Sep 6, 2009

Ziarah Dakwah Sebauh 2009


Bintulu, 6 September - Ziarah Dakwah ke Sebauh menutup tirai siri Ziarah Dakwah Ramadhan 1430H. Perjalanan ke Kampung Melayu Sebauh yang mengambil masa lebih kurang satu jam menyaksikan konvoi 10 buah kereta warga BIC dan AMAL.

Kedatangan kami disambut girang oleh ahli BIC di sana iaitu Ustaz Syawal dan Cikgu Faizoer. Program dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Kampung Melayu Sebauh iaitu TK. Hamdan @ Sadan B. Selut. Seterusnya sedikit taklimat pengenalan Yayasan AMAL Malaysia (YAM) disampaikan oleh Ustaz Ibrahim yang juga merupakan ketua rombongan.

Sebelum penyampaian sumbangan, kami dihidangkan dengan santapan rohani, yang disampaikan oleh Cikgu Mohd Lutfi dari SK Orang Kaya. Selesai sesi penyampaian sumbangan kepada 40 keluarga terpilih, warga muslimin AMAL dan BIC menyerikan majlis dengan dendangan lagu tema YAM, iaitu Ber'amal Kerana Allah.

Sebelum bertolak balik, kami sempat menziarahi seorang nenek yang tinggal sendirian. Kehidupannya yang susah sedikit sebanyak menginsafkan kami dan menguatkan semangat kami untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan ini.

Dengan berakhirnya Ziarah Dakwah ke Sebauh ini, siri Ziarah Dakwah 1430H melabuhkan tirainya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak. Moga amalan kita dalam bulan Ramadhan ini menjadi bekalan menuju ke alam abadi kelak. Moga bertemu lagi dalam siri-siri Ziarah Dakwah akan datang.

1 Komen:

Anonymous said...

Semoga mendapat ganjaran setimpal daripadaNya atas segala usaha dakwah kalian. Teruskan berAMAL kerana ALLAH...

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons