Ada beberapa peserta lain yang menggunakan penerbangan awal atau menggunakan penerbangan lain seperti AIRASIA. Namun demikian, para peserta diingatkan agar berkumpul awal di KLIA, paling kurang 3 jam sebelum berlepas ke Cairo dengan menggunakan Egypt Air. Penerbangan dijangka pukul 12.30 malam ( 28 Mei 2009 ).
Kami tiba di Cairo Airport lebih kurang 8 pagi waktu tempatan. Cuaca di sini sudah terang seperti waktu tengahari di tempat kita. Ini adalah kerana waktu subuhnya pada pukul 4 pagi. Difahamkan ketika ini di Cairo adalah musim panas.
Kami disambut oleh perwakilan pelajar Mesir yang bertindak sebagai pemandu pelancong. Pelajar tersebut ialah Ustaz Saiful dari Kedah. Difahamkan beliau akan menamatkan pengajian pada hujung tahun ini. Beliau dari kuliah al-Quran. Kira ustaz hafiz ini. Alhamdulillah pertemuan dengan Ustaz Saiful sangat mengembirakan rombongan kami. Mana taknya, ramai dari rombongan kami ini orang kedah, sesekali keluar juga telor bahasa kedah oleh Ustaz Saiful.
Kami ditempatkan di Hotel Europe di Giza, jauh perjalanan kira-kira 1 jam dari airport Cairo. Kami diberi rehat untuk menguruskan diri. Selepas ini ada aktiviti yang akan kami ikuti. Pihak pengurusan rombongan akan membawa kami makan tengahari di Bandar Giza. Memang kami belum makan apa-apa lagi sejak pagi tadi.
Selesai lawatan kami pada hari tersebut. Sampai di hotel kami berehat dan aktiviti bebas. Ada yang ke pasar malam melihat dan membeli buah-buahan tempatan. Manakala yang malas, hanya duduk berehat di hotel.
Hari ke 2 kami dibawa ke 3 Piramid di Giza. Cuaca dah panas, tapi angin yang bertiup menyejukkan badan, alhamdulillah. Terdapat 3 piramid yang tercatat sebagai 7 keajaiban di dunia. Yang terbesar adalah Piramid Cheop diikuti kedua terbesar Piramid Cephren dan yang kecil Piramid Mycerinus dan terdapat patung Sphinx.
Selepas itu kami dibawa melawat ke Bazaar Minyak Wangi. Para pengusaha minyak wangi tersenyum riang menyambut kedatangan kami, maklumlah duit masuk. Harga boleh tahan juga, paling murah 100 pound mesir. Ramai juga yang teruja membelinya.
Seterusnya kami ke bazaar Payprus. Di sini kami diberikan penerangan tentang bagaimana lukisan terhasil dan masa yang diperlukan. Rumit juga membuatnya. Tidak ramai yang membeli, mungkin pada andaian saya dah banyak duit dikeluarkan untuk membeli minyak wangi tadi ataupun sukar untuk membawa pulang.
Selepas itu kami ke Masjid Amru al-As.Di sini kami mengambil kesempatan untuk Solat Tahiyyatul Masjid. Selepas itu kami ke Restoran atas kapal untuk menjamu makan tengahari. Bagi jemaah lelaki mereka ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Tidak susah untuk mencari masjid di Mesir, memang banyak masjid di sini.
Selepas solat Jumaat dan makan tengahari kami di bawa melawat ke Maqam Imam Syafie, di dalam Masjid Imam Syafie. Di sana juga menempatkan ayah saudara dan ibu kepada Sallehudin Al-Ayubi. Di sana juga kami difahamkan adanya tapak kaki Nabi Muhammad SAW yang dikatakan telah menziarahi maqam Imam Syafie. Perkara ini diperolehi daripada mimpi oleh seorang ulama'. Wallahualam.
Selepas itu kami menziarahi Bazar Khan Khalili, Masjid 4 mazhab, Masjid Saidina Hussin, Universiti Al-Azhar dan Masjid Al-Azhar. Masa yang diberikan kepada kami di sini ialah sekitar 2 jam. Kami bertolak balik pada pukul 6. Sampai dipertengahan jalan, Ustaz Zahari iaitu ketua jurupandu memaklumkan kita akan ke Sungai Nil. Beliau juga menceritakan serba sedikit tentang sejarah Sungai Nil. Baru kamu tahu bahawa Sungai Nil amat beerti kepada penduduk Mesir.
Sampai di Hotel kami berehat kerana seharian telah berjalan melihat bandar Cairo, Giza dan yang berhampiran dengannya. Waktu solat Maghrib disini ialah pada pukul 7.50 malam, manakalan isya' pada jam 9.20 malam. Kami kena berehat malam ini untuk menyambung kembara kami ke Iskandariah yang dimaklumkan mengambil masa perjalanan lebih kurang 350 km iaitu lebih kurang 5 jam, jalan darat.
Kami bergerak ke Iskandariah seawal jam 7 pagi. Kami tiba di Bandar Iskandariah pada pukul 11 tengahari. Destinasi kami yang pertama ialah di Istana Raja Farouk di Taman Bunga Muntazah. Selepas itu dibawa melihat Kubu tentera ( tak ingat namanya ) di Laut Mediterinian. Selepas makan tengahari kami di bawa ke Maqam Imam Busoiri, tokoh qasidah. Selepas itu kami menziarahi maqam Nabi Danial dan maqam Luqman al Hakim.

0 Komen:
Post a Comment