Sep 17, 2009

Sekitar Majlis Iftor Jamai'e dan Penyampaian Sumbangan Anak-Anak Yatim serta Fakir Miskin

Bintulu, 13 September - 23 Ramadhan 1430H sekali lagi menyaksikan AMAL Sarawak dan BIC mengorak langkah menghulurkan sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin di sekitar Bintulu. Program kali ini turut dijayakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sahsiah dan Akademik (JAKSA), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bahagian Bintulu dan juga Masjid Darul Hidayah (MDH).

Majlis bermula kira-kira jam 3.30 petang, di mulai dengan solat asar berjemaah. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Masjid Darul Hidayah, Ir Haji Naseer b. Abdul Wahab. Seusai ucapan beliau, majlis diisi pula dengan ucapan alu-aluan Timbalan Pengerusi AMAL Sarawak, Ustaz Abdul Halim Abdul Kadir yang juga memperkenalkan AMAL kepada semua hadirin yang hadir. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian dari Pegawai Pelajaran PPD Bintulu, Puan Fatimah Matair.

Seterusnya, majlis diserikan pula dengan tayangan montaj "Pengenalan Yayasan AMAL Malaysia" dan montaj aktiviti-aktiviti sepanjang Ramadhan 1430H.

Kemuncak majlis adalah acara penyampaian sumbangan kepada 162 anak-anak yatim dari sekolah-sekolah sekitar Bintulu dan mahasiswa dan juga mahasiswa Universiti Putra Malaysia kampus Bintulu (UPMKB) yang dilaksanakan oleh Puan Fatimah dan Ustaz Khalipah b Juli.

Selesai penyampaian sumbangan, majlis tahlil dimulakan dan majlis diakhiri dengan iftor jamai'e di mana hadirin dijamukan dengan bubur lambuk sumbangan BIC, AMAL dan JAKSA.

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons