Sep 27, 2009

PERUTUSAN SALAM 'EIDUL FITRI 1430H



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam untuk Rasul Yang Mulia, juga untuk ahli kaum keluarganya, para sahabatnya dan juga untuk seluruh para pengikutnya yang istiqamah menelusuri jejak langkah perjuangannya.

Tuan-tuan dan puan-puan pengunjung Blog Bintulu Iqra’ Center (BIC) yang dirahmati Allah Taala,

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SALAM ’EIDUL FITRI DAN UCAPAN DOA ” TAQOBBALALLAHU MINNA WA MINKUM ” (Semoga Allah Taala menerima amalan kita semua) kepada semua pengunjung Blog Bintulu Iqra’ Center (BIC) khususnya kepada penganjur utama Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1430H Bahagian Bintulu yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Sarawak Bahagian Bintulu, Pejabat Pelajaran Daerah Bintulu, Jawatankuasa Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik (JAKSA), Bintulu Iqra’ Center (BIC) dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak.

Ucapan ini juga ditujukan kepada Para Imam dan AJK Masjid Assyakirin, Masjid Darul Hidayah, Masjid Daerah Bintulu, Masjid Jepak, Pusat Islam Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu, Surau At-Taqwa RPR Sibiew, Surau Al-Mustaqim RPR Kidurong, Surau Al-Muttaqin Sungai Plan Lot, Surau An-Nur Flat Sungai Plan, Surau Kamunting, Lembaga Amanah dan Kebajikan Islam Bintulu (LAKIB), Jawatankuasa Kebajikan Islam Malaysia LNG, Jawatankuasa Kebajikan Islam Bintulu Port Sdn. Bhd, BAHARIS Bintulu Development Authority (BDA), Lembaga Pelabuhan Bintulu, JASA Asean Bintulu Fertilizer (ABF), Bank Rakyat Cawangan Bintulu, PETRONITA, PERAKAN (Persatuan Anak Kelantan) Cawangan Bintulu, Institut Iqra’ Bintulu, Institut Tahfiz Bintulu, Jamaah Islah Malaysia (JIM) Cawangan Bintulu, HIKMAH Bahagian Bintulu dan seluruh muslimin dan muslimat yang telah bersama-sama menyumbang dana, idea dan tenaga dalam menjayakan Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1430H Bahagian Bintulu. Semoga Allah Taala menerima amalan kita semua dan mengurniakan ganjaran yang terbaik di akhirat kelak.

Saya juga mewakili seluruh ’Amilin dan ’Amilat (para petugas amal) Bintulu Iqra’ Center (BIC), Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak Unit Bintulu ingin mengucapkan SALAM ’EIDUL FITRI DAN UCAPAN DOA ” TAQOBBALALLAHU MINNA WA MINKUM ” kepada semua para penyumbang dan dermawan khususnya untuk Program Ziarah Dakwah dan Ukhuwwah serta Program Sumbangan Anak Yatim dan Fakir Miskin. Kami dengan rasa rendah diri amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan kepada kami untuk melaksanakan amanah yang berat ini. Doakan agar kami dikurniakan sifat ikhlas, amanah dan terus istiqamah dalam melaksanakan misi ”Dakwah kepada ALLAH dan Prihatin kepada Ummah”. Ucapan ini juga kami hulurkan buat semua para pengunjung setia Blog Bintulu Iqra’ Center (BIC) yang dirahmati Allah Taala.

Khusus kepada seluruh ’Amilin dan ’Amilat (para petugas amal) Bintulu Iqra’ Center (BIC) dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak.

JAZAKUMULLAHU AHSANAL JAZA’ WA BAARAKALLAHU FIIKUM JAMI’AN (Semoga Allah Taala mengurniakan sebaik-baik ganjaran dan memberkati kalian semua) yang telah bersedia dan sanggup bersusah payah menginfaqkan harta, tenaga, buah fikiran, masa dan sebagainya dalam usaha melaksanakan misi ”Dakwah kepada ALLAH dan Prihatin kepada Ummah”. Semoga usaha ’BERAMAL KERANA ALLAH” yang kita laksanakan ini akan sentiasa diiringi Nusrah (pertolongan) dari Allah Taala agar kita sentiasa dikurniakan dengan sifat ikhlas, amanah dan penuh tanggungjawab dalam menyusuri denai da’wah dan khidmah kepada ummah ini.

Buat akhirnya, marilah kita bersama-sama menghayati maksud Firman Allah Taala ini :

Dan katakanlah: "Bekerjalah dan beramallah kamu, Maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan amalmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”.

”BERAMAL KERANA ALLAH, ITU SYI’AR KITA”

Sekian, terima kasih.

Yang Amat Mengharapkan Keredhaan Allah,

USTAZ SALEHUDDIN BIN ABU SAMAH
Pengerusi,
Jawatankuasa Program Penghayatan Ramadhan Al-Mubarak 1430H,
Merangkap Penasihat Bintulu Iqra’ Center.

3 Komen:

Jamaah msjd hdyh said...

Tahniah kepada BIC atas kesungguhan melaksanakan segala kerja kebajikan sepanjang ramadhan yg lalu.
Moga tetap berterusan membantu masyarakat.

B.I.C said...

Admin BIC -
Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan daripada tuan/puan. Doakan kami terus istiqamah untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah dan kebajikan di jalan Allah. Semoga amal kita semua diterima di sisiNya.

B.I.C said...

Admin BIC -
Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan daripada tuan/puan. Doakan kami terus istiqamah untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah dan kebajikan di jalan Allah. Semoga amal kita semua diterima di sisiNya.

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons