Jul 24, 2009

Iftar Jama'ie Bersama MACMA



Bintulu, 23 Julai - Sahabat-sahabat BIC telah bersama ahli MACMA ( Persatuan Cina Muslim ) untuk berbuka puasa di Surau Nur Islam, Similajau. Program ini adalah aktiviti bulanan BIC untuk merapat ukhuwah dengan MACMA.

Aktiviti yang telah diadakan selain berbuka puasa pada malam tersebut ialah, solat berjamaah dan tazkirah sebagai pengisian rohani kepada semua para jamaah yang telah disampaikan oleh Penasihat BIC, Ustaz Salehuddin Abu Samah. Di akhir program tersebut, penyampaian cenderamata dari pihak BIC kepada pengerusi MACMA iaitu Puan Norhayati. Program selesai selepas solat Isya' berjamaah.

Mudah-mudahan program ini akan diteruskan untuk merapatkan ukhuwah antara BIC dan MACMA. Selain itu dengan kerjasama kedua pihak ini, akan mampu menggalas tugas dakwah kepada sahabat-sahabat cina yang baru memeluk Islam.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons