Jul 8, 2009

H1N1 di Bintulu, Hati-hatilah...

Kakitangan editorial pejabat sebuah akhbar harian tempatan berbahasa Cina di bandar Bintulu,diarah berada di rumah selepas seorang daripada wartawan akhbar itu disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1) Isnin.

Bernama difahamkan arahan itu dibuat oleh pengurusan akhbar berkenaan atas nasihat Jabatan Perubatan Bahagian Bintulu bagi mengelak penularan wabak itu.

Wartawan berusia 34 tahun itu baru pulang dari lawatan ke China dan Hong Kong pada 2 Julai sebelum dia mengalami selesema dan sakit tekak dua hari kemudian.

Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh memberitahu pemberita di Sibu bahawa kes di Bintulu itu adalah yang ke-10 dicatat di negeri ini.

Berikutan pengesahan itu, pesakit kini dirawat di wad pengasingan Hospital, Bintulu, katanya.



-- BERNAMA

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons