Jun 16, 2009

Selamat Kembali ke Bintulu

Para peserta kembara rohani, suasana di Airport Bintulu sebelum
berlepas ke Kuala Lumpur

Ucapan ini ditujukan kepada amilin BIC yang pulang bercuti ke kampung halaman untuk bertemu dengan keluarga tercinta terutama kepada para guru - guru. Semoga pulangnya semula kita ke Bintulu ini membawa semangat baru yang bersedia untuk mencurahkan bakti dan tenaga untuk mengerakkan dakwah di sini.

Tidak dilupakan kepada jemaah kembara rohani yang telah mengerjakan umrah dan ziarah ke bumi anbiya', semoga kembalinya mereka ke Bintulu ini akan meniup semangat baru yang lebih kuat bekerja untuk Islam. Hadirnya ke Bumi Makkah dan Madinah dan ditambah lagi dengan ziarah ke Lembah Nil, moga-moga akan memberi keinsafan tentang ciptaan yang Allah telah dikurniakan kepada kita.

Bersyukur kepada Allah, kepada mereka yang terpilih menyertai kembara rohani ini, moga-moga dengan terpilihnya mereka menyertai kembara rohani ini akan benar-benar menginsafkan diri dan secara langsung akan terus mengagungkan pencipta dengan mengerakkan dan mempelbagaikan program dan aktiviti dakwah, khususnya di bumi Bintulu.

Kepada mereka yang belum terpilih pada tahun ini, maka berazamlah untuk turut serta pada kembara yang akan datang dengan niat pengembaraan ini akan menguatkan diri kita untuk mengagungkan dan mendekatkan diri kepada pencipta kita rabbul alamin.

Terima kasih kepada pihak yang bersusah payah menguruskan perjalanan rombongan kembara rohani ini terutama Tuan Haji Abd Ghani dan Tuan Haji Salehuddin. Untuk makluman sahabat BIC, peserta kembara dari Bintulu amat akrab, seolah-olah seperti keluarga yang telah lama berkenalan, walhal ada segelintir hanya kenal semasa di sana, alhamdulillah. Moga-moga objektif dan matlamat program ini akan mencapai matlamatnya. Insyaallah.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons