Dec 31, 2009

Program Peningkatan Diri 2009- AMAL Malaysia Cawangan Sarawak Gempur Kampung Wawasan Jaya Bintulu





Berkat gerak kerja yang sepadu dari tenaga Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sarawak, Bintulu Iqra Centre bertempat di kawasan perkampungan Daerah Bintulu akhirnya berjaya dilaksanakan satu program iaitu PROGRAM PENINGKATAN DIRI 2009.

Pengarah program PPD 2009,Saudara Zahari Bin Deli bersama-sama dengan tenaga sukarelawan AMAL telah berkampung selama 3 hari 2 malam bermula 25 sehingga 27 Disember.

Pelajar yang disasarkan terlibat adalah seramai 25 orang yang mewakili 5 buah kampung yang terdapat di kawasan Bintulu iaitu Kampung Baru Bintulu, Kampung Jepak, Kampung Wawasan Jaya, Kampung Wawasan Rajawali serta Kampung Yoh.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi satu input kepada peserta khususnya kepada golongan pelajar yang telah menamatkan pengajian peringkat SPM dan STPM.

Antara aktiviti yang telah dijalankan semasa perlaksanaan program tersebut adalah sesi kuliah, riadah, slot perkongsian ilmu bersama mahasiswa/i dari wakil pelajar yang menuntut di UNIMAS, UNISEL, UTP dan Politeknik Kuching Sarawak. Dua slot khas diadakan sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat kampung tersebut adalah sesi ziarah amal untuk memberikan sumbangan kepada golongan miskin, cacat, ibu tunggal, keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai serta warga tua.

Di samping itu,program ceramah khas kepada masyarakat kampung yang disampaikan oleh seorang guru kaunseling dan motivasi dari SMK Bintulu iaitu Cikgu Nik Mohammadd Nizam bin Nik Yahya. Program tersebut berakhir dengan sesi gotong-royong beramai-ramai membersihkan kawasan sekitar surau Darul Falah, Kampung Wawasan Jaya.

Wakil penganjur mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak yang terlibat dengan secara langsung atau pun tidak dalam penganjur program seperti ini.







































































0 Komen:

 
Design by Free Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Walgreens Printable Coupons