Bintulu, 10 Nov - Ustaz Ahmad Lotfi ditimpa kemalangan pada jam 4 petang tadi. Kemalangan dilaporkan melibatkan Perodua Kenari ( kepunyaan beliau ) dan Viva yang berlaku di jalan utama Bintulu - Miri, berhadapan dengan simpang ke Taman Putrajaya. Difahamkan ketika kejadian, Ustaz Ahmad Lofti ingin pulang dari sekolah ke rumah beliau. Kereta kenari beliau dilanggar dari belakang oleh perodua Viva yang menyebabkan kereta beliau terbalik sebanyak 2 kali.
Namun demikian, Allah telah menyelamatkan dan beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Ketika saya bertemu dengan beliau petang tadi di hospital, beliau sedang membuat x-ray. Alhamdulillah, laporan doktor mengatakan bahawa beliau berada di dalam keadaan sihat walafiat. Cuma ketika ini beliau perlu banyak berehat dan perlu menenangkan fikiran, barangkali trauma ketika dilanggar petang tadi.
Pihak kami dan rakan-rakan sentiasa berdoa agar Ustaz sekeluarga sentiasa dibawah lindungan dan rahmat ilahi.
Ustaz Ahmad Lofti menunggu laporan x-ray Hospital Bintulu
Alhamdulillah, beliau disahkan sihat walafiat
Alhamdulillah, beliau disahkan sihat walafiat
Beliau ditemani isterinya dan beberapa rakan yang lain
2 Komen:
Alhamdulillah.... Semuga ini menjadi kifarah /ampunan dosa utk Ust Lotfi!
innalillah wa inna ilaihi raaji'un..
alhmdulillah..semua selamat
trkejut gak dgr terbalik2 kali tu..
semoga sihat walafiat.us
ahmad muzakkir..
(sedang bertugas di kolej islam antarabangsa,nilam puri kelantan)
Post a Comment