Aug 26, 2009

Ziarah Dakwah Kuala Segan 2009


23 Ogos, Bintulu - AMAL Bintulu dengan kerjasama Bintulu Iqra Center (BIC) telah berjaya menganjurkan Ziarah Dakwah untuk kali yang kedua dalam bulan Ramadhan ini. Kali ini, kawasan sasaran ialah Kuala Segan.

Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ustaz Abd Halim. Seterusnya pada jam 3.30 petang, konvoi ziarah dakwah bertolak ke Kuala Segan. Alhamdulillah, penyertaan ziarah dakwah kali ini amat memberangsangkan.

Sebelum bergerak ke rumah penerima sumbangan, kami solat Asar di surau Kuala Segan dan sempat mendengar tazkirah pendek yang disampaikan oleh Ustaz Salehuddin. Ziarah dakwah diteruskan dengan pembahagian dua kumpulan yang akan bergerak berasingan.

Program berakhir dengan pemyampaian sumbangan kepada keluarga-keluarga terpilih. Pihak AMAL dan BIC mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam program ini.

Kepada pihak yang ingin menyumbang, boleh terus berurusan dengan pihak BIC. Pihak kami mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk turut serta dalam siri Ziarah Dakwah yang dianjurkan kami. Program Ziarah Dakwah seterusnya ialah di Kuala Tatau pada 29 Ogos 2009.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons