Oct 25, 2009

Sekitar Majlis Mahabbah Aidilfitri 1430H / 2009M


Bintulu, 25 Oktober - Bintulu Iqra' Center (BIC) dengan kerjasama AMAL Sarawak dan Nisa' Bintulu telah berjaya menganjurkan Majlis Mahabbah Aidilfitri 1430H pada 25 Oktober 2009 bertempat di Rumah Kelab Lembaga Pelabuhan Bintulu, Kidurong. Seramai kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan dakwah Bintulu, NGO dan masyarakat sekitar Kidurong serta para jamaah Masjid Hidayah dan Assyakirin hadir memeriahkan majlis ini.

Majlis bermula kira-kira jam 9.30 pagi. Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis dan diikuti dengan ucapan oleh Penasihat Majlis Mahabbah Aidilfitri 1430H/2009M, Tuan Haji Abu Bakar b Drahim. Seterusnya majlis diserikan dengan tayangan montaj pengenalan BIC, AMAL dan Nisa'.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada pihak Madrasah Al-Quran dan juga penyampaian cenderahati kepada pihak Lembaga Pelabuhan Bintulu yang telah meminjamkan premis mereka kepada pihak BIC. Majlis diakhiri dengan jamuan makan dan penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Sesuai dengan tema majlis ini "Mantapkan Ukhuwah, Sebarkan Dakwah", diharapkan pertemuan di majlis ini menjadi titik permulaan kepada semua sukarelawan-sukarelawan dakwah Bintulu agar dapat sama-sama berganding bahu dalam memastikan kelangsungan dakwah Islam di bumi Borneo tercinta.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua tetamu dan wakil NGO yang hadir. Tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan-sukarelawan BIC yang telah menyumbang tenaga, wang ringgit dan masa dalam usaha menjayakan majlis ini.

"Jazakumullahu khairan kathira"


0 Komen:

Remaja BIC

Kelas Pengajian

SEMUA KELAS AKAN DIJALANKAN DI PREMIS BIC & TERHAD KEPADA 20 ORANG PELAJAR BAGI SETIAP KELAS

UNTUK PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI;

UST IBRAHIM [019-4535119]
MOHD HASAN [012-257 9721]

Jadual Kelas

KELAS FEQAH
Hari: Selasa
Masa: 7.30 - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART QUR'AN (kanak-kanak)
Hari: Rabu - Jumaat
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART TAJWID (pelajar 10-17 thn)
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

SMART ARABIC (kanak-kanak)
Hari: Sabtu - Ahad
Masa: 7.30 - 8.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

KELAS MENGAJI (dewasa)
Hari: Jumaat
Masa: 7.30 - 9.30 mlm
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - PHYSIC
Hari: Ahad (Tg 4 & 5)
Masa: 8.30 pg - 10.30 pg
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - CHEMISTRY
Hari: Selasa (Tg 4)
Masa: 7.30 mlm - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

INTENSIF SPM - ADD MATH
Hari: Ahad (Tg 5)
Masa: 7.30 mlm - 9.00 mlm
Yuran: RM20 sebulan

Aktiviti BIC 2009

9 Ogos hingga 12 September 2009 - Karnival AMAL Merdeka Edisi Ramadhan