumi Sarawak, khususnya di Bintulu.


Program yang telah diadakan sempena mengambil cuti umum Good Friday telah bermula seawal jam 8.00 pagi pada hari Jumaat ( 10 April 2009 ) yang bertempat di Villa Mardhiah. Antara tujuan dan matlamat program ini diadakan ialah untuk mempererat dan memperkukuhkan ukhuwah para daie yang yang sering melaksanakan urusan dan kerja-kerja dakwah di sini.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah senaman ringan, sukaneka, belajar membuat nasi dagang dan keropok lekor, bbq, taaruf, qiamullail, tazkirah dan aktiviti riadah di dalam air. Program yang telah berlangsung selama 1 hari 1 malam itu amat memberi ingatan dan kesan kepada sahabat-sahabat khususnya majlis itu sebenarnya merupakan yang terakhir untuk Saudara Hj Mohd Hassan dan isteri beliau dan juga Puan Hanim dan anak-anak yang akan berpindah tidak lama lagi. Saudara Hj Hassan akan berpindah ke Sudan, manakala Puan Hanim akan berpindah ke KL. Kehilangan 2 orang pengerak utama BIC ini, sedikit sebanyak memberi kesan kepada BIC kerana mereka adalah orang yang paling komit melaksanakan amanah yang telah diberikan. Walau apapun BIC redha di atas penghijrahan mereka ke satu daerah lain, yang penting mesej ISLAM perlu dibawa ke mana-mana sahaja kita berada.

Pihak BIC juga menerima kunjungan dan ziarah daripada sahabat-sahabat AMAL dari Belaga dan Saratok yang sudi bersama-sama untuk memeriahkan dan menceriakan program ini. Pihak BIC dengan rasa rendah diri, memohon kemaafan yang tidak terhingga di atas kekurangan dan kelemahan semasa pengendalian program tersebut. Sebarang teguran amat-amat diharapkan demi untuk meningkatkan pengendalian sesuatu aktiviti dan program yang akan di adakan pada masa akan datang. Buat petugas-petugas tukang masak, ucapan terima kasih kerana bertungkus lumus di dalam menjayakan aktiviti sepanjang program tersebut, khususnya Tuan Haji Nasrun seisi keluarga, Haji Abg Ghani seisi keluarga, Abang Mat seisi keluarga, Che Din, Ust Lufi dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan disini, mudah-mudahan Allah menganjari setiap amal yang kita lakukan.

Didoakan kepada semua penyokong dan pendokong BIC dan AMAL agar terus istiqamah menyokong aktiviti dan program yang akan dilaksanakan pada masa-masa yang akan datang. Sehingga kita bertemu lagi." Terus ISTIQAMAH untuk ISLAM ".

Sewaktu taklimat pengarah program " Ustaz Mohd Sardi "

Aktiviti taaruf keluarga, Keluarga Tuan Haji Bakar

Sewaktu mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Zainol Fakri

Ada lagi gambar yang akan diuplode. Tunggu.....

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons