-----------------------------------------------------------------------------------------------
Pertamanya, ucapan Takziah kepada Abang Azhar kerana kematian ayahandanya pada pagi hari Khamis, 30 April '09. Moga Allah mencucuri rahmat dan keampunan-Nya kepada allahyarham.
Pihak BIC dan AMAL berasa kagum dengan semangat perjuangan Abang Azhar yang sanggup untuk bersama-sama di dalam majlis pelancaran dana Ulu Kota kali ini walaupun beliau baru kehilangan ayahandanya pagi tadi.
------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah, terlaksana sudah satu lagi siri pelancaran dana surau Ulu Kota, Pakan. Kali ini di Masjid Daerah Bintulu.
Pihak Jawatankuasa Pembelaan Saudara Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pengerusi, Tuan Imam serta seluruh ahli jawatankuasa Masjid Daerah Bintulu atas kesediaan menjadi tuan rumah.
Terima kasih juga kepada para dermawan yang telah menghulurkan bantuan. Moga Allah membalas segala jasa baik ikhlas anda dengan ganjaran yang berlipat ganda.
Berikut adalah gambar-gambar ketika majlis pelancaran:
Kanak-kanak turut tidak ketinggalan
Makcik-makcik turut menghayati kesukaran hidup Saudara Kita
Saudara Azraie memberikan taklimat
0 Komen:
Post a Comment