Sep 9, 2009

AMAL dan BIC Ziarah kakitangan Islam PPD Bintulu

Bacaan Yassin diketuai oleh Ustaz Mohd Zainuddin

Puan Fatimah Matair ( Pegawai PPD ) juga turut serta

Ustaz Ubaidillah Abd Hamid, Imam Solat Maghrib

Ustaz Salehuddin Abu Samah Imam Solat Tarawikh

Selesai program, majlis bersalam-salaman, kelihatan
En. Abd Muin Abdul Kassim memeluk erat Ustaz Salehuddin

Ucapan ketua rombongan, Pengerusi Biro
Kebajikan & kemasyarakatan AMAL : Ustaz Ibrahim

AMAL Sarawak dan Bintulu Iqra' Center telah membuat kunjungan ziarah ke Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu untuk merapatkan persaudaraan dengan kakitangan Islam di PPD. Program yang bermula pada pukul 6 petang dimulai dengan bacaan Yassin. Selepas berbuka puasa, dan solat Maghrib, tazkirah telah disampaikan oleh Ketua Unit Pendidikan Islam, Ustaz Ubaidillah Bin Abd Hamid. Seterusnya, para jemaah menunaikan Solat Isyak dengan diimami oleh Ustaz Zainuddin Ismail. Program diteruskan dengan solat Tarawikh dengan diimamkan oleh Ustaz Salehuddin Bin Abu Samah.

Selesai solat Tarawikh dan Witir, Ustaz Ibrahim selaku ketua rombongan telah menyampaikan ucapan wakil AMAL dan BIC untuk para jemaah kakitangan Islam PPD. Sebelum bersurai rombongan kami telah menghadiahkan sekotak kurma untuk semua jamaah tersebut.

Alhamdulillah, dengan kerjasama dan bantuan serta sokongan, dakwah AMAL dan BIC khususnya di Bintulu berjalan dengan lancar. Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga khusus kepada Ustaz Ubaidillah Abd Hamid di atas kerjasama yang telah diberikan. Untuk pengetahuan semua, Ustaz Ubaidillah telah bersama-sama kami mengangkat barang-barang keperluan penduduk sewaktu Ziarah Amal di Kuala Tatau tempohari.

Doa kami, mudah-mudahan kakitangan PPD akan bekerja dengan ikhlas dan terus membantu kami di dalam program-program dakwah yang telah disusun pada masa akan datang.

" Jika kamu menolong Agama Allah, Allah akan menolong kamu ". Ini janji Allah.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons