Aug 22, 2009

Dapatkan Edisi Pertama SINAR RAMADHAN 1430 H Sekarang !!

Sinar Ramadhan 1430 H telah muncul kembali bagi memberi informasi berkenaan ibadah puasa Ramadhan dan segala aktiviti penghayatan Ramadhan yang akan, sedang dan telah pun dijalankan di sekitar Bintulu. Penerbitan risalah ini adalah hasil daripada kerjasama semua pihak terutama pihak Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) cawangan Bintulu, Bintulu Iqra Center (BIC), Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Bintulu dan seluruh pihak yang membantu dan menyokong usaha-usaha Program Penghayatan Ramadhan 1430 H / 2009 M daerah Bintulu. Risalah ini akan diedarkan sebanyak 5 keluaran dan diedarkan setiap hari Jumaat di masjid-masjid, surau-surau dan sekolah-sekolah (rendah dan menengah) sekitar Daerah Bintulu.

Sebarang pertanyaan dan maklum-balas berkenaan risalah ini, bolehlah menghubungi wakil Jawatankuasa Risalah:
Ust Mohd Norul Syawal Bin Ibrahim (SMK Sebauh) 0134020629 atau
Cikgu Hanim Hartini Mohamad (SMK Bintulu) 0139201988

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons