Nov 6, 2009

Majlis penghargaan untuk pentazkirah Ramadhan 1430H

B.I.C dengan kerjasama AMAL Sarawak , Jabatan Agama Islam Sarawak dan JAKSA PPD telah berjaya mengadakan majlis penghargaan untuk para pentazkirah Ramadhan 1430H. Seramai 40 orang pentazkirah yang telah mencurah bakti sepanjang Ramadhan 1430H di masjid dan surau di sekitar Bintulu telah hadir untuk memeriahkan majlis ini.


Program tersebut telah diadakan di dewan JAIS Bintulu yang bermula selepas Isyak. Acara telah dipengerusikan oleh saudara Firdaus. Ustaz Salehuddin memulakan ucapan selaku koordinator program pentazkirah Ramadhan 1430H. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua tenaga sukarelawan yang telah sudi untuk bertazkirah di tempat-tempat yang telah ditetapkan. Dengan adanya aktiviti seumpama ini, masjid dan surau akan lebih meriah dengan aktiviti beribadah khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarrak.

Selain itu Ustaz Rafaie Morsidi yang mewakili JAIS selaku pendokong utama program ini turut telah melahirkan kesyukuran dan kegembiraan di atas komitmen semua sehingga kebanyakkan masjid dan surau lebih meriah dari tahun-tahun sebelumnya. Buktinya dengan peningkatan sumbangan di tabung-tabung masjid dan derma orang perseorangan yang tidak dikenal pasti penderma. Inilah sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat dengan membuktikan sokongan mereka melalui derma yang telah disumbangkan di tabung-tabung masjid dan surau.

Ustaz Aminuddin Anas yang telah memberi sedikit tazkirah sebagai pengisian rohani yang bertujuan untuk memperkuatkan keimanan dan istiqamah untuk para daie supaya terus menyumbang ilmu dan kepakaran untuk masyarakat Bintulu khususnya.

Di akhir program, pihak penganjur telah memberi sedikit cenderamata kepada semua pentazkirah sebagai tanda terima kasih kepada mereka di atas sumbangan yang telah diberikan. Jika hendak diukur dengan nilai barangan yang diberi, barangkali tidak sama dengan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh mereka yang terlibat, tapi yang paling penting ingatlah ganjaran dan balasan yang Allah telah janjikan untuk penegak dan pejuang agama Allah.
Insya Allah.

" TERUS ISTIQAMAH MENDOKONG ISLAM "

Kehadiran pentazkirah Ramadhan 1430H di dewan JAIS

Ustaz Salehuddin sebagai koordinator program pentazkirah

Ustaz Rafaie Morshidi mewakili pihak JAIS

Cenderamata yang disampaikan kepada pentazkirah

tayangan montaj berkenaan aktiviti & program

Ustaz Aminuddin Anas sedang menyampaikan tazkirah

0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons