
Tema program ' Ke Arah Melahirkan Pemimpin Intelek dan Bertaqwa ' yang telah diadakan di Kelab Kidurong Bintulu dengan usaha Tuan Haji Mohd Hassan Sirat. Antara objektif program ini ialah:
- Menanam jiwa kepimpinan Islam kepada pelajar
- Membimbing pelajar ke arah kecemerlangan sahsiah dan akademik
- Berkongsi idea, fikiran dan pengalaman dari pemimpin persatuan pelajar Islam seluruh bahagian tentang pengendalian tugas kepimpinan.
- Menambah serta meningkatkan kualiti kepimpinan, asas pemimpin, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan panduan Islam
Pengarah program Saudara Nik Mohd Lizam Nik Yahya, seorang guru kaunseling di SMK Bintulu serta seluruh kepimpinan JAKSA mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat menjayakan program QTC 2009 ini. Kepada semua pelajar yang telah terpilih menyertai program tersebut, di harap dapat terus istiqamah di dalam menjalankan urusan kepimpinan di sekolah masing-masing. Insya Allah di pihak JAKSA akan turun ke sekolah untuk memberi pemantauan dan bimbingan kepada pelajar untuk menguruskan sesebuah persatuan di sekolah masing-masing.
Sesunggunya, JAKSA amat berperanan membantu dari sudut sahsiah individu ke arah kejayaan , bukan sahaja dari sudut akademik, tetapi yang lebih penting sahsiah diri.

0 Komen:
Post a Comment