Aug 2, 2009

Ziarah Dakwah Muslimat: Bengkel Solat Muslimah di Kampung Sg Plan


Bintulu, 1 Ogos 2009 - Nisa' Bintulu dan BIC telah menganjurkan Ziarah Dakwah: Bengkel Solat Muslimah untuk penduduk wanita di Kampung Sungai Plan. Seramai 50 orang penduduk Kg Sg Plan menghadiri bengkel ini.

Acara dimulakan dengan energizer lagu Demi Matahari nyanyian kumpulan Snada bagi menyuntik semangat kepada peserta-peserta bengkel. Seterusnya ialah slot Wudhu yang disampaikan oleh Ustazah Fadzliana Wahab dari SMK Teknik, Bintulu. Dalam slot ini, peserta di ajar cara-cara mengambil wudhu' dengan sempurna.

Para peserta khusyuk mendengar penerangan Ustazah Fadzliana

Slot yang kedua pula ialah slot Solat yang disampaikan oleh Ustazah Nik Murshidah pensyarah dari Universiti Darul Iman Malaysia, Terengganu. Beliau menunjukkan cara-cara solat yang betul dan mengajar peserta bacaan-bacaan dalam solat.

Ustazah Nik Murshidah sedang menunjukkan cara sujud dengan betul

Selesai kedua-dua slot, para peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan amali wudhu' dan solat dibantu oleh fasilitator-fasilitator BIC dan Nisa'.

Fasilitator BIC sedang memberi penerangan kepada peserta


Adik-adik juga belajar bersama

Acara di akhiri dengan pemberian sumbangan kepada keluarga muallaf miskin di Sg Plan.

Pengerusi MACMA turut sama menyampaikan sumbangan

Ucapan terima kasih diucapkan kepada Muslimat BIC dan Nisa' Bintulu, kerana sama-sama menjayakan bengkel ini. Tidak dilupakan juga, pihak MACMA yang turut sama memeriahkan bengkel ini.


0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons